Pergi ke kandungan

Islamabad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Islamabad
اسلام آباد

[[Image:‎|250px|none|Masjid Faisal]]Masjid Faisal

Kedudukan di Pakistan
Kedudukan di Pakistan
Kedudukan di Pakistan
Negara Pakistan
Wilayah Kawasan Ibu Kota Islamabad
Kawasan
 - Jumlah 349.8 batu persegi (906.0 km²)
Kepadatan (2006)
 - Jumlah 805,000
Kod kawasan 051
Capital Development Authority Website

Islamabad (bahasa Urdu: اسلام آباد) merupakan ibu negara Pakistan.

Bandar ini dibina pada 1960-an untuk menggantikan Karachi sebagai ibu kota. Antara sebab Islamabad dibina adalah untuk membangunkan seluruh negara dengan lebih seimbang, kerana pada masa itu pembangunan menumpu terhadap Karachi. Karachi juga dicancam serangan dari laut kalau peperangan dengan India berlaku. Sebaliknya, Islamabad yang terletak di kawasan bergunung-ganang lebih selamat.

Islamabad merupakan bandar yang bersih dan moden, tidak seperti bandar-bandar Pakistan yang lain. Kota ini distrukturkan dengan kemas, dan dibahagikan kepada beberapa sektor dan zon. Antara mercu tanda yang terletak di Islamabad ialah Masjid Faisal, yang terkenal kerana saiznya yang besar, serta seni binanya yang unik. Masjid ini dihadiahkan kepada Pakistan oleh Raja Faisal dari Arab Saudi.