Kerusi panas
Penampilan
Kerusi panas atau kerusi marginal ialah kawasan pilihan raya yang dimenangi dengan majoriti yang amat tipis. Lazimnya, senario ini sering berlaku pada kerusi-kerusi yang menggunakan sistem pemenang undian terbanyak.
Di Malaysia, terdapat beberapa kawasan yang dilabel kerusi panas. Berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 pada tahun 2022, antara contoh kerusi yang dilabel sebagai kerusi panas termasuklah:
- Hulu Selangor, Kuala Selangor, Sungai Buloh di Selangor
- Gerik, Lenggong, Sungai Siput, Tambun, Parit, Lumut dan Bagan Datuk di Perak
- Sekijang, Muar, Parit Sulong dan Simpang Renggam di Johor
- Balik Pulau di Pulau Pinang
- Tampin di Negeri Sembilan
- Sungai Petani di Kedah