Pergi ke kandungan

Jin Tanah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Jin Tanah dalam budaya Melayu, merujuk kepada sejenis makhluk halus dan perkara tahyul. Ia dikatakan terdiri daripada golongan jin atau syaitan, yang dikatakan menjaga sesuatu kawasan (tanah).

Jin Tanah biasanya menjaga sesuatu kawasan tanah dan akan menganggu mereka yang membuka tanah baru untuk berhuma. Untuk mengelakkan gangguan Jin Tanah, biasanya upacara pembukaan tanah baru akan di adakan. Biasanya makanan yang disediakan dikenali sebagai acak / sajian termasuk telur, ayam panggang, pulut kuning dan sebagainya. Sekiranya tidak, Jin Tanah akan mengganggu mereka yang meneroka kawasan tanah baru tersebut.

Jin Tanah dikatakan mengawal pembukaan tanah baru. Dengan itu pembukaan tanah baru tidak akan dilakukan secara sewenang-wenangnya, dan secara tidak langsung menghalang penerokaan tanah haram.

Kelebihan

[sunting | sunting sumber]
  • Ia menjaga tanah baru dari diceroboh.

Kelemahan

[sunting | sunting sumber]
  • Mempercayai Jin lebih berkuasa dari Allah adalah satu perbuatan syrik dalam ugama Islam.

Penelitian secara ilmiah

[sunting | sunting sumber]
  • Mengelakkan pencerobohan tanah secara haram.
  • Menggalakkan kehidupan secara bermasyarakat.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]