Hospital Jelebu
Hospital Jelebu | |
---|---|
Kerajaan | |
Geografi | |
Lokasi | Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan, Malaysia |
Organisasi | |
Pembiayaan | Awam |
Jenis | Daerah |
Perkhidmatan | |
Jabatan kecemasan | Ya |
Katil | 76 |
Sejarah | |
Diasaskan | 1894 (sebagai sonatorium tuberkulosis) 1971 (sebagai hospital daerah tanpa pakar) |
Pautan | |
Laman sesawang | Laman Web Rasmi Hospital Jelebu |
Hospital Jelebu merupakan sebuah hospital kerajaan yang terletak di bandar Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan, Malaysia. Hospital ini mempunyai beberapa blok bangunan termasuk asrama jururawat.
Hospital ini terletak 1 km dari bandar Kuala Klawang menuju ke arah pekan Titi dan 40 km dari Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan di Seremban.
Hospital Jelebu mula beroperasi sejak tahun 1894 dan dikenali sebagai Sonatorium Tuberkulosis. Pada tahun 1971 telah dirasmikan oleh Menteri Kesihatan dan menjadikan Hospital Jelebu sebagai Hospital Daerah Tanpa Pakar dengan mempunyai 76 katil dan hanya mempunyai wad kelas 2 dan wad kelas 3 sahaja. Perkhidmatan Doktor Pakar hadir atas lawatan dari Hospital Tuanku Ja'afar Seremban.
Sejak April 2016 melalui konsep Hospital Kluster, kualiti perkhidmatan kepakaran di Hospital Jelebu dipertingkatkan demi memastikan masyarakat daerah Jelebu berpeluang menerima rawatan setanding dengan penduduk di bandar lain di Negeri Sembilan.
Pada 2021, hospital ini telah menjadi hospital hibrid iaitu merawat pesakit bukan COVID-19 dan pesakit COVID-19[1] yang berfungsi bagi menampung bilangan pesakit COVID-19 di Hospital Tuanku Jaafar Seremban dan Hospital Tampin yang hampir mencapai tahap maksimum[2].
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Laman Web Hospital Jelebu. Diarkibkan 2013-09-28 di Wayback Machine
- Laman Kementerian Kesihatan.[pautan mati kekal]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Hospital Jempol terima pesakit sekitar Negeri Sembilan dan Bera, Pahang Amir Abd Hamid". HMetro. Ogos 11, 2021. Dicapai pada 20 Februari 2022. line feed character in
|title=
at position 72 (bantuan) - ^ "Hospital Jelebu dan Hospital Jempol sebagai hospital hibrid COVID-19". Berita RTM. Mei 26, 2021. Dicapai pada 20 Februari 2022.