Iron Man (komik)
Iron Man (komik) | |
---|---|
Informasi Penerbit | |
Penerbit | Marvel Comics |
Kemunculan pertama | Tales of Suspense #39 (March 1963) |
Informasi dalam cerita | |
Anthony Edward "Tony" Stark | |
Berkerjasama dengan | War Machine Rescue Ironheart Spider-Man Captain America |
Iron Man (Anthony Edward "Tony" Stark) ialah seorang adiwira buku komik cereka dalam alam Marvel Comics rekaan pencipta-penyunting Stan Lee, pengarang Larry Lieber, dan pelukis-pelukis Don Heck dan Jack Kirby. Dia julung kali muncul dalam siri komik Tales of Suspense #39 (Mac 1963). Selepas cedera parah akibat diculik dan dipaksa membina senjata pemusnah, Tony Stark sebaliknya mereka sebuah baju perisai yang berkuasa untuk menyelamatkan nyawanya serta membantu melindungi dunia dengan identiti dikenali sebagai Iron Man. Stark ialah seorang pengusaha dalam industri teknologi yang kaya-raya dan berfikiran genius telah mencipta baju perisai yang dilengkapi peralatan berteknologi tinggi yang banyak membantunya membanteras jenayah.
Sepanjang kerjayanya sebagai wira, Iron Man menjadi salah seorang ahli pasukan adiwira Avengers, serta juga ditampilkan dalam pelbagai jelmaan siri komik sendirinya. Iron Man pernah diadaptasikan ke dalam filem dan siri TV animasi, lebih-lebih lagi Robert Downey Jr. memegang watak wira ini dalam sebuah filem lakonan hidup pada tahun 2008. Forbes pernah menarafkan Iron Man di kalangan watak cereka yang paling kaya dalam ranking tahunannya.[1] BusinessWeek turut meletakkan Iron Man sebagai antara sepuluh orang watak cereka paling pintar dalam komik Amerika.[2]
Biografi
[sunting | sunting sumber]Asal-usul
[sunting | sunting sumber]Anthony 'Tony' Stark lahir di Long Island, New York, dan merupakan anak kepada Howard Stark, seorang pengusaha teknologi ketenteraan kaya yang mengetuai syarikat Stark Industries, dan isterinya Maria Stark. Tony seorang genius cilik yang luar biasa, menyertai MIT ketika berusia 15 tahun, lalu menjadi pelajar paling cemerlang. Selepas ibu bapanya terkorban dalam kemalangan jalan raya, dia mewarisi syarikat bapanya.
Ketika memerhati kesan-kesan teknologi uji kajinya dalam usaha peperangan Amerika Syarikat, Stark telah cedera parah terkena jerangkap samar lalu ditawan pihak musuh yang kemudiannya mengarahkannya mencipta senjata pemusnah untuk mereka. Bagaimanapun, kecederaan yang dialami Stark agak parah dan serpihan-serpihan senjata yang tersisa dalam dadanya boleh menikam jantungnya. Seorang lagi tawanan bernama Yin Sen telah membantu Stark menggunakan bengkel yang menempatkan mereka dan membina sebuah sut perisai berkuasa yang menyelamatkan nyawa Stark dengan memastikan denyutan jantungnya tidak terhenti. Stark menggunakan baju perisai itu untuk melarikan diri, namun Yin Sen terkorban apabila cuba melarikan diri. Stark membalas dendam terhadap penculiknya, kemudian pulang ke pangkuan tentera Amerika. Dalam perjalanan dia menemui seorang juruterbang helikopter Tentera Udara Amerika Syarikat yang tercedera, bernama James "Rhodey" Rhodes.
Setelah pulang, Stark mendapati serpihan-serpihan peluru yang tersisa dalam dadanya tidak boleh dikeluarkan tanpa membunuhnya, lalu memaksa dia memakai plat dada dari baju perisai itu di sebalik pakaiannya sebagai pengawal jantungnya. Dia juga harus mengecas semula plat itu setiap hari, atau menghadapi ancaman serpihan itu. Identiti sebenar Iron Man diselindungi oleh kenyataan Stark bahawa Iron Man ialah pengawal peribadi dan maskot korporat Stark. Dengan itu, Iron Man melawan ancaman kepada syarikatnya, lawan Komunis seperti Black Widow, the Crimson Dynamo dan Titanium Man dan juga penyangak-penyangak bebas seperti Mandarin. Tiada sesiapa pun menyangka Stark adalah Iron Man kerana dia masih menonjolkan imej hartawan yang kaya-raya. Dua orang pembantu setia Stark pada masa ini ialah pemandu peribadinya Harold "Happy" Hogan dan setiausahanya Virginia "Pepper" Potts, yang dibenarkan mengetahui identiti Stark sebagai Iron Man. Sementara itu, Jim Rhodes menjadi juruterbang peribadi Stark yang memiliki kemahiran luar biasa dan serta keberanian yang tinggi.
Mula-mulanya komik ini membawa pendirian anti-Komunis, tetapi ini beransur diringankan kerana bangkitnya tentangan kepada Perang Vietnam[3][4]. Perubahan ini berlaku dalam satu siri cereka-cereka yang mana Stark mempertimbangkan semula pendirian politiknya dan kewajaran menghasilkan senjata untuk pihak tentera. Stark menggunakan harta benda peribadinya bukan sahaja untuk menyelenggara baju perisainya, bahkan memajukan senjata untuk S.H.I.E.L.D. dan teknologi-teklnologi lain untuk wira-wira lain.
Lama-kelamaan, keadaan jantung Stark mula disedari umum lalu diubati oleh pemindahan jantung buatan. Walaupun begitu, Stark juga semakin ketagih alkohol. Kali pertama ini menjadi masalah adalah ketika Stark menyedari bahawa agensi keselamatan kebangsaan S.H.I.E.L.D. selama ini telah membeli satu kepentingan kawal di syarikatnya agar memastikan pemajuan senjata Stark yang berterusan untuk pihak mereka. Pada masa yang sama, pesaing perniagaan Stark, Justin Hammer, mengupah beberapa penyangak untuk menyerang Stark. Pada satu ketika, baju perisai Iron Man pun dicuri dan digunakan untuk membunuh seorang diplomat. Meskipun Iron Man tidak disyaki serta-merta, Stark diarahkan menyerahkan baju perisainya ke pihak berkuasa. Maka Stark bergabung bersama Rhodes, juruterbang peribadinya, untuk menjejaki dan menewaskan sesiapa yang bertanggungjawab, namun Hammer kembali untuk mengganggu Stark lagi. Dengan teman wanitanya Bethany Cabe, sahabat-sahabat dan kakitangannya di sisi, Stark berjaya mengharungi kemelut-kemelut ini sambil mengatasi ketagihan alkoholnya.
Tidak lama kemudian, seorang musuh ketat bernama Obadiah Stane memanipulasi emosi Stark sehingga mengakibatkan penyakit Stark kambuh. Akibatnya, Stark kehilangan kuasanya di Stark International, menjadi seorang petualang kaki botol yang tiada tempat tinggal lalu menyerahkan baju perisainya kepada Rhodes, maka Rhodes menjadi Iron Man baru untuk jangka masa yang lama. Tidak lama kemudian, Stark pulih lalu mengasaskan syarikat baru, Circuits Maximus. Stark menumpu perhatiannya pada rekaan teknologi terbaru, termasuk membina baju perisai baru sebagai sebahagian terapi pemulihannya. Rhodes masih memegang peranan Iron Man tetapi beransur-ansur semakin agresif dan paranoid, kerana baju perisai itu tidak ditentukur dengan betul bagi kegunaannya. Akhirnya Rhodes mengamuk, maka Stark terpaksa memakai baju prototaip untuk menewaskannya. Apabila Circuits Maximus menghadapi ancaman Stane, Stark menggunakan baju perisai generasi baru yang baru siap itu untuk bertarung dengan Stane. Kemahiran Stark terbukti tiada tandingan kepada penggunaan sut lainan Stane (bergelar Iron Monger) yang kurang berpengalaman maka Stark berjaya mendapat kembali syarikatnya apabila Stane membunuh diri untuk mengelak dari ditangkap.
Kuasa dan kebolehan
[sunting | sunting sumber]Baju perisai
[sunting | sunting sumber]Iron Man memiliki baju perisai berkuasa yang memberinya kekuatan dan ketahanan luar biasa, kebolehan terbang, dan beraneka senjata. Baju perisai ini dicipta dan dipakai oleh Stark sendiri, kecuali ada beberapa orang lain yang mengambil alih identit Iron Man termasuk sahabat karib James Rhodes, sekutu-sekutu Harold "Happy" Hogan, Eddie March, dan Michael O'Brien.
Sistem senjata bajunya telah berevolusi mengikut peredaran zaman, tetapi senjata penyerangan terpenting Iron Man selama ini merupakan sinar penangkis yang ditembak dari tapak sarung tangannya. Senjata-senjata lain yang pernah dipasang dalam pelbagai varian baju perisai ini termasuk projektor bersinar di dadanya; palang-palang nadi yang mengumpul tenaga kinetik apabila berjalan agar makin jauh makin hebat tumbukannya; sebuah penjana denyut elektromagnet dan sebuah perisai tenaga. Kebolehan-kebolehan lain termasuk penjanaan ultra-freon, penghasilan dan manipulasi medan magnet, letupan sonik dan penjana hologram untuk menghasilkan umpan.
Selain model kegunaan am yang dipakainya, Stark turut memajukan beberap sut khusus untuk penerbangan angkasa lepas, penyelaman dasar laut, penyelinapan dan lain-lain. Stark mengubahsuai sut-sut seperti baju perisai "Hulkbuster" yang terdiri daripada tambahan pada baju perisai modularnya untuk mengukuhkan kekuatan dan ketahanannya lagi agar membolehkannya menangani Incredible Hulk. Satu lagi model yang direka untuk menentang Thor berasaskan Destroyer dan menggunakan sumber kuasa yang mistik.
Kemahiran
[sunting | sunting sumber]Stark ialah seorang genius yang memegang ijazah tinggi dalam kejuruteraan. Dia memaparkan akumen perniagaan yang tinggi, menguasai semula syarikat-syarikatnya setelah kehilangannya berkali-kali, dan membina pegangan syarikat-syarikatnya agar meningkatkan kekayaan dirinya. Apabila Stark tidak dapat menggunakan baju perisainya, dia meminta Captain America untuk melatih seni bela diri gar dirinya menjadi kuhuh.
Di media lain
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 1966, Iron Man ditayangkan di dalam siri kartun.[5] 103/5000 Pada tahun 1981, tetamu Iron Man muncul dalam Spider-Man and His Amazing Friends, tetapi hanya sebagai Tony Stark.[6] Beliau kemudiannya memaparkan semula dalam siri sendiri pada tahun 1990-an sebagai sebahagian daripada Time Action Marvel 'dengan Four Fantastic; Robert Hays memberikan suaranya dalam kartun animasi ini. Iron Man membuat penampilan dalam episod "Permainan Shell" dari Fantastic Four: Wira Terkini Dunia. Selain daripada buku-buku komik, Iron Man muncul dalam permainan video Vs. Capcom, termasuk [[Marvel Super Heroes (permainan arked)] Marvel Super Heroes] 2: Age of Heroes]], Marvel vs Capcom 3: Destiny of Two Worlds , dan Ultimate Marvel vs. Capcom 3 . Iron Man adalah watak yang boleh dimainkan dalam 'Iron Man (permainan video) | Iron Man]]', permainan arkade 1992 Captain America and the Avengers , [[Marvel: Ultimate Dan juga Marvel Nemesis: Rise of the Unperfects ', dan juga ditonjolkan sebagai watak unlockable dalam' ' X-Men Legends II: Rise of Apocalypse dan Tony Hawk's Underground .[7]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Noer, Michael (2007-12-11). "The Forbes Fictional 15". Forbes. Dicapai pada 2008-03-15.
- ^ Pisani, Joseph (2006-06-01). "The Smartest Superheroes". BusinessWeek. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-11. Dicapai pada 2007-11-25.
- ^ Lee, Stan (1975). Son of Origins. New York: Simon and Schuster. m/s. 45. ISBN 0-671-22170-1. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=
(bantuan) - ^ Wright, Bradford (2001). Comic Book Nation. Baltimore MD: Johns Hopkins University Press. m/s. 336. ISBN 0-8018-6514-X.
- ^ Thomas, Roy; Sanderson, Peter (2007). The Marvel Vault: A Museum-in-a-Book with Rare Collectibles from the World of Marvel. Philadelphia, Pennsylvania: Running Press. m/s. 101. ISBN 978-0762428441.
In 1966, television production company Grantray-Lawrence produced a series of five half-hour semi-animated shows under the banner title Marvel Superheroes. Captain America, The Incredible Hulk, Iron Man, The Mighty Thor, and Sub-Mariner all made their television debuts.
- ^ "Iron Man In Animation - A Retrospective". Marvel Animation Age. Diarkibkan daripada yang asal pada June 3, 2013. Dicapai pada December 29, 2010. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ Cordeira, Jim (November 6, 2006). "Sega and Marvel hook up for Iron Man". GamingAge.com. Diarkibkan daripada yang asal pada September 29, 2007. Dicapai pada November 6, 2006. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan)
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Iron Man's Comic Appearances at ComicBookDB.com
- Iron Man Movie to Comic Armor comparison Diarkibkan 2008-05-12 di Wayback Machine
- title di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
- Apple.com Iron Man movie trailer
- Comic-Covers.com: Iron Man Diarkibkan 2008-04-23 di Wayback Machine
- Iron Man Blog Diarkibkan 2014-05-17 di Wayback Machine
- Comic Book Movie: Iron Man Diarkibkan 2009-05-03 di Wayback Machine
- All covers from the 1st series of Iron Man comics