Pergi ke kandungan

Ikan duyung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ikan duyung
Ikan duyung dilukis oleh John William Waterhouse
Makhluk
KumpulanMitos
SubkumpulanSemangat air
Data
MitologiMitos dunia
Kali pertama dilaporkanc. 1000 BC
NegaraSejagat
HabitatLautan, laut
Ikan duyung dan duyung jantan, 1866. Artis rakyat Russia yang tidak dikenali.

Ikan duyung merupakan makhluk air mitos dengan kepala dan badan wanita dan ekor ikan. Ikan duyung digambarkan secara meluas dalam cerita rakyat, kesusteraan dan budaya popular.

Sekilas pandang

[sunting | sunting sumber]

Menurut legenda, ikan duyung ialah makhluk air yang memiliki kepala dan tubuh layaknya seorang perempuan dan ekor menyerupai ikan. Ikan duyung hidup di dasar laut dan dikatakan merupakan seorang puteri yang telah disumpah sebahagian anggotanya dari paras pinggang hingga ke kaki menjadi ikan. Cerita mengenai ikan duyung terdapat dalam hampir semua masyarakat di dunia. Dalam mitologi Yunani, ikan duyung dikatakan selalu menggoda para pelaut yang lalai. Sesiapa yang tergoda akan menemui ajalnya. Masyarakat Babilonia pula menyembah ikan duyung sebagai Tuhan atau dewa laut yang dikenal sebagai Ea atau Oannes. Oannes digambarkan sebagai duyung jantan.

Puteri ikan duyung juga dikenali sebagai watak dalam dongeng The Little Mermaid (1836) karya Hans Christian Andersen yang telah diterjemah ke pelbagai bahasa.


Pautan luar

[sunting | sunting sumber]