Pergi ke kandungan

Kerubut emas Tierra del Fuego

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Di antara tahun 1883 hingga 1906, Tierra del Fuego mengalami kerubut emas, yang menarik sejumlah besar orang Chile, Argentina dan Eropah ke kepulauan itu, termasuklah sejumlah besar orang Dalmatia. Kerubut emas tersebut membawa kepada pembentukan pekan-pekan pertama di kepulauan itu dan memacu pertumbuhan ekonomi di Punta Arenas. Setelah kerubut emas itu tamat, kebanyakan penggali emas meninggalkan kepulauan itu, manakala baki-baki peneroka terlibat dalam penternakan biri-biri dan penangkapan ikan. Jumlah penduduk asli Selk'nam menurun dengan cepat semasa kerubut emas itu.

Penemuan pertama

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1879, sebuah ekspedisi yang diketuai oleh pegawai Tentera Laut Chile, Ramón Serrano Montaner menemui emas di beberapa alur air di barat Tierra del Fuego.[1][2] Bagaimanapun, kerubut emas mula tercetus pada tahun 1884. Pada tahun tersebut, kapal stim Perancis Arctique kapal pengangkut Perancis terkandas di utara pantai Cape Virgenes.[1] Satu ekspedisi yang dihantar untuk menyelamatkannya telah menemui emas di tempat yang dipanggil sebagai Zanja a Pique.[1] Apabila berita sampai ke Punta Arenas, ramai penduduk telah pergi ke kawasan itu. Dari Punta Arenas, berita itu kemudiannya sampai ke Buenos Aires.[1]

  1. ^ a b c d Martinic Beros, Mateo. Crónica de las Tierras del Canal Beagle. 1973. Editorial Francisco de Aguirre S.A. pp. 55–65
  2. ^ Bascopé Julio, Joaquín. Sentidos Coloniales I. El Oro y la Vida Salvaje en Tierra del Fuego, 1880–1914. Magallania