Kebakaran Kompleks Campbell
Tarikh | 8 April 1976 |
---|---|
Tempat | Bangunan Kompleks Campbell |
Lokasi | Jalan Campbell (kini Jalan Dang Wangi), Kuala Lumpur, Malaysia |
Koordinat | 3°09′25″N 101°41′49″E / 3.156945°N 101.696946°EKoordinat: 3°09′25″N 101°41′49″E / 3.156945°N 101.696946°E |
Penyebab | Litar pintas |
Kematian | 1[1] |
Kebakaran Kompleks Campbell ialah kes kebakaran yang terburuk pernah berlaku di Kuala Lumpur, Malaysia. Berlaku pada 8 April 1976 iaitu hanya tiga tahun setelah Kompleks Campbell mula dibina, kebakaran tersebut mengakibatkan kerugian sejumlah RM50 juta serta mengorbankan satu nyawa. Terletak di Jalan Campbell (kini Jalan Dang Wangi), Kompleks Campbell mula dibuka pada bulan Mei 1973 dan mengandungi podium setinggi empat tingkat menempatkan gedung pakaian, kedai kamera, kedai jahit, restoran, bar, sebuah kelab malam serta bangunan pejabat setinggi 20 tingkat. Semasa Kompleks Campbell mula dibuka, bangunan ini ialah satu-satunya bangunan pencakar langit di Kuala Lumpur. Bangunan itu dipercayai mula terbakar pada jam 10.30 malam akibat litar pintas.
Kronologi kejadian
[sunting | sunting sumber]- 10.45 malam - Asap tebal dikesan di tingkat dua kompleks.
- 11.00 malam - Pasukan bomba dan Penyelamat tiba di tempat kejadian.
- 11.15 malam - Jalan Campbell ditutup kepada semua lalu lintas.
- 7 pagi - Asap masih kelihatan di tingkat tiga dan sebahagian dinding mula retak akibat terlalu panas .
- 10 pagi - Api mula reda.
- 12.30 tengah hari - Asap tebal tiba-tiba kelihatan di tingkat 16, 17, 18.
- 1.30 tengah hari - Hujan renyai.
- 1.30 tengah hari - Kira-kira 100 orang penduduk dan warga polis yang tinggal berdekatan diarahkan berpindah.
- 2.00 petang - Hujan lebat tetapi api terus marak dengan cepat.
- 2.10 petang - Api merebak dari tingkat ke tingkat bangunan.
- 2.30 petang - Bomba menghentikan operasi memadam kerana api terlalu besar.
- 2.50 petang - Angin bertiup kencang menyebabkan api bertambah marak dan kaca tingkap mulai jatuh.
- 3.30 petang - Api marak ke tingkat 20 dan 21.
- 4.30 petang - Api mulai padam dan hanya kelihatan di tingkat paling atas.
- 5.30 petang - Jalan Campbell mula dibuka kepada orang ramai.
- 6 petang - Orang ramai yang berkumpul menyaksikan kebakaran mula berundur.
- 2 pagi - Api dilihat masih membara di tingkat paling atas dan pihak berkuasa ditempatkan di situ mengawal keadaan.
Fakta menarik
[sunting | sunting sumber]- Insiden kebakaran besar berlaku semasa filem pecah panggung Hollywood, The Towering Inferno masih segar dalam ingatan rakyat Malaysia.
- Mendiang Tan Sri Lim Thean Leong, pengerusi serta pengasas Bolton Berhad, syarikat yang memiliki bangunan tersebut dilaporkan tenang semasa mendengar kejadian kebakaran besar tersebut.
- Persatuan Perlindungan Kebakaran Malaysia (FPAM) telah ditubuhkan pada tahun yang sama selepas insiden kebakaran besar tersebut.
- Insiden kebakaran besar tersebut juga telah mendedahkan kelemahan dari segi aspek piawaian keselamatan bangunan ketika kebakaran serta kemampuan pasukan bomba yang terhad. Akibat daripada tragedi tersebut, satu undang-undang telah diluluskan bagi mewajibkan setiap bangunan tinggi mematuhi piawaian keselamatan kebakaran sebelum dibenarkan untuk didiami atau digunakan bagi tujuan komersial.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Mohd Azis Ngah (15 Januari 2008). "Mercu tanda Kuala Lumpur terbakar". Diarkibkan daripada yang asal pada 15 April 2008. Dicapai pada 8 April 2008.
Petikan
[sunting | sunting sumber]- ^ "KL's $50 million towering inferno..." (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. 9 April 1976. m/s. 1.
- Sejarah Kuala Lumpur
- Bencana di Malaysia
- 1976 di Malaysia
- Kebakaran 1976
- Pusat membeli belah yang ditubuhkan pada tahun 1973
- Bangunan dan struktur yang diruntuhkan pada tahun 1976
- Abad ke-20 di Kuala Lumpur
- Peristiwa April 1976
- Kebakaran di Malaysia
- Bangunan dan struktur di Kuala Lumpur
- Bangunan runtuh di Malaysia
- Peristiwa di Kuala Lumpur