Kalashnikov
Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Inggeris. (September 2017)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Rifle Kalashnikov adalah satu siri senapang automatik berdasarkan reka bentuk asal Mikhail Kalashnikov. Ia secara rasmi dikenali di Rusia sebagai "Avtomat Kalashnikova" ("Senapang Automatik Kalashnikov"; Rusia: автома́т Кала́шникова )), tetapi dikenali secara meluas sebagai Kalashnikovs, AK, atau dalam bahasa Rusia, sebagai "Kalash". Ia pada asalnya dihasilkan di Kesatuan Soviet, terutamanya oleh Kalashnikov Concern, dahulu Izhmash, tetapi senapang dan variasinya kini dihasilkan di banyak negara lain.[1]
Jenis
[sunting | sunting sumber]Jenis utama senapang Kalashnikov.[2]
Model | Katrij | Tahun | Pengilang |
---|---|---|---|
AK-47 | 7.62×39mm | 1949 | Izhmash dan lain-lain |
AKM | 7.62×39mm | 1959 | Izhmash, Kilang Senjata Tula dan lain-lain |
AK-74 | 5.45×39mm | 1974 | Izhmash |
AK-101, AK-102 | 5.56×45mm | 1995 | Izhmash |
AK-103, AK-104 | 7.62×39mm | 2001 | Izhmash |
AK-105 | 5.45×39mm | 2001 | Izhmash |
AK-12, AK-12K | 5.45×39mm | 2011 | Kalashnikov Concern, sebelumnya Izhmash |
AK-15, AK-15K | 7.62×39mm | 2018 | Kalashnikov Concern |
Variasi
[sunting | sunting sumber]Variasi asal AK-47 (7.62×39mm)
- Keluaran 1948/49 – Model terawal, dengan Type 1 penerima kepingan besi tekan, sekarang amat jarang.
- Keluaran 1951 – Type 2: Penerima digiling. Laras dan kebuk disadur krome bagi menahat hakisan.
- Keluaran 1954/55 – Type 3: Variasi penerima digiling diringankan. Berat rifle adalah 3.47 kg (7.7 lb).[3]
- AKS – Bercirikan pangkal beli lipat kebawah menyerupai MP40 Jerman, bagi kegunaan diruang sempitdalam kenderaan tempur infantri BMP, dan juga oleh paratroops.
- AKN (AKSN) – Laras skop malam.[4]
Senapang Kalashnikov atau AK 47 direka oleh seorang petani di Siberia , Rusia bernama Mikhail Timofeevich Kalashnikov
Panjang 85.5 cm menggunakan peluru kaliber 7.65 mm. Apabila ditembak memuntahkan 100 peluru seminit dengan kecepatan 699 meter per detik atau 2560 kilometer perjam.
Di negara Rusia, senjata ini dikeluarkan dalam pelbagai jenis. Jika ditujukan kepada manusia, tubuh manusia akan terbelah dua. Senapang ini amat popular ketika Afhanistan menentang Rusia.
- ^ "RIP Kalashnikov: 20 facts you may not have known about AK-47 and its creator". RT. December 23, 2013.
- ^ JSC Concern Kalashnikov. Homepage.
- ^ НСД. 7,62-мм автомат АК 1967, m/s. 161–162.
- ^ Monetchikov 2005, m/s. 76.