Pergi ke kandungan

Kamunting

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kamunting
Kamunting yang terletak di Negeri Perak
Kamunting
Kamunting
Koordinat: 4°53′24″N 100°43′42″E / 4.8899°N 100.7284°E / 4.8899; 100.7284Koordinat: 4°53′24″N 100°43′42″E / 4.8899°N 100.7284°E / 4.8899; 100.7284
Negara Malaysia
Negeri Perak
DaerahLarut, Matang dan Selama
Aras
26 m (85 ft)

Kamunting ialah sebuah bandar serta mukim dalam daerah Larut, Matang dan Selama, negeri Perak, Malaysia.[1][2] Kamunting terletak berhampiran dengan bandar Taiping dan merupakan kawasan perindustrian yang penting bagi negeri Perak.

Kamunting pada asalnya bernama Klian Baharu dan merupakan sebuah kawasan di Larut. Kamunting berkembang pesat dengan pembukaan lombong-lombong bijih timah di sini pada tahun 1860-an. Buruh Cina yang berasal dari Canton, China berhijrah masuk secara besar-besaran sebagai pelombong bijih timah. Kumpulan buruh Cina yang mengerjakan lombong Klian Baharu (Kamunting) menjadi ahli kongsi gelap Ghee Hin di bawah ketua bernama So Ah Chiang.

Pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Rumah Ibadat

[sunting | sunting sumber]

Tarikan Pelancong

[sunting | sunting sumber]
  • Air Terjun Bukit Jana
  • Taman Tasik Kamunting
  • Pasar Minggu Kamunting Lama
  • Kompleks Rakan Muda Bukit Jana
  • Jeti Kelip-kelip Kampung Dew
  1. ^ "Toponymic Guidelines for Map and Other Editors for International Use" [Dokumen Toponimi Bagi Editor Peta Dan Lain-Lain Untuk Kegunaan Antarabangsa] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Malaysia: Jawatankuasa Kebangsaan Nama Geografi. 2017. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2021-05-23. Dicapai pada 22 Mei 2021.
  2. ^ "Kamunting, Malaysia". Geoname. Dicapai pada 28 Mei 2021.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]