Pergi ke kandungan

Kekwa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kekwa
Krisantemum
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Subkeluarga:
Supertribus:
Tribus:
Genus:
Chrysanthemum

Sinonim[1][2]
  • Chrysanthemum subsect. Dendranthema (DC.) DC. ex Kitam.
  • Neuractis Cass.
  • Pyrethrum sect. Dendranthema DC.
  • Leucanthemum (Tourn.) L.
  • Dendranthema (DC.) Des Moul.

Kekwa atau krisantemum adalah tumbuhan berbunga tergolong dalam genus Chrysanthemum[3] yang terdiri daripada kira-kira 30 spesies tumbuhan saka di bawah keluarga Asteraceae.[2][3] Tumbuhan ini datang dari Asia Timur dan spesies-spesiesnya banyak tertumpu di negara China.[4]

Nama kekwa (Jawi: كيقوا) menyerap daripada sebutan bahasa Hokkien[5]:61 perkataan bertulis 菊花 (pinyin: júhuā) iaitu kiok-hue atau kak-hue dalam Pe̍h-ōe-jī. Bunga kekwa dalam konteks umum sering merujuk kepada dua spesies tertentu iaitu Chrysanthemum indicum dan Chrysanthemum morifolum.[3]:37[6]:250, 270

Taksonomi

[sunting | sunting sumber]

Nama genus Chrysanthemum dinamakan oleh Carolus Linnaeus daripada awalan Bahasa Yunani Kuno: χρυσός khrusos yang bermaksud "keemasan" (warna asal bunga) dan ἄνθεμον anthemon yang bermaksud "bunga".[7][8] Nama genus ini juga diserap menjadi krisantemum (Jawi: كريسانتيموم).

Pada suatu masa, genus ini merangkumi banyak lagi spesies tetapi beberapa dekad dahulu, genus ini telah dibahagikan menjadi banyak genus; perkembangan penamaan genus-genus itu telah menimbulkan perbalahan. Bagaimanapun, satu keputusan oleh Kod Antarabangsa Tatanama Botani (ICBN) pada tahun 1999 telah menyebabkan Chrysanthemum indicum dijadikan genus pentakrifan dan oleh itu, memulihkan kedudukan bunga kekwa yang dijual dalam kedai bunga kepada genus Chrysanthemum. Selepas pembahagian genus-genus tetapi sebelum keputusan ICBN, spesies-spesies Chrysanthemum itu biasa menggunakan nama Dendranthema.

Spesies-spesies lain yang dahulu diolah Chrysanthemum sebagai dari pandangan yang sempit kini dialih kepada genus Glebionis. Genus-genus yang diasingkan daripada Chrysanthemum termasuk Argyranthemum, Leucanthemopsis, Leucanthemum, Rhodanthemum, dan Tanacetum.

Pokok-pokok spesies bunga kekwa jenis tumbuhan saka dan herba yang tumbuh setinggi 50-150 sentimeter. Batang-batangnya berbulu halus. Daun-daunnya disusun berselang-seli. Helai daunnya bercuping sedikit dengan aroma yang kuat.[3][9]

Kuntum bunga kekwa jenis cakera yang besar berukuran 3 sm lebar dan berwarna putih, kuning, merah, merah jambu atau ungu.[3][9]

Spesies-spesies ini juga dipergunakan oleh larva-larva sebilangan spesies Lepidoptera untuk makanan tumbuhan.

Pokok bunga kekwa ditanam di China sebagai pokok herba sejak abad ke-15 SM lagi.[10] Nama Chu-Hsien, sebuah kota China yang kuno, bermaksud "kota bunga kekwa".

Bunga ini diperkenalkan ke Jepun mungkin pada abad ke-8, dan Maharaja Jepun mengiktiraf bunga ini sebagai perlambangan takhta pemerintahan baginda dan mohor dipakai.[11] Terdapat juga "Perayaan Kebahagian" di Jepun yang meraikan bunga ini.

Bunga kekwa juga digunakan sebagai lambang untuk bunga November.

'Dance'
'Enbee Wedding Golden' & 'Feeling Green'

Sebagai hiasan

[sunting | sunting sumber]

Bunga-bunga kekwa yang moden jauh lebih menonjol berbanding saudara-saudara liarnya. Bunga-bunga ini mempunyai berbagai-bagai bentuk yang menyamai bunga daisi, perhiasan, pom-pom dan butang. Genus ini mengandungi banyak kacukan dan beribu-ribu kultivar yang dikembangkan untuk tujuan hortikultur. Selain daripada kuning tradisi, warna-warna yang lain juga boleh didapati, seperti putih, ungu, dan merah. Kacukan yang paling penting ialah Chrysanthemum × morifolium (syn. C. × grandiflorum) yang diterbitkan terutamanya daripada C. indicum, tetapi juga melibatkan spesies-spesies yang lain.

Daun-daun kekwa juga kelihatan seakan-akan rumpai mugwort, saudara rapatnya (sehingga rumpai ini kadang-kadang digelar 'kekwa liar'). Oleh itu, bahagian tumbuhan ini amat tidak digemari oleh pekebun profesional. Dalam sebilangan negara di Eropah dan Jepun, bunga kekwa melambangkan kematian dan hanya digunakan untuk upacara pengebumian atau kubur. Di Amerika Syarikat, bunga ini biasanya diperlihatkan dengan positif dan riang.

Dalam masakan

[sunting | sunting sumber]

Bunga kekwa merupakan bahan utama sejenis minuman seduhan manis iaitu teh bunga kekwa yang digemari di dalam sebilangan kawasan Asia. Teh bunga ini mempunyai banyak kegunaan perubatan, termasuk pemulihan daripada demam selesema.

Di China, daun-daun kekwa dimasak secara mudah dengan bawang putih dan cili kering. Sayur kekwa yang telah dimasak mempunyai warna yang tua, tekstur yang padat dan bermusilaj, serta bau yang harum dan kompleks.

Setakat Februari 2020, Plants of the World Online telah menerima spesies berikut:[2]

Spesies terdahulu termasuk:

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Flann, C (ed) 2009+ Global Compositae Checklist
  2. ^ a b c "Chrysanthemum L." Plants of the World Online. Royal Botanic Gardens, Kew. Dicapai pada 24 Februari 2020.
  3. ^ a b c d e Hean Chooi Ong (2006). Tanaman hiasan: khasiat makanan & ubatan. Kuala Lumpur: Utusan Publications. m/s. 37, 142–143. ISBN 9789676118929.
  4. ^ Liu Ping-Li; dll. (November 2012). "Phylogeny of the genus Chrysanthemum L.: Evidence from single-copy nuclear gene and chloroplast DNA sequences". PLOS One. 7 (11): e48970. doi:10.1371/journal.pone.0048970.
  5. ^ Choi Kim Yok; Chong Siew Ling (Jun 2017). "Campur aduk bahasa Melayu dan bahasa Cina". Journal of Modern Languages. Universiti Malaya. 18 (1): 56–66. ISSN 2462-1986.
  6. ^ Lim, T. K. (2012). Edible Medicinal And Non-Medicinal Plants. 7: Flowers. Springer Nature Switzerland AG. m/s. 250, 270–274.
  7. ^ David Beaulieu. "Chrysanthemums and Hardy Mums – Colorful Fall Flowers". About.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Januari 2012.
  8. ^ Chisholm, Hugh, penyunting (1911). "Chrysanthemum" . Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-11). Cambridge University Press.
  9. ^ a b Kadereit, Joachim W.; Jeffrey, Charles (2007). "Chrysanthemum". Dalam Kubitzki, Klaus (penyunting). Asterales. The Families and Genera of Vascular Plants. VIII: Eudicots. Berlin, Jerman: Springer-Verlag. m/s. 357. ISBN 978-3-540-31051-8.
  10. ^ "History of the Chrysanthemum" (dalam bahasa Inggeris). National Chrysanthemum Society, USA.
  11. ^ Buckley, Sandra (2002). Encyclopedia of Contemporary Japanese Culture. Routledge.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]