Pergi ke kandungan

Jentayu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Templat:Use Indian English

Jentayu
جنتايو
Jatayu
Rawana memotong sayap Jentayu semasa menculik Sita
TeksRamayana dan versi lain-lainnya.
Maklumat peribadi
Ibu bapa
  • Aruna (father)
  • Shyeni (mother)
Adik-beradikSempati
Babak Jatayu dipangkas sayapnya oleh Rawana ketika cuba menyelamatkan Sita.

Jentayu Kasurbarasa (Dewanagari: जटायु Jatāyū, Jawi: جنتايو) merupakan salah satu watak dalam epik Ramayana; ia putera Aruna, beradik dengan Garuda serta sahabat kepada Sempati. Jentayu ialah seekor burung yang melihat bagaimana Dewi Sita diculik oleh Rawana. Ia berusaha melawan tetapi kalah bertarung dan akhirnya mati. Tetapi ketika belum mati dan masih tenat ia masih sempat melaporkan kepada Sri Rama bahawa Dewi Sita isterinya diculik.

Tempat di mana Sri Rama mendapati Jentayu yang sedang tenat dinamakan "Jatayumangalam", sekarang dikenal sebagai "Chadayamangalam", terletak di Daerah Kollam, Kerala. Batu besar di tempat tersebut dinamai "Jatayupara", diambil dari nama Jentayu. Tempat itu dimanfaatkan sebagai tarikan pelancong.

Watak Jentayu (beserta Garuda) ditebus semula dalam penceritaan epik Melayu Hikayat Merong Mahawangsa di mana burung berkenaan dijadikan sekutu dengan watak utama hikayat tersebut dan musuh kepada Garuda.

Penceritaan

[sunting | sunting sumber]

Dalam Ramayana

[sunting | sunting sumber]

Ketika Sita menjerit-jerit dilarikan oleh Rawana, Jentayu yang sedang berada di dahan sebuah pokok mendengarnya. Ia melihat ke atas, dan kelihatan Rawana terbang membawa Sita, puteri Prabu Janaka. Sang Jentayu yang bersahabat dengan Raja Dasarata, merasa bertanggung jawab terhadap Sita yang merupakan isteri anak sahabatnya, Seri Rama. Dengan jiwa kesatria meluap-luap dan berada di pihak yang benar, Jentayu tidak gentar untuk melawan Rawana. Dia menyerang Rawana dengan segenap tenaganya; namun Jentayu sudah tua. Ketika ia sedang berusaha menyelamatkan Sita dari Rawana, sayapnya ditebas dengan pedang lalu tubuhnya menjunam ke tanah dan darahnya bercucuran.

Ketika Rama dan Laksamana sedang menelusuri hutan untuk mencari Dewi Sita, kelihatan oleh mereka darah bercucuran yang didapati asalnya dari Jentayu; Jentayu menceritakan apa usahanya menyelamatkan Dewi Sita. Melihat keadaan Sang Jentayu yang nazak, Rama memberinya ucap hormat terakhir untuk Jentayu yang semakin lemah badannya; Jentayu akhirnya menghembuskan nafas terakhirnya. Rama berkata:

Wahai Jentayu yang maha mulia, sungguh kuat dikau mempertahankan jiwa. Oleh kerana cinta kasihmu bersahabat terhadap ayahndaku erat sekali, berkelanjutan sampai kepada aku, puteranya. Amatlah mulia wahai dikau burung perkasa. Tatkala engkau masih hidup tadi, ayahndaku kurasakan masih hidup, sekarang ketika engkau telah meninggal, sungguh bertambah sedih hatiku.

Selepas bersabda demikian, Rama melakukan upacara pembakaran jasad sederhana buat Jentayu. Jasadnya mendapat percikan tirtha oleh seorang yang "berjiwa suci" kerana merupakan seorang titisan Wisnu.

Dalam Hikayat Merong Mahawangsa

[sunting | sunting sumber]

Menurut Hikayat Merong Mahawangsa, terdapat dua ekor burung yang paling ulung di dunia, iaitu Jentayu dan Garuda. Jentayu amat merendah diri, manis pertuturan dan sikapnya serta juga berdikari; manakala Garuda panas baran dan amat mencintai kekayaan dunia. Perbezaan perwatakan ini menyebabkan kedua-dua burung ini menjadi musuh lantas Jentayu terbang ke Rom lalu menjadi sekutu dengan Merong Mahawangsa lalu menukarkan dirinya menjadi sebilah anak panah sakti sebagai senjata perlindungan beliau.[1]

Ketika dalam pelayaran ke Timur, Merong Mahawangsa serombongan bertembung dengan Garuda di Teluk Benggala maka Merong Mahawangsa melancarkan anak panah sakti dan di situlah pertempuran akhir antara Jentayu dan Garuda.[1]

  1. ^ a b "Lagenda Jentayu". Hikayat Bangsawan. 15 Ogos 2010. Dicapai pada 27 Disember 2017. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]