Kiss Me Once merupakan album studio penyanyi kelahiran Australia, Kylie Minogue, yang dilancarkan pada 14 Mac 2014 oleh Parlophone. Ia merupakan album studio pertama beliau yang dilancarkan selepas Aphrodite (2010), dan menjadikan album pertama dan satu-satunya Minogue bersama Roc Nation, yang dipunyai oleh rapper dan ahli perniagaan Amerika Syarikat, Jay-Z. Kedua-dua mereka menyenaraikan beberapa penulis lagu dan penerbit seperti Sia, Cutfather, Greg Kurstin, Pharrell Williams, dan MNEK. Secara muziknya, ia diiktiraf oleh pengulas muzik sebagai kembalinya Minogue ke muzik pop kontemporari, yang dimasukkan unsur pop tarian, disko, elektropop dan R&B. Secara liriknya pula, lagu-lagu di dalam album ini memfokuskan tema romantik, seks, perkasaan diri dan keseronokan.
Selepas dilancarkan, Kiss Me Once menerima ulasan yang baik secara umumnya dari pengkritik muzik. Majoriti daripada mereka memuji pesona Minogue dan lontaran vokal, disamping kembalinya beliau ke muzik pop kontemporary. Walau bagaimanapun, para pengkritik telah polarisasi terhadap kandungan dan pengeluaran; beberapa orang dikalangan mereka merasakan bahan adalah menyeronokkan, tetapi majoriti menolak memorabiliti dan berasa ia tidak mempunyai inovasi bagi pihak Minogue. Secara komersialnya, album ini dilakukan secara sederhana di seluruh dunia, dan mencapai top 10 di beberapa buah negara seperti Australia]], United Kingdom, Ireland, Sepanyol, Perancis, New Zealand dan Kanada. Kekurangan kejayaan komersial untuk Kiss Me Once menyebabkan Minogue meninggalkan syarikat naungannya.
"Into the Blue" dan "I Was Gonna Cancel" telah dilancarkan sebagai single utama album ini. Manakala lagu-lagu lain seperti: "Million Miles", "Sexercize", "Les Sex", dan "Beautiful" telah dipromosikan secara berbeza di negara-negara tertentu.