Kereta kebal Gas-Eletrik Holt
Kereta kebal Gas-Eletrik Holt | |
---|---|
Tempat asal | Amerika Syarikat |
Spesifikasi | |
Berat | 25.4 t |
Panjang | 5.03 m |
Lebar | 2.76 m |
Tinggi | 2.37 m |
Krew | 6 |
Armor | 6–15 mm |
Senjata pertama | 75 mm Vickers howitzer gunung |
Senjata kedua | dua mesingan Browning 7.92 mm |
Enjin | 4-cyl enjin gasolin Holt tambah 2 motor eletrik 90 hp (67 kW) |
Kuasa/berat | 3.5 kuasa kuda/tan |
Sistem ampaian | spring gegelung menegak |
Jarak operasi | 50 km |
Kelajuan | 10 km/j |
Kereta kebal Gas-Eletrik Holt merupakan prototaip kereta kebal pertama dibina di Amerika Syarikat [1] sebagai kerjasama antara Syarikat Pengilang Holt (kini Caterpillar Inc.) dan Syarikat General Electric. Kereta kebal tersebut, dibina antara 1917-18, merupakan satu-satu jenisnya yang dibina, kerana ujian menunjukkan ia kurang lincah dan kurang mampu bergerak seperti yang diperlukan.[2] Bilangan kaki-tangan diberikan sebagai enam, dengan anggaran akan terdapat dua juru mesingan, juru meriam dan pengisi peluru bagi meriam utama, pemandu dan komander.
Pembinaan
[sunting | sunting sumber]Kereta kebal ini diasaskan pada versi traktor Holt Model 75 yang dipanjangkan dan diubah suai, dengan bingkai trek berputar. Terdapat sepuluh roda jalan setiap sebelah. Kereta kebal ini adalah setinggi 7 kaki 9.5 inci, sepanjang 16 kaki 6 inci, dan selebar 9 kaki 1 inci. Kenderaan ini memiliki enjin Holt 4-silinder 90 kuasa kuda, dan dilengkapi dengan penjana General Electric memancu motor eletrik bagi setiap trek; standing dengan system petro-eletrik yang digunakan lebih awal oleh kereta kebal St Chamond Perancis yang turut dilengkapi dengan sistem gantungan Holt dipanjangkan. Bagi menghalang gander lampau panas—satu masalah yang berpanjangan bagi sistem gandar jenis eletrik—satu sistem penyejuk menggunakan air yang rumit turut dipasang.
Sistem senjata
[sunting | sunting sumber]Seperti kereta kebal Perancis, Gas-Eletrik Holt memiliki meriam 75 mm diletakkan rendah di bawah muncung berbentuk-V; dua mesingan Browning 7.92 mm boleh dialih di sponson kedua belah enjin dan system gander terletak di belakang, bersebelahan dengan laluan ke pintu tunggal. Hanya satu dihasilkan kerana ujian menunjukkan prestasi memanjatnya tidak memuaskan hati dan ia jauh lebih berat dari perancangan awal, sekitar 25 short ton (23 t).