Koleksi Seni Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Koleksi Seni Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ialah kumpulan kelompok karya seni dan objek bersejarah didermakan sebagai hadiah kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu oleh negara anggotanya, persatuan, atau individu. Harta atau barang seni ini, kebanyakannya dalam bentuk “arca, seni lukis, dewangga dan mozek”, ialah wakil “seni negara” yang disimpan dan dipamerkan di dalam lingkungan Ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Bandar Raya New York, Amerika Syarikat, dan stesen tugas yang lain, membuatkan PBB dan wilayah antarabangsanya sebuah "muzium kecil yang elok".[1][2]
Negara anggota mengikuti protokol untuk memberi hadiah rasmi kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Tatacara, ucapan, dan majlis, seperti upacara membuka hadiah, dikendalikan dan dilaraskan ileh Perkhidmatan Protokol dan Perhubungan. Sebenar-benarnya, setiap negara anggota hanya boleh menghadiahkan satu pemberian, dan negara anggota bertanggungjawab untuk pemasangan artifak yang ditawarkan.[2][3][4]
Hadiah rasmi kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu oleh negara anggotanya merupakan contoh unggul prinsip, kepentingan dan nilai PBB sebagai pertubuhan antarabangsa.[5]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Celestial Sphere Woodrow Wilson Memorial
- Tugu Peringatan Perhambaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Frommer's Review: United Nations, New York City Attractions, New York City, Travel Guides, NYTimes.com, retrieved on: August 2, 2007
- ^ a b Marks, Edward B. Art... At Home in the United Nations, UN Chronicle United Nations Publications (1998), Gale Group (2004) and FindArticles.com, Winter 1998 , retrieved on: August 2, 2007
- ^ Presentation of Malaysia's Gift to the United Nations, Speech by Dato' Seri Dr. Mahathir Bin Mohamad, New York, September 25, 2003, PMO.gov Diarkibkan September 27, 2007, di Wayback Machine, retrieved on: August 2, 2007
- ^ The Director-General, Protocol and Liaison Service, United Nations Office at Geneva, UNOG.ch (undated), retrieved on: August 2, 2007
- ^ Moore, Lawri Lala. Moorings: The World of United Nations Peoples, Disarmament Exhibit Steals Centre Stage, UN.org, 2002, retrieved on: August 2, 2007
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Koleksi Seni Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu |