Pergi ke kandungan

Kelantan F.C.

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kelantan FC
Nama penuhKelab Bola Sepak Kelantan
(Kelantan Football Club)
GelaranThe Red Warriors (TRW)
Diasaskan1946; 78 tahun yang lalu (1946) sebagai KAFA (Kelantan FA)
2021; 3 tahun yang lalu (2021) sebagai Kelantan FC
Dimansuhkan2024
StadiumStadium Sultan Muhammad IV,
Kelantan
(Kapasiti: 30 000)
PemilikZambual (Zamkencing)
PengurusAlfredo Angel Vera
JurulatihManja Man
LigaLiga Super Malaysia
2023Liga Super Malaysia, Ke-14
Tapak sesawangLaman kelab
Warna tuan rumah
Warna tempat lawan
Warna ketiga
Musim semasa

Kelab Bola Sepak Kelantan[1](Inggeris: Kelantan Football Club) merupakan sebuah kelab bola sepak profesional di Malaysia yang dimiliki oleh Norizam Tukiman. Pasukan ini mendapat saingan peminat dengan Kelantan Darul Naim F.C. yang mana membawa nama Kelantan.

Pasukan ini lebih dikenali sebagai Pahlawan Merah (The Red Warriors) ini berpangkalan di Jajahan Kota Bharu, ibu negeri Kelantan. Stadium utama pasukan ini ialah Stadium Sultan Muhammad Ke-IV yang berkapasiti 30,000. Pada musim 2023, pasukan ini kembali bersaing dalam Liga Super Malaysia 2023 namun pada tahun 2024, Kelantan F.C. gagal membayar gaji pemain yang menyebabkan Kelantan F.C. disekat bermain di Liga Super dan Liga Premier.

Sejarah Pasukan Kelantan FC

[sunting | sunting sumber]

Ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1946 namun rekod mencatatkan Persatuan Bola Sepak Amatur Kelantan sudah wujud seawal tahun 1889, Kelantan FA merupakan pasukan bola sepak tertua di pantai timur Malaysia.

Pada tahun 1986, Timbalan Menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Haji Ahmad Rastom Haji Ahmad Maher menerajui kepimpinan bola sepak Kelantan sehingga tahun 1990. Pada tahun 1991, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Haji Wan Hashim Wan Daud mengambil alih kepimpinan yang ditinggalkan oleh Datuk Haji Ahmad Rastom Haji Ahmad Maher setelah tampuk kepimpinan kerajaan negeri bertukar tangan.

Pada tahun 2004, jawatan presiden bertukar tangan setelah Datuk Haji Ahmad Jazlan Yaakub diberi laluan untuk menerajui KAFA. Sejarah tertulis dalam buku bola sepak Kelantan dimana pada tahun 2005, Kelantan merupakan satu-satunya negeri yang bermain dalam Liga FAM setelah berada ditangga tercorot dalam Liga Perdana tahun sebelum itu. Tahun 2007 menyaksikan perubahan dalam lanskap kepimpinan KAFA yang baru apabila Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Haji Musa diberi kepercayaan menerajui Persatuan Bola Sepak Kelantan bagi penggal 2007/2010.

Tahun pertama Tan Sri bersama Kelantan FA sudah menampakkan peningkatan apabila berjaya meraih tempat ketiga dalam Liga Perdana musim 2007/08. Malahan dalam saingan Piala Malaysia pula, walaupun Kelantan gagal melayakkan diri ke suku akhir Piala Malaysia, tetapi kejutan yang dilakukan diperingkat kumpulan sedikit sebanyak menyaksikan kebangkitan Kelantan tidak harus dipandang rendah.

Pada 2009 Kelantan mampu berbangga kerana berjaya melangkah ke dua final iaitu Final Piala FA dan Final Piala Malaysia. Namun kedua-dua perlawanan menyaksikan hanya bergelar Naib Juara sahaja. Pada 2010 Kelantan akhirnya mencipta sejarahnya tersendiri kerana berjaya mencapai status Naib Juara Liga Super dan Juara Piala Malaysia. Pencapaian Kelantan terus gemilang pada 28 Januari 2011, Kelantan sekali mencipta sejarah buat kali pertama merangkul Piala Sultan Hj Ahmad Shah dengan menewaskan Selangor selaku Juara Bertahan.[2]

Negeri Kelantan Darul Naim tersenarai antara negeri yang mempunyai akademi bola sepaknya sendiri seperti Akademik Bola Sepak Darulnaim yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri Kelantan pada tahun 2006 bertujuan mencungkil bakat muda yang berusia 8 hingga 12 tahun. Pada 18 Januari 2008, Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa berkata bahawa pihaknya akan menubuhkan akademi bola sepak khusus bagi melatih dan menonjolkan bakat semulajadi pemain bawah 13 tahun negeri ini kesinambungan dari Projek Kijang Emas yang diusahakan semasa sekolah rendah oleh Jabatan Pelajaran Negeri. Ia akan ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Chengal itu yang bakal menempatkan 30 orang pelajar.[3]

Era Kebangkitan Kelantan FC

[sunting | sunting sumber]

Dari segi pencapaian, Kelantan FA bergelar Naib Juara Piala Malaysia setelah tewas 1-3 kepada Negeri Sembilan FA pada tahun 2009. Pada tahun sama Kelantan FA juga muncul Naib Juara Piala FA apabila kalah kepada Selangor FA dalam penentuan sepakan penalti dengan keputusan 1-4. Manakala selang setahun kemudian, Kelantan FA berupaya mendapat tempat Naib Juara Liga Super 2010 dan seterusnya tahun 2010 juga menyaksikan kejayaan bersejarah buat Kelantan FA apabila dinobatkan selaku Juara Piala Malaysia setelah menundukkan Negeri Sembilan FA 2-1 dalam perlawanan akhir. Untuk rekod, Kelantan FA pernah beraksi sebanyak 6 kali di pentas akhir Piala Malaysia iaitu pada tahun 1955, 1970, 2009, 2010, 2012 dan terbaru 2013.

Era Ketua Jurulatih Peter James Butler

[sunting | sunting sumber]

Musim 2008-2009 menyaksikan kebangkitan bola sepak Kelantan. Dibawah kendalian Ketua Jurulatih Peter James Butler dari England yang juga bekas pemain tengah kelab bola sepak West Ham United era 1990-an, pasukan Kelantan FA berjaya melangkah masuk ke Liga Super Malaysia, iaitu liga tertinggi dalam Liga bola sepak Malaysia. Beliau juga berjaya membawa pasukan Kelantan FA melangkah ke perlawanan akhir Piala FA buat julung kalinya sejak Piala FA diperkenalkan pada tahun 1990, walaupun Kelantan FA tewas kepada pasukan Selangor FA melalui sepakan penalti 1-4. Namun kemaraan pasukan Kelantan FA tidak dapat dipertikaikan lagi apabila berjaya melangkah masuk ke perlawanan akhir Piala Malaysia pada tahun yang sama. Meskipun Peter James Butler telah pun meletak jawatan sebagai ketua jurulatih Kelantan FA seminggu sebelum bermulanya kempen Piala Malaysia, beliau telah meninggalkan satu sumbangan yang tidak ternilai buat pasukan Kelantan FA sehingga dianggap antara pasukan bola sepak yang paling digeruni dalam Liga Malaysia.

Kelantan kembali semula menggunakan khidmat beliau pada musim 2012 selepas pengunduran Datuk M. Karathu pada akhir 2011.

Era Ketua Jurulatih B.Sathianathan

[sunting | sunting sumber]

Kelantan FA dikejutkan dengan berita perletakan jawatan ketua jurulatih, Peter James Butler seminggu sebelum sepak mula kempen Piala Malaysia edisi 2009. Namun begitu pihak pengurusan pasukan berjaya mengatasi masalah yang berlaku dan melantik bekas pengendali pasukan kebangsaan, B.Sathianathan dalam meneruskan kempen Piala Malaysia. Beliau berjaya membawa pasukan Kelantan melangkah ke pentas final bertemu dengan pasukan Negeri Sembilan sebelum tewas 1-3. Tahun 2010, B.Sathianathan diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai ketua jurulatih pasukan Kelantan bagi menghadapi musim Liga Malaysia tahun 2010 dan meraih kejayaan kepada pasukan dan negeri Kelantan dalam merangkul piala-piala yang dipertandingkan. Langkah yang diambil, beliau membawa masuk bekas pemain kebangsaan, seperti Akmal Rizal dan Hairuddin Omar. Namun begitu, beliau gagal membawa pasukan Kelantan melangkah ke pentas final Piala FA edisi ke 21 musim 2010 apabila tewas kepada bekas Juara Double Treble, Kedah melalui penentuan jaringan di tempat lawan, keadaan ini menyebabkan para penyokong mula hilang kepercayaan kepada beliau untuk mengemudi pasukan ini dalam meneruskan kempen Liga Super dan kempen Piala Malaysia musim 2010 dan mendesak beliau agar meletak jawatan sebagai Ketua Jurulatih. Namun, beliau berjaya membawa Kelantan meraih trofi Piala Malaysia pertama mereka pada perlawanan penuh dramatik. Beliau akhir digantung 6 bulan akibat membuat kenyataan akhbar tentang mutu beberapa perlawanan.[4][5]

Era Datuk M.Karathu

[sunting | sunting sumber]

Sepanjang tempoh penggantungan B. Sathianathan, pihak pengurusan mengambil langkah drastik dengan menandatangani bekas pengendali Perak, Datuk M. Karathu[6]. Dibawah kendalian beliau, Kelantan berjaya merangkul Piala Sumbangsih untuk pertama kalinya. Walaupun tonggak yang dibawa oleh B. Sathianathan telah pergi ke pasukan lain, dan kehilangan trio kontroversi (Indraputra, Azizi dan Norfarhan) ke T-Team, beliau berjaya membawa pasukan memenangi Liga Super Malaysia 2011 dan berjaya mara ke perlawanan akhir Piala FA Malaysia 2011, tewas kepada Terengganu. Mereka tidak berjaya mengulangi kejayaan musim lalu, apabila sekadar mara pada suku akhir Piala Malaysia 2011. Mereka tewas kepada lawan yang sama pada Piala FA 2011. Selepas itu, beliau mengumumkan perletakan jawatan beliau sebagai jurulatih. Alasan yang diberikan ialah beliau ingin meluangkan masa bersama keluarga[7]. Kejayaan beliau bersama Kelantan mengulangi sejarah beliau bersama Kelantan pada 1993, iaitu separuh akhir Piala FA dan Piala Malaysia.

Kembalinya Peter Butler, Saingan Piala AFC

[sunting | sunting sumber]

Selepas teka-teki pengganti Datuk M. Karathu berputar, akhirnya Peter Butler kembali[8] melatih Kelantan. Dengan pemain import dibenarkan beraksi, beliau membawa masuk penjaring terbanyak Piala AFC 2007, Mohammed Ghaddar, membarisi skuad tahun 2012. Selain itu, beliau membawa masuk trio kontroversi ke Kelantan. Mereka tidak berjaya mempertahankan Piala Sumbangsih menentang Negeri Sembilan. Walaupun berjaya membawa Kelantan mendahului Liga Super untuk lapan perlawanan, beliau direhatkan[9] akibat mengkritik campurtangan pengurusan dalam memilih pemain import tanpa beliau[10]. Dalam mereka menghadapi Piala AFC 2012, tugas itu dipegang oleh pembantunya, Zahasmi. Selepas sesi perbincangan dengan pengurusan tentang nasib beliau[11], akhirnya beliau dilepaskan dari jawatannya[12]. Pihak pengurusan membayar ganti rugi mengikut kontrak.

Bojan Hodak (Ketua Jurulatih)

Era Bojan Hodak

[sunting | sunting sumber]

Semasa Peter Butler masih menjadi ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak yang pernah menabur bakti selama tiga tahun bersama MyTeam bermula 2006, sebelum berhijrah ke Phom Penh Crown FC dalam Liga Kemboja selama enam bulan pada musim 2011-2012 dilantik menjadi ketua pegawai eksekutif Akademi Al-Hambra Red Warriors (Army). Namun setelah pengunduran Butler, beliau dilantik menjadi ketua jurulatih Kelantan FA.[13]

Bojan Hodak telah membawa pasukan Kelantan menjuarai Piala FA buat kali pertama dengan mengalahkan pasukan Sime Darby pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil. Gol tunggal perlawanan telah dijaringkan oleh Mohamed Ghaddar dengan sepakan penalti. Seterusnya, Bojan berjaya mengekalkan kejuaraan Liga Super 2012 yang dimenangi Kelantan pada musim sebelumnya.[14]

Kelantan mengesahkan selaku kuasa besar bola sepak negara musim 2012 dengan melengkapkan kejuaraan treble selepas menjulang Piala Malaysia buat kali kedua dalam tempoh tiga tahun apabila menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3-2 [15] di Stadium Shah Alam.

Padang Bola Sepak Tertua Di Malaysia

[sunting | sunting sumber]

Padang Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu Kelantan merupakan padang bola sepak tertua di Negara Malaysia dan mungkin tertua di benua Asia kalau mengikut usia penggunaan padang tersebut. Padang Stadium Sultan Muhammad Ke-IV mula digunakan pada tahun 1946 iaitu setelah penubuhan Kelantan Amatur Football Association "KAFA" pada tahun yang sama. Ketika itu dikenali sebagai Padang KAFA dan digunakan sebagai venue perlawanan bola sepak antara Pasukan Kelantan FA setiap kali beraksi. Pada tahun 1965, Kerajaan Negeri Kelantan telah memutuskan untuk membina sebuah stadium bagi kegunaan Pasukan Kelantan FA beraksi dalam suasana yang selesa dan juga untuk golongan belia dan orang ramai untuk beriadah dan bersukan. Pembinaan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV menelan belanja sekitar RM 1.7 Juta ketika itu. Selepas terbinanya stadium ini, padang KAFA ditukar nama kepada Stadium Sultan Muhammad Ke-IV seterusnya menjadi "Gelanggang Keramat" buat Pasukan Kelantan FA beraksi dalam pentas bola sepak negara sehingga sekarang.

Stadium Sultan Muhammad Ke-IV: Stadium Keramat Pahlawan Merah

[sunting | sunting sumber]

Stadium Sultan Muhammad Ke-IV merupakan venue perlawanan bagi pasukan Kelantan. Stadium ini boleh menampung jumlah penonton seramai 30,000 dalam satu-satu masa. Dalam saingan Liga Super musim 2008-2009 menyaksikan jumlah penonton yang hadir memberi sokongan mencecah puluhan ribu sehingga memenuhi setiap sudut dan ruang di stadium ini. Pasukan Kelantan tidak pernah kalah kepada pasukan lawan setiap kali perlawanan yang diadakan disini, walau bagaimanapun rekod tanpa kalah pasukan Kelantan di stadium keramat ini lebur di tangan pasukan Terengganu FA dalam saingan Piala Malaysia musim 2008.

Papan Markah Elektronik bagi saingan Piala AFC

[sunting | sunting sumber]

Papan markah elektronik yang dipasang di stadium ini digunakan pertama kali semasa perlawanan antarabangsa peringkat Suku Akhir Piala AFC menentang kelab Iraq, Arbil SC. Papan markah yang bernilai RM2.3 juta itu adalah sumbangan Jabatan Perdana Menteri selaras janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membantu kemajuan bola sepak Kelantan. Papan markah yang menggunakan teknologi terkini yang diimport dari Jepun ini adalah papan markah elektronik yang terbaik di negara ini, malah ia lebih bagus berbanding yang ada di Stadium Nasional Bukit Jalil.[16]

Stadium Baru

[sunting | sunting sumber]

Bagi memenuhi keperluan yang terdesak pada masa kini, Persatuan Bola Sepak Amatur Kelatan (KAFA) telah mengumumkan perlunya sebuah stadium baru bagi menggantikan Stadium Sultan Muhammad ke-IV yang telah uzur dan tidak mempunyai kemudahan asas moden. Justeru itu pihak KAFA telah mengemukakan satu permohonan kepada unit perancangan ekonomi negara dalam mendapatkan dana kewangan untuk membina sebuah stadium baru yang mungkin dibina di Mukim Gading Galoh Jajahan Machang.

Namun begitu, pihak Kerajaan Negeri Kelantan turut mengemukakan permohonan kepada unit perancangan ekonomi negara dalam mendapatkan peruntukan sebanyak RM500 Juta untuk membina sebuah kompleks sukan di Bandar Baru Tunjung Jajahan Kota Bharu. Jika kedua-duanya mendapat kelulusan pihak unit perancangan ekonomi negara, Negeri Kelantan bakal memiliki tiga buah stadium pada masa yang akan datang.

Pahlawan Merah (Penyokong Fanatik Kelantan FA)

[sunting | sunting sumber]

Kelantan FA merupakan pasukan bola sepak yang paling ramai menerima sokongan padu daripada penyokong mereka dalam kancah Liga Malaysia sehingga mencecah puluhan ribu dan memenuhi setiap ruang di stadium mereka. Penyokong Kelantan FA dikenali dengan jolokan "Pahlawan Merah". Laungan "Gomo Klate Gomo" sentiasa bergema di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV setiap kali perlawanan diadakan. Kehadiran penyokong fanatik Kelantan FA ini bukanlah sewaktu pasukan ini mencapai kejayaan dalam liga Malaysia pada musim 2008-2009, tetapi ianya satu tradisi zaman berzaman sejak pasukan Kelantan FA ditubuhkan pada tahun 1946. Kehadiran penyokong mereka begitu dirasai oleh para pemain dan pihak pengurusan Kelantan FA dan menyebabkan pasukan lawan berasa gerun setiap kali bertemu dengan Kelantan FA. Para penyokong ini dikatakan sebagai pemain ke-12 bagi pasukan Kelantan FA.

Tragedi 9 April 2009

[sunting | sunting sumber]

Peristiwa rusuhan penyokong fanatik Kelantan semasa kempen separuh akhir pertama Piala FA yang berlangsung di Stadium Sultan Mohammad Ke-IV menjadi detik hitam dalam sejarah bola sepak Kelantan. Rusuhan ini dipercayai berpunca ketidakpuasan hati penyokong-penyokong Kelantan FA terhadap mutu pengadilan semasa Kelantan FA menerima kunjungan pasukan Negeri Sembilan FA. Ketegangan yang berlaku antara penjaga gol Kelantan FA, Mohd Halim Napi dan juga penyerang Negeri Sembilan FA, Zaquan Adha Abdul Razak di padang telah menyemarakkan lagi api kemarahan penyokong-penyokong Kelantan.

Setelah tamat permainan, keadaan dalam stadium begitu tegang apabila penyokong Kelantan ketika itu seramai 26,000 orang tidak mahu berganjak dari tempat masing-masing sehingga diarah keluar oleh pihak polis yang mengawal permainan pada malam itu. Namun di luar stadium hampir 2,000 orang penyokong Kelantan telah merusuh di perkarangan stadium dengan membakar kenderaan pasukan polis dan merosak kenderaan persendirian dan juga harta awam. Seramai 100 orang anggota polis dan anti rusuhan telah diarahkan untuk mengawal keselamatan pasukan Negeri Sembilan FA dan meredakan keadaan yang berlaku pada malam kejadian itu.

Akibat kejadian yang berlaku, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah menggantung pasukan Kelantan FA beraksi di Stadium Sultan Mohammad Ke-IV sehingga tamat musim 2009 dan telah memilih stadium berkecuali Stadium Putra Bukit Jalil untuk perlawanan yang membabitkan pasukan Kelantan FA dengan pihak lawan. Persatuan Bola Sepak Amatur Kelantan (KAFA) turut didenda RM90,000 akibat kejadian rusuhan yang berlaku. Penyokong fanatik tetap teguh berdiri di belakang Tan Sri Annuar Musa dengan tidak berbelah bagi tanda 100% untuk Kelantan FA, jadi penyokong semua berilah kerjasama untuk kelab kesayangan kita untuk terus maju dibawah Tan Sri Annuar Musa.

Rusuhan Di Stadium Nasional Bukit Jalil (Final Piala Malaysia 2009)

[sunting | sunting sumber]

Kekalahan pasukan Kelantan FA kepada pasukan Negeri Sembilan FA dalam perlawanan akhir Piala Malaysia musim 2009 menyebabkan berlakunya rusuhan penyokong pasukan Kelantan FA dengan membakar kain rentang gergasi dan juga kerusi-kerusi penonton. Kejadian ini mengakibatkan Persatuan Amatur Bola Sepak Kelantan (KAFA) didenda RM34,000 oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Musuh Tradisi dan Utama (Derby)

[sunting | sunting sumber]

Pasukan Bolasepak Negeri Terengganu Darul Iman (PBSNT) merupakan seteru tradisi bagi Pasukan Bolasepak Amatur Kelantan. Pertembungan dua musuh berjiran ini dikenali sebagai pertembungan "East Coast Derby" bagi kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Bahang pertembungan kedua-dua pasukan ini turut menular di kalangan para penyokong kedua-dua pasukan yang sentiasa menghidangkan aksi-aksi tegang kedua-dua pasukan mahupun para penyokong mereka.

Namun bermulanya era kebangkitan mereka (2009-kini), pasukan ini merupakan pencabar bagi skuad-skuad yang baru naik sepanjang musim bola sepak. Pada 2009-2010 menyaksikan Selangor FA sebagai musuh utama bagi pasukan Kelantan FA dalam kancah saingan Liga Domestik, baik dari Liga Super, kempen Piala FA ataupun Piala Malaysia. Pertembungan musuh terkuat dalam saingan Liga Malaysia ini menyajikan aksi-aksi yang dramatik antara kedua-dua pasukan dan turut membabitkan para penyokong bagi kedua-dua pasukan ini. Pertembungan ini masih berlarutan sehingga 2011.

Pada 2012, ATM FA menjadi pesaing utama mereka. Dalam kempen Piala Malaysia 2010, mereka bersaing dalam kumpulan B dan akhirnya berlarutan sehingga perlawanan akhir. Pada 2013, kehadiran JDT yang dibarisi bekas pemain Kelantan (Norshahrul Idlan dan Nurul Azwan Roya) serta pemain-pemain kebangsaan (Safiq Rahim, Aidil Zafuan) dan pemain antarabangsa (Daniel Guiza, Simone Del Nero) menyaksikan pertembungan menarik antara kedua-dua pasukan. Perlawanan akhir Piala FA menyaksikan pertembungan kedua-dua musuh utama ini.

Liga Kelantan

[sunting | sunting sumber]

Piala Presiden KAFA

[sunting | sunting sumber]
Piala Presiden KAFA
Pasukan Tempat
New City FC Kota Bharu
Bachok FC Bachok
Tumpat FC Tumpat
Whitesand FC Pasir Puteh
Goldensand FC Pasir Mas
Red Land FC Tanah Merah
Machangster FC Machang
Krai FC Kuala Krai
Jeli FC Jeli
Wolves FC Gua Musang

Kejohanan Bola Sepak Piala Presiden Kafa yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT), Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) disertai oleh 10 pasukan daripada Persatuan Bola Sepak Jajahan (PBJ) di negeri ini.

Syarat penting bagi kejohanan ini ialah setiap pasukan perlu mendaftarkan sekurang-kurang lima pemain bawah umur 20 tahun. Setiap pasukan boleh mendaftar seramai empat pegawai pasukan sementara jumlah pemain yang boleh didaftarkan ialah antara 18 hingga 22 orang. Pemain yang beraksi dalam Liga Super dan Liga Perdana yang masih dalam pendaftaran FAM tidak dibenarkan beraksi. Sementara pemain Piala Presiden yang bermain atau berlatih dengan pasukan Liga Super atau Liga Perdana juga tidak dibenarkan beraksi. Sementara itu, pemain yang sedang mewakili pasukan dalam Kejohanan Liga Antara Kelab boleh didaftarkan dengan menggunakan nombor lesen asal dan bebas mewakili mana-mana PBJ.

Setiap jurulatih pasukan mestilah mempunyai sekurang-kurangnya Lesen C daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Format pertandingan ialah liga akan dijalankan satu pusingan membabitkan lima pasukan bagi setiap kumpulan. Pusingan seterusnya dijalankan secara kalah mati. Hadiah wang tunai RM20,000 bakal menanti kepada pasukan yang muncul juara pada kejohanan ini, sementara naib juara akan meraih RM10,000. Tempat ketiga dan keempat masing-masing akan membawa pulang RM5,000 dan RM2,000.

Piala Menteri Besar Kelantan (Piala Tok Guru)

[sunting | sunting sumber]

Disamping kejohanan Piala Presiden KAFA, Liga Kelantan turut memperkenalkan Piala Menteri Besar atau dikenali juga Piala Tok Guru dalam memeriahkan lagi sukan bola sepak di Negeri Kelantan Darul Naim.

Piala MB akan diadakan pada akhir tahun. Sebanyak 24 pasukan akan berentap merebut Piala MB. Johan piala tersebut akan menerima hadiah sebanyak RM5,000, naib johan (RM3,000) dan ketiga (RM1,500). [17]

Liga Bola Sepak Remaja

[sunting | sunting sumber]

Disamping kerancakkan Liga Kelantan, Negeri Kelantan Darul Naim turut memperkenalkan Liga Bola Sepak Remaja bagi mengasah bakat dan skil permainan bola sepak dalam kalangan golongan Remaja dan Belia di Negeri ini. Liga Bola Sepak Remaja ini ditubuhkan di setiap Jajahan di Negeri Kelantan dalam mencari dan mencungkil bakat bola sepak di peringkat akar umbi. Program ini mendapat sokongan padu dari Pihak Kerajaan Negeri Kelantan Darul Naim apabila Pihak Kerajaan Negeri telah menubuhkan Akademi Bola Sepak Darul Naim dalam mencari bakat dan mempertingkatkan lagi mutu permainan bola sepak di Negeri ini.

Pencapaian

[sunting | sunting sumber]
Kejohanan Juara Naib Juara
Liga Malaysia / Liga Semi-Pro Divisyen 1 / Liga Perdana / Liga Perdana 1 / Liga Super

* Liga Tahap Satu

2011, 2012 (2x) 2010
Liga Semi-Pro Divisyen 2 / Liga Perdana 2 / Liga Premier

* Liga Tahap Dua

2000
Piala FAM

* Liga Tahap Tiga

1953, 1954, 2005 (3x) 1963, 1971, 1972 (3x)
Piala Malaysia 2010, 2012 (2x) 1955, 1970, 2009, 2013 (4x)
Piala FA 2012, 2013 (2x) 2009, 2011, 2015 (x3)
Piala Sumbangsih 2011 2012, 2013 (2x)
Kejohanan Juara Naib Juara
Piala Presiden 1985, 1995, 2005, 2011, 2013, 2015, 2016 (7x) 1988, 2003, 2007 (3x)
Piala Belia 2008, 2014 (2x) 2013

Antarabangsa

[sunting | sunting sumber]
Tahun Kejohanan Jaringan Lawan Catatan
2013 Piala AFC 0-2 Hong Kong Kitchee Pusingan Ke-2
2012 Piala AFC 1-5 & 1-1

(Kalah Agregat 2-6)

Iraq Arbil SC Suku Akhir
2011 Unity Cup 1-1 & 2-3

(Kalah Agregat 3-4)

Indonesia Persebaya Surabaya Perlawanan Persahabatan

Rekod kejayaan

[sunting | sunting sumber]
Untuk musim 2015, sila lihat rencana Kelantan FA musim 2015
Tahun Liga Piala
No Divisyen P M S K J B Mt Sumbangsih FA Malaysia AFC
2020 Liga Premier 6
2019 10 Liga Premier 20 4 8 8 23 32 17 Pusingan 2 Peringkat Kumpulan
2018 11 Liga Super 22 5 3 14 20 43 18 Pusingan 3 Peringkat Kumpulan
2017 10 Liga Super 22 7 4 11 31 39 22 Pusingan 2 Peringkat Kumpulan
2016 4 Liga Super 22 7 8 7 37 33 29 Pusingan 3 Suku Akhir
2015 9 Liga Super 22 8 4 10 34 38 28 Naib Juara Peringkat Kumpulan
2014 6 Liga Super 22 10 1 11 26 29 31 Separuh Akhir Suku Akhir Peringkat Kumpulan
2013 4 Liga Super 22 10 6 6 32 20 36 Naib Juara Juara Naib Juara R16
2012 1 Liga Super 26 18 6 2 53 18 60 Naib Juara Juara Juara Suku Akhir
2011 1 Liga Super 26 17 5 4 52 21 56 Juara Naib Juara Suku Akhir
2010 2 Liga Super 26 17 8 1 50 14 59 Pusingan 2 Juara
2009 6 Liga Super 26 14 2 10 49 36 44 Naib Juara Naib Juara
2008 3 Liga Premier 24 16 5 3 59 30 53 Pusingan 1 Peringkat Kumpulan
2007 8 Liga Premier 20 4 8 8 23 31 20 Pusingan 2 Peringkat Kumpulan
2006 5 Liga Premier A 21 7 5 9 33 35 26 Pusingan 2 Tidak Layak
2005 Piala FAM (Juara) Suku Akhir Tidak Layak
2004 9 Liga Premier B 24 1 7 16 13 42 10 Pusingan 1 Tidak Layak
2003 10 Liga Perdana 1 24 7 7 10 31 52 28 Pusingan 1 Peringkat Kumpulan * mula dipertandingkan bermula 2004
2002 10 Liga Perdana 1 26 9 3 14 29 41 30 Pusingan 2 Peringkat Kumpulan
2001 3 Liga Perdana 1 22 11 5 6 33 21 38 Pusingan 1 Separuh Akhir
2000 1 Liga Perdana 2 18 10 6 2 48 21 36 Pusingan 2 Suku Akhir
1999 5 Liga Perdana 2 18 7 5 6 23 26 29 Suku Akhir Tidak Layak
1998 3 Liga Perdana 2 14 6 6 2 20 16 24 Pusingan 2 Tidak Layak
1997 13 Liga Perdana 28 8 4 16 33 58 28 Pusingan 2 Tidak Layak
1996 15 Liga Perdana 28 4 5 19 18 52 17
1995 15 Liga Perdana 28 5 8 15 31 49 23
1994 9 Liga Perdana 28 11 7 10 48 42 40 Peringkat Kumpulan
1993 6 Liga Semi-Pro Divisyen 1 18 5 4 9 31 34 19
1992 3 Liga Semi-Pro Divisyen 2 14 5 4 5 27 18 19 Tidak Layak
1991 Liga Semi-Pro Divisyen 1 18 6 1 11 24 40 19
1990 Liga Semi-Pro Divisyen 2 14 9 2 3 38 15 29
1989 Liga Semi-Pro Divisyen 1 16 2 3 11 8 26 9 * mula dipertandingkan bermula 1990


Tahun Kejohanan Jaringan Lawan Catatan
2015 Piala Presiden 2-1 Penang FA Juara
Piala FA 1-3 Lions XII Naib Juara
2013 Piala Sumbangsih 1-1 (Kalah penalti 3-4) ATM FA Naib Juara
Piala FA 1-0 Darul Takzim FC Juara
Piala Presiden 2-1 Perak FA Juara [18]
Piala Malaysia 0-1 Pahang FA Naib Juara
2012 Piala Sumbangsih 1-2 Negeri Sembilan FA Naib Juara
Piala FA 1-0 Sime Darby FC Juara
Liga Super Malaysia 60 Mata - Juara (Format Liga)
Piala Malaysia 3-2 ATM FA Juara
2011 Piala Sumbangsih 2-0 Selangor FA Juara
Piala Presiden 2-1 MP Muar Juara
Piala FA 1-2 Terengganu FA Naib Juara
Liga Super Malaysia 56 Mata - Juara (Format Liga)
Piala Agong 3-2 Perlis FA Juara
2010 Piala Emas Raja-Raja 0-0 (Menang Penalti 4-3) Kedah FA Juara
Liga Super Malaysia 50 Mata - Naib Juara (Format Liga)
Piala Malaysia 2-1 Negeri Sembilan FA Juara
2009 Piala Emas Raja-Raja 4-0 Pulau Pinang FA Juara
Piala FA 1-1 (Kalah penalti 4-1) Selangor FA Naib Juara
Piala Malaysia 1-3 Negeri Sembilan FA Naib Juara
2007 Piala Presiden 3-3 (Kalah penalti 4-5) Perak FA Naib Juara
2006 Piala Emas Raja-Raja 5-1 ATM Juara
2005 Piala FAM 2-0 Shahzan Muda FC Juara
Piala Agong 2-2 (Kalah Penalti 5-6) Pahang FA Naib Juara
Piala Emas Raja-Raja 0-1 Kedah FA Naib Juara
Piala Presiden 1-0 Pasir Gudang United Juara
2003 Piala Presiden 0-2 Kedah FA Naib Juara
2000 Liga Perdana 2 - - Juara (Format Liga)
1995 Piala Presiden 1-1 & 1-0

(Menang agregat 2-1)

Kuala Lumpur FA Juara
1988 Piala Presiden 0-2 Selangor FA Naib Juara
1985 Piala Presiden Sarawak FA Juara
1972 Piala FAM 1-2 Selangor FA Naib Juara
1971 Piala FAM 2-5 Penjara (PDRM) Naib Juara
1970 Piala Malaysia 0-1 Perak Naib Juara
1963 Piala FAM 0-7 Singapura Naib Juara
1955 Piala Malaysia 1-3 Singapura Naib Juara
1954 Piala FAM 2-1 Combined Services Juara
1953 Piala FAM 1-1 Selangor FA Juara Bersama

Anugerah Bola Sepak Kebangsaan

[sunting | sunting sumber]
Musim Pemain Kategori
2016 Kelantan Khairul Fahmi Che Mat Penjaga Gol Terbaik
2014 Kelantan Mohd Badhri Mohd Radzi Pemain Tengah Terbaik
2013 Kelantan Mohd Badhri Mohd Radzi Pemain Paling Bernilai[19]
2013 Terengganu Mohd Nor Farhan Muhammad Penyerang Terbaik
2013 Kelantan Mohd Badhri Mohd Radzi Pemain Tengah Terbaik
2013 Kelantan Khairul Fahmi Che Mat Penjaga Gol Terbaik
2013 Kelantan Kelantan FA Kelab Penyokong Terbaik
2012 Kelantan Kelantan FA Persatuan Terbaik[20]
2012 Terengganu Norshahrul Idlan Talaha Pemain Paling Bernilai Supermokh
2012 Terengganu Norshahrul Idlan Talaha Penyerang Terbaik
2012 Kelantan Khairul Fahmi Che Mat Penjaga Gol Terbaik
2011 Terengganu Norshahrul Idlan Talaha Pemain Paling Bernilai Supermokh[21]
2011 Terengganu Norshahrul Idlan Talaha Penyerang Terbaik
2011 Kelantan Khairul Fahmi Che Mat Penjaga Gol Terbaik
2010 Terengganu Norshahrul Idlan Talaha Pemain Paling Bernilai
2010 Terengganu Norshahrul Idlan Talaha Penyerang Terbaik
2010 Kelantan Khairul Fahmi Che Mat Penjaga Gol Terbaik
2010 Kelantan Khairul Fahmi Che Mat Pemain Muda Terbaik
2010 Negeri Sembilan B. Sathianathan Jurulatih Terbaik
2009 Perak Indra Putra Mahayuddin Pemain Paling Bernilai
2009 Perak Indra Putra Mahayuddin Penyerang Terbaik

Kasut Emas

[sunting | sunting sumber]
Musim Pemain Gol Pertandingan
2007-08 Senegal Mouhamadou Moustapha 27 Liga Perdana
2000 Malaysia Anuar Abu Bakar 12 Liga Perdana 2
1994 Malaysia Mohd Hashim Mustapha 28 Liga Perdana
1993 Malaysia Mohd Hashim Mustapha 13 Liga Perdana
1992 Poland Dariusz Dudala 9 Liga Bahagian 2
1990 Malaysia Mohd Hashim Mustapha 13 Liga Bahagian 2
Thailand Boonphop Praphut

Anugerah Lain

[sunting | sunting sumber]
Tahun Pemain Anugerah Catatan
2013 Kelantan Zahasmi Ismail Pingat Bakti Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 44
2013 Kelantan Mohd Sideek Samsudin Pingat Bakti Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 44
2013 Perlis Azizi Matt Rose Pingat Bakti Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 44
2013 Kelantan Mohd Farisham Ismail Pingat Bakti Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 44
2013 Kelantan Zairul Fitree Ishak Pingat Bakti Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 44
2013 Kelantan Nik Mohd Shahrul Azim Ab Halim Pingat Bakti Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 44
2013 Kelantan Mohd Shahrizan Ismail Pingat Bakti Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 44
2012 Kelantan Datuk Rosmadi Ismail (Naib Presiden) Jaksa Pendamai (JP) Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 43
2012 Kelantan Khairul Fahmi Che Mat Pingat Setia Mahkota Kelantan (PS) Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 43
2012 Perak Indra Putra Mahayuddin Pingat Setia Mahkota Kelantan (PS) Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 43
2012 Pulau Pinang S. Chanturu Pingat Setia Mahkota Kelantan (PS) Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 43
2012 Lubnan Mohammed Ghaddar Pingat Setia Mahkota Kelantan (PS) Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 43
2012 Kelantan Muhammad Ramzul Zahini Adenan Pingat Setia Mahkota Kelantan (PS) Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 43
2012 Kelantan Mohd Farisham Ismail Pingat Setia Mahkota Kelantan (PS) Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 43
2012 Terengganu Mohd Nor Farhan Muhammad Pingat Setia Mahkota Kelantan (PS) Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 43
2012 Kelantan Mohd Nurul Azwan Roya Pingat Setia Mahkota Kelantan (PS) Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 43
2012 Kelantan Mohd Shakir Shaari Pingat Setia Mahkota Kelantan (PS) Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 43 [22]
2011 Kelantan Azman Ibrahim (Pengurus pasukan) Bintang Seri Mahkota Kelantan (SMK) Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 42
2011 Negeri Sembilan B. Sathianathan (Bekas Jurulatih 2010) Bintang Seri Mahkota Kelantan (SMK) Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 42
2011 Kelantan Mohd Badhri Mohd Radzi Pingat Setia Mahkota Kelantan (PS) Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 42
2011 Terengganu Norshahrul Idlan Talaha Pingat Setia Mahkota Kelantan (PS) Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 42
2011 Kelantan Mohd Daudsu Jamaluddin Pingat Setia Mahkota Kelantan (PS) Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 42
2011 Kelantan Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid Pingat Setia Mahkota Kelantan (PS) Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 42

Ranking Kelab AFC

[sunting | sunting sumber]
Sehingga 26 Disember 2015.[23]
Kedudukan Semasa Negara Pasukan Jumlah mata
57 Syria Al Shorta SC 21.053
58 Republik Rakyat China Guangzhou R&F F.C. 20.859
59 Malaysia Kelantan FA 20.295
60 Hong Kong South China AA 19.958
61 Jepun Yokohama F. Marinos 19.434
Tahun Penaja
2011–2014 Astro
2004–2010 TM
1984–2003 Dunhill
Tahun Penaja
2016 Pamoga, Qu Puteh
2015 ChengalJati, Adabi, Sinar Harian, Puspamara, UniKL, redONE, Syarikat Muda Osman (SMO), A.Z.E & Groups Sdn Bhd, Airish Fashion Cosmetic, Mutiara Ekspress, Rennoil
2014 Hotlink, UniKL, Adabi, Sinar Harian, Syarikat Muda Osman, trésenergy, Konsortium Mutiara, Andida, Bayam Hospitality, Secretleaf, Yusry Maju, Hj Ali Home
2013 Hotlink, Adabi, Sinar Harian, AzizanOsman.com, Syarikat Muda Osman, trésenergy, Pure're Spritz, Desa Murni Batik, Mamee, Redbull Energy Drink, Keropok Sira Cap Menara
2012 AirAsia, Sinar Harian, Al Hamra, Yusmira Trading, Al Jabbar Group, Masterskill, Snickers, RW Energy Isotonik, Mamee
2011 AirAsia, Sinar Harian, Al Hamra, Yusmira Trading, Al Jabbar Group
2010 AirAsia, Sinar Harian, Al Hamra, Yusmira Trading
2009 AirAsia, Al Hamra

Kit Peralatan / Pakaian

[sunting | sunting sumber]
Tahun Penaja
2019 Adidas
2018 Lotto
2017 HORC
2016 DSV
2013-2015 Warriors
2010-2012 Umbro, Warriors
2009 Sportzone
2002-2008 Nike
1995-2001 Asics

Pegawai pasukan

[sunting | sunting sumber]

Anggota Jawatankuasa Eksekutif
  • CEO: Norizam Tukiman Malaysia


Setiausaha Agung
Bendahari
Penolong Setiausaha I
Penolong Setiausaha II

Pengurus
Penolong pengurus
Ketua jurulatih Frank Bernhardt Jerman
Penolong jurulatih 1 Rezal Zambery Yahya Malaysia
Penolong jurulatih 2 Azli Mahmood Malaysia
Penolong jurulatih 3
Jurulatih penjaga gol Abdul Rahman Malaysia
Jurulatih kecergasan Kamarul Dinis Malaysia
Fisioterapis Syahiran Sahul Hamed Malaysia
Pegawai Media
Pegawai Keselamatan
Masseur
Kitman / Peralatan Nazim Tew Abdullah Malaysia

Pengurus Piala Presiden
Jurulatih Piala Presiden
Penolong jurulatih Piala Presiden
Jurulatih penjaga gol Piala Presiden
Tahun Presiden
19xx-19xx Kelantan Datuk Haji Hussien Ahmad
19xx-1985 Kelantan Datuk Nik Mahmud Nik Daud
1986-1990 Kelantan Datuk Ahmad Rastom Ahmad Maher
1991-2004 Kelantan Datuk Wan Haji Hashim Wan Haji Daud
2004-2007 Kelantan Datuk Haji Ahmad Jazlan Datuk Haji Yaakub
2007-2017 Kelantan Tan Sri Annuar Musa
2017-2019 Kelantan Hajjah Bibi Ramjani Khan Haji Ilias Khan
2019-2020 Kelantan Datuk Wan Haji Abdul Rahim Wan Haji Abdullah
2020-kini Kelantan Datuk Dr Haji Ahmadde Dhaniyazh Hussien
Tahun Pengurus
2013-2015 Kelantan Haji Azman Ibrahim
2013- Croatia Bojan Hodak
2009-2012 Kelantan Haji Azman Ibrahim[24]
2009 England Peter James Butler
2006-2008 Kelantan Datuk Haji Ahmad Jazlan Datuk Yaakub
2005 Kelantan Haji Azman Ibrahim
1998-2002 Kelantan Datuk Wan Hashim Wan Daud

Ketua Jurulatih

[sunting | sunting sumber]
Tahun Ketua Jurulatih
2018 Sathit Bensoh
2017 Zahasmi Ismail / Alfredo Carlos Gonzales
2016 K. Devan / Velizar Popov
2015 Belanda George Boateng / Malaysia Mohd Azraai Khor Abdullah
2014 England Steve Darby / Belanda George Boateng
2013 Croatia Bojan Hodak
2012 England Peter James Butler / Croatia Bojan Hodak
2011 Perak Datuk M. Karathu / England Peter James Butler
2010 Negeri Sembilan B. Sathianathan
2009 England Peter James Butler / Negeri Sembilan B. Sathianathan
2008 Perlis Norizan Bakar / Perancis Regis Laguesse
2007 Kelantan Abdul Rahim Ahmad
2006 Kelantan Kamaruddin Md Noor / Kelantan Anizan Daud
2005 Kelantan Kamaruddin Md Noor
2004 Terengganu Abdullah Mohamad
2003 Terengganu Abdullah Mohamad
2002 Selangor Datuk K. Rajagobal
2001 Selangor Datuk K. Rajagobal
2000 Kelantan Abdul Rahim Ahmad
1999 Kedah Mosthakeen Omar
1998 Kelantan Kamaruddin Md Noor / Kelantan Hamid Ramli
1997 Sabah Kelly Tham
1996 Sabah Kelly Tham
1995 Kelantan Hj. Mahadi Yusof
1994 Czechoslovakia Milous Kvacek
1993 Perak Datuk M. Karathu
1992 Jerman Horst Heese
1991 Yugoslavia Milan Duricic / Kelantan Hj. Mahadi Yusof
1990 Kelantan Mohamad Che Su
1989 Singapura Majid Ariff / Kelantan Hj. Mahadi Yusof
1988 Kelantan Mohamad Che Su

Skuad Utama

[sunting | sunting sumber]
Sehingga 20 Februari 2022

Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.

No. Pos. Negara Pemain
1 GK Malaysia Solehin Mamat
3 DF Malaysia Khairul Helmi Johari
4 DF Malaysia Ghaffar Rahman
5 DF Malaysia Muhammad Yusri
6 MF Sepanyol Mario Arques
7 DF Malaysia Arip Amiduddin
8 MF Malaysia Syed Sobri
9 FW Brazil Nixon Guylherme
10 FW Sepanyol Cifu
11 MF Malaysia Dzulfahmi Hadi
12 MF Malaysia Alifh Aiman
13 GK Malaysia Nik Amin
No. Pos. Negara Pemain
14 DF Malaysia Danial Hadri
16 DF Malaysia Zubir Azmi
18 DF Malaysia Shahrul Igwan
19 FW Malaysia Nurshamil Abd Ghani
20 MF Malaysia Shyamirul Razmee
22 MF Lubnan Fadel Antar
23 DF Filipina Carlie De Murga
28 MF Malaysia Azri Basalie
29 MF Malaysia Mior Dani
30 MF Malaysia Mathias Mansor
31 GK Malaysia Amin Faisal
32 MF Malaysia Osman Yusoff
66 MF Malaysia Ikhwan Yazek
99 FW Indonesia Natanael Siringoringo

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "LATAR BELAKANG". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-22. Dicapai pada 2015-11-20.
  2. ^ Sejarah Kelantan FA Diarkibkan 2013-10-29 di Wayback Machine, Portal Rasmi KAFA
  3. ^ KAFA tubuh akademi bola sepak bawah 13, Utusan Malaysia, 18 Januari 2008.
  4. ^ Sathianathan digantung 6 bulan, tekanan untuk Kelantan, Utusan Online, 23 Oktober 2010
  5. ^ Sathia kekal digantung 6 bulan, Utusan Online, 25 Januari 2011
  6. ^ Karathu ganti Sathianathan latih pasukan Kelantan, Utusan Online, 26 Januari 2011
  7. ^ Karathu letak jawatan, Harian Metro, 17 Oktober 2011
  8. ^ Peter Butler jurulatih baru Kelantan Diarkibkan 2014-12-05 di Wayback Machine, bolasepak.com, 24 Oktober 2011
  9. ^ Kafa rehatkan Butler 'lantang', Sinar Harian, 24 Februari 2012
  10. ^ Fokus: Ribut kecil melanda Kelantan[pautan mati kekal], Underground Voice, 27 Februari 2012
  11. ^ Detik getir Butler, KAFA hari ini Diarkibkan 2012-02-28 di Wayback Machine, Berita Harian Online, 28 Februari 2012
  12. ^ Butler tinggalkan Kelantan, Sinar Harian, 28 Februari 2012
  13. ^ Bojan Hodak jurulatih baru skuad Kelantan, Utusan Online, 4 Mac 2012
  14. ^ Bojan Hodak jurulatih baru skuad Kelantan, Utusan Online, 4 Mac 2012
  15. ^ Kelantan cipta sejarah, Utusan Online, 21 Oktober 2012
  16. ^ Papan markah elektronik baru Diarkibkan 2013-12-16 di Wayback Machine, Utusan Online 24 Sept 2012
  17. ^ "Kelab baru Kelantan bakal beraksi di Liga Malaysia". Harakahdaily. 14 Mei 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-11-29. Dicapai pada 2014-11-27.
  18. ^ Kelantan muncul juara Piala Presiden 2013 Diarkibkan 2018-08-15 di Wayback Machine, Sinar Harian, 13 Oktober 2013
  19. ^ Piya paling bernilai, Harian Metro, 1 Disember 2013
  20. ^ Kelantan, ATM bolot 4 Anugerah Bola Sepak Kebangsaan, Sinar Harian, 30 Oktober 2012
  21. ^ Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2011, Sinar Harian, 1 Disember 2011
  22. ^ 9 pemain terima pingat sempena hari keputeraan Sultan Kelantan Diarkibkan 2012-11-14 di Wayback Machine, Sinar Harian, 11 November 2012
  23. ^ "AFC Football / Soccer Clubs Ranking" (PDF).
  24. ^ Azman lepas jawatan pengurus Kelantan, Utusan Online 14 Nov 2012

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]