Wings (kumpulan muzik Malaysia)
Wings | |
---|---|
Latar belakang | |
Juga dikenali sebagai |
|
Berasal dari | Kuala Lumpur, Malaysia |
Genre | Hard rock, blues rock, rock kapak, heavy metal, glam metal, pop metal, power pop |
Pekerjaan | Penyanyi/Pemuzik |
Instrumen | Vokal/Band |
Tahun aktif | 1985–kini |
Syarikat rakaman | ASP (1987–1988) BMG (1988–2002) KRU Music (2014) |
Pengkarya berkait | Awie, M. Nasir, Loloq, Search, J.S. Kevin, Bob Lokman, S. Amin Shahab |
Laman sesawang | http://www.instagram.com/opera.wings |
Ahli | (Awie) Vokal Eddiemasterpiece wings(Ketua kumpulan) - Bass Black - Dram Edrie Hashim - Gitar Syam - Gitar |
Bekas ahli | Mel - Vokal Mus - Vokal Joe - Gitar Utama Jojet - Dram Tham Wing Kwan - Gitar Utama[1] |
Wings (sebelum ini bernama Blackjack) merupakan sebuah kumpulan muzik rock Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1985 di Kuala Lumpur, Malaysia. Semasa penubuhannya, kumpulan ini dianggotai oleh lima anggota asal yang terdiri dari Awie (Penyanyi), Syam (Gitar Utama), Baharom (Gitar Irama), Ipin (Gitar Bass) dan Jojet (Drum). Namun jumlah anggota Wings telah berubah dengan menjadikan empat orang barisan baharu setelah beberapa anggota bersilih ganti. Awie, Joe, Eddie dan Black adalah anggota yang telah mengambil jangka masa yang lama untuk menganggotai kumpulan ini termasuk juga menikmati segala kegemilangan yang belum ada lagi artis berkumpulan seperti Wings. Eddie yang memulakan kariernya sebelum menjadi artis menyertai kumpulan Blackjack dan seterusnya mereka menukar nama kepada menubuhkan nama Wings dan Eddie menjadi artis kumpulan Wings. Sejak jenama kumpulan Wings diwujudkan, Eddie adalah satu-satu anggota tunggal tertua Wings paling setia dan tidak pernah keluar dari kumpulan tersebut berbanding anggota-anggota Wings yang lain.
Pada bulan 31 Oktober 2015, sempena ulang tahun penubuhan kumpulan Wings ke-30, Wings telah mengadakan konsert bersejarah berskala besar yang bertemakan 'Konsert Wings 30 tahun' di Stadium Merdeka Kuala Lumpur yang berjaya memukau lebih 20 ribu orang penonton.
Sehingga kini kumpulan Wings telah menerbitkan sebanyak sebelas buah album studio tidak termasuk album khas, kompilasi, konsert dan album studio bersama Search. Hampir kesemua album Wings berjaya mencapai jualan ke tahap Anugerah Platinum, Anugerah Double Platinum, Anugerah Tripple Platinum dan sehingga ke Anugerah Quadraple Platinum. Album studio Wings ke-11, Menakluk Kosmos (2014) telah terjual sebanyak 10,000 unit. Wings turut tidak ketinggalan untuk menceburi dalam industri perfileman yang telah pun muncul sebanyak enam buah filem dan antaranya ialah Pemburu Bayang (1993) dan Leftwings (2012).
Kini anggota Wings hanya menjadi tiga orang iaitu Awie, Eddie dan Black selepas pemain gitar utamanya, Joe meninggalkan kumpulan ini pada penghujung tahun 2016 berikutan masalah dalaman yang dihadapinya setelah 28 tahun beliau mengharungi suka duka bersama Wings. Ini menjadikan Eddie sebagai pengasas dan satu-satunya anggota tunggal paling setia lama bertahan di dalam Wings kerana sebelum ini Awie, Syam dan Black pernah keluar dari kumpulan tersebut satu ketika dahulu. Awie meninggalkan Wings setelah album "Bazooka Penaka" (1993), Syam selepas album pertama "Belenggu Irama" (1987) dan Black selepas album "Teori Domino" (1990).
Sesudah Joe meninggalkan kumpulan ini pada penghujung tahun 2016, Wings menggunakan nama Wings & Superfriends seketika.[2] Ini berikutan Wings bersetuju untuk memerlukan dua khidmat pemain gitar utama yang berpengalaman iaitu Syam yang juga merupakan anggota asal Wings dan Edrie Hashim (Bekas anggota Kumpulan Chapters) sebagai pemuzik undangan yang di beri gelaran Superfriends untuk menggantikan tempat Joe. Pada tahun 2018 Syam dan Edrie sah menyertai Wings setelah Awie, Eddie dan Black bersetuju untuk menjadikan 5 orang anggota kumpulan Wings. Nama Wings & Superfriends tidak digunakan lagi. Kini Wings dianggotai oleh Awie (Penyanyi), Syam (Gitar Utama), Edrie (Gitar Utama), Eddie (Gitar Bass) dan Black (Dram).
Sejarah
[sunting | sunting sumber]1984–1987: Penubuhan Dan Kejayaan Awal
[sunting | sunting sumber]Sejarah penubuhan bermula pada sekitar tahun 1984 di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang, Kuala Lumpur. Disitulah lima remaja muda yang hampir sebaya umur lima belasan tahun ini iaitu Awie (Penyanyi), Syam (Gitar Utama), Baharom (Gitar Kedua), Ipin (Gitar Bes) dan Jojet (Drum) yang masih menuntut bergabung tenaga menubuhkan nama sebuah kelab kugiran sekolah yang diketuai oleh Awie. Oleh kerana terdorong dan amat meminati muzik terutama irama Rock, mereka telah mendapat kata sepakat untuk mendendangkan lagu berirama Rock 'N' Roll di sepanjang persembahan mereka. Di sebab minat mereka terhadap muzik berkumpulan, ketika itu bermulanya mereka sangat bersungguh berlatih bermain muzik walaupun kumpulan ini belum mempunyai nama kumpulan.
Setelah mereka yakin dengan bakat masing-masing mereka bermain muzik maka mereka telah bersepakat untuk menubuhkan sebuah kumpulan kugiran yang di beri nama kumpulan Blackjack. Walaupun bakat mereka masing-masing masih di cungkil, terlalu mentah dan tiada pengalaman namun mereka menunjukkan kesungguhan mereka untuk berhibur di tempat-tempat kecil dan majls perkahwinan dengan nama Blackjack.
Namun dalam sekitar tahun 1985, anggota Blackjack mahu mengambil keputusan keluar telah melanda kumpulan ini apabila Baharom dan Ipin mengambil keputusan keluar dari Blackjack kerana mereka berdua ingin menubuhkan kumpulan yang di beri nama Down Wheels bersama Samad dan seterusnya menubuhkan yang di beri nama Maiden Peace bersama Deli, Stood dan Boy. Kekosongan itu digantikan oleh Zul yang pada masa itu telah meninggalkan kumpulan Mountain Teen (kini dipanggil Bloodshed) sebelumnya manakala tempat Baharom tidak digantikan. Blackjack telah mengubah fikiran dan bersetuju untuk mengurangkan satu lagi kekosongan anggota dan menjadikan empat orang anggota sahaja di dalam kumpulan ini. Tidak lama kemudian Zul dan Jojet pula mengambil keputusan keluar dari Blackjack kerana mereka berdua ingin menubuhkan kumpulan yang di beri nama Sivilnius bersama Kid, Anuar dan Zarith. Tinggallah Awie dan Syam sahaja dan secara rasminya di ramal berkubur kumpulan ini akibat kehilangan pemain gitar bass dan drum. Pada tahun yang sama, Awie dan Syam tidak berputus asa untuk mengaktifkan kumpulan ini, kebetulan Awie yang sudah mengenali Black seorang pemain drum kumpulan Babylon, Awie meminjam khidmat Black. Syam pula memperkenalkan Eddie yang juga menamatkan zaman persekolahan kepada Awie seorang pemain gitar bass yang mempunyai bakat masih tercari-cari kerjaya sebagai artis. Awie tertarik dengan karekter dan aksi Eddie menggalas posisi gitar bass dan tidak menangguhkan masa lagi untuk mempelawa Eddie menyertai kumpulan Blackjack untuk menggantikan tempat Zul sebagai pemain gitar bass. Maka dari situlah Eddie juga merupakan anggota asal kumpulan Wings. Tidak lama secara kebetulan kumpulan Babylon di landa perpecahan lalu Black sekaligus menyambung khidmatnya bersama Blackjack. Pertemuan inilah yang menjadi titik tolak kepada penukaran nama Blackjack kepada Wings. Nama kumpulan itu adalah pilihan nama terbaik kerana mereka berpendapat otot dan lengan Awie kelihatan seperti 'Sayap atau Kepak' (Dalam terjemah Bahasa Inggeris 'Wing'). Maka dengan itu nama pilihan muktamad mereka ialah kumpulan Wings (Dalam terjemah Bahasa Melayu 'Sayap-Sayap atau Kepak-Kepak'). Sah Wings di bentuk dalam 4 orang anggota iaitu Awie (penyanyi), Syam (Gitar Utama), Eddie (gitar bass) dan Black (drum).
Bermula disitulah Wings memberanikan diri banyak menggunakan masa dengan bermain muzik seperti di kelab malam, fun fair dan majlis-majlis perkahwinan. Sepanjang masa itulah Wings sangat bersunggguh menunjukkan bakat mereka masing-masing, mencipta lagu dan gigih berlatih untuk menghasilkan album pertama.
Tahun 1987, usaha mereka berhasil apabila Wings mendapat tawaran untuk merakamkan album di bawah syarikat label ASP. Wings bertungkus-lumus menyiapkan album pertama mereka, dan akhirnya tercapai cita-cita mereka muncul album studio pertama berjudul Belenggu Irama yang dikeluarkan pada tahun 1987 yang diterbitkan oleh komposer berbakat besar yang juga turut merupakan penyanyi iaitu M. Nasir.
Ketika muzik rock mula mendapat tempat, kemunculan sebuah kumpulan seperti Wings sememangnya menghangatkan arena muzik rock tanahair. Wings tampil dengan kelainan tersendiri dengan muzik yang dibawakan mereka cukup mantap walaupun ini adalah album pertama.
Dengan susunan muzik yang baik dan nyanyian yang bertenaga serta di bantu oleh komposer dan penulis lirik berbakat besar seperti M. Nasir, J. S. Kevin, Bob Lokman adalah pertarungan pertama Wings di persada seni tanahair menampakkan hasil apabila album ini mendapat sambutan menggalakkan. Walaupun mereka terpaksa berdepan dengan masalah iaitu lagu mereka tidak di benar penyiarannya di radio dan televisyen oleh Radio Television Malaysia (RTM) namun pencinta muzik rock tetap dapat merasai bahang 'Belenggu Irama'.
Lagu seperti Belenggu Irama, Intan Ku Kesepian, Biarkan Berlalu, Inspirasi Taming Sari dan Peronda Jaket Biru adalah antara lagu yang menjadi kegilaan remaja Malaysia. Pihak RTM tidak memberi kelulusan penyiaran terhadap lagu Wings atas alasan lirik lagu dan imej pakaian Wings dikatakan keterlaluan dan tidak mengikut syarat piawaian yang ditetapkan untuk di siar di kaca televisyen.
Halangan ini sedikit sebanyak menghantui diri mereka. Namun, berkat ketabahan dan sokongan rakan dan peminat yang berdiri teguh di belakang, Wings berjaya menempuh segala dugaan dan cabaran. Album ini terjual lebih 180, 000 unit. Satu pencapaian impak yang lebih hebat dari pencapaian jualan album pertama dan kedua kumpulan Search yang merupakan kumpulan rock nombor satu negara sebelum album Fenomena dikeluarkan.
Selepas itu, populariti Wings terus meningkat. Konsert mereka sering diadakan di tapak-tapak fun fair dan expo yang sentiasa mencuri perhatian ramai dan rata-rata peminat amat terhibur dengan persembahan Wings yang mantap dan mempunyai identiti tersendiri.
1988–1993: Pendedahan Utama, Penyertaaan Joe Selepas Sham, Barangan Terlarang, Puncak Kemasyhuran, Zaman Kegemilangan, Black Keluar - Jojet Masuk, Isu Rambut Panjang, Double Trouble bersama Search Dan Ke layar Perak
[sunting | sunting sumber]Tetapi pada tahun 1988, pengunduran dan pertukaran anggota Wings berlaku apabila Sham selaku pemain gitar utama telah menarik diri untuk menubuhkan kumpulan CRK, Strangers sekali gus sebagai penyanyi solo dan kekosongan itu digantikan oleh Tham Wing Kwan. Seorang pemain gitar utama berbangsa cina yang fasih berbahasa melayu dan berjiwa rock melayu namun di sebab kehendak keluarganya beliau tidak kekal lama dan tidak sempat bersama Wings untuk mengeluarkan album seterusnya. Tidak lama selepas itu secara kebetulan Awie, Eddie dan Black bertemu Joe, seorang pemain gitar utama tangan kiri berusia belasan tahun yang juga merupakan anggota asal pemain gitar utama Blood World (kini dipanggil Terra Rossa) dan kumpulan Scandals. Awie mencadangkan mahu meminjam khidmat Joe sementara waktu oleh Wings kerana terlibat untuk konsert-konsert mini lalu Joe mendapat kata sepakat dengan rakan-rakan kumpulan Scandals bersetuju khidmatnya di pinjam oleh Wings demi mencari rezeki lebih setelah Joe mendapat kata sepakat dengan kumpulan Scandals untuk menyertai Wings sementara atau pinjaman. Akhirnya tempat Tham di ambil alih oleh Joe. Kedudukan Joe menyertai Wings dikatakan hanya sementara atau pinjaman sahaja kerana Joe masih lagi merupakan angota tetap kumpulan Scandals. Disebabkan Wings banyak menerima tawaran untuk bermain konsert-konsert seperti di fun fair, kelab malam khidmat Joe sangat diperlukan oleh Wings apatah lagi Joe sangat kreatif bermain gitar utama. Tidak lama kemudian akhirnya secara kebetulan kumpulan Scandals di landa perpecahan lalu Joe mengambil keputusan muktamad untuk menyambung khidmatnya bersama kumpulan Wings yang masih belum mempunyai pemain gitar utama yang tetap. Wings mengesahkan Joe sertai Wings. Kehadiran Joe menambahkan lagi kemantapan Wings kerana beliau sungguh berbakat secara semulajadi, kreatif dan mempunyai kemahiran yang tinggi dalam permainan gitar utama. Joe membuktikan bakatnya yang sedia ada di dalam dirinya sebagai pemain gitar utama Wings, Wings mula mengenali barangan terlarang iaitu dadah yang merosakkan produktiviti anggota Wings. Akibatnya, album kedua Wings mengambil masa yang lebih lama untuk menerusi album studio kedua Wings berjudul Hukum Karma yang dikeluarkan pada tahun 1988. Konsert Wings yang menyerlah di tapak-tapak fun fair dan expo menjadikan kumpulan ini semakin meningkat popularitinya. Pengurus Wings adalah Bob Lokman dari tahun 1985 hingga 1989. Kejayaan memuncak walaupun lagu Taman Rashidah Utama sekadar naib juara dan lagu Misteri Mimpi Syakila di tempat ketiga di dalam pertandingan Muzik-Muzik 1989. Namun Black ditabalkan anugerah sebagai pemain drum terbaik negara di Singapura. Buat pertama kali Wings telah menerima lakonan sebagai penampilan khas dalam filem Mat Som. Kemudian Wings di ambil alih pula oleh Ali Bakar sebagai pengurus Wings. Wings telah mengambil keputusan muktamad untuk memilih menjadi artis Bertelsmenn Music Group (BMG) Malaysia. Wings berjaya mencipta populariti sebaris dengan kumpulan-kumpulan rock popular di Malaysia seperti Search dan Lefthanded. Album Teori Domino muncul pada tahun 1990. Lagu Sejati sekaligus membawa Wings menjadi kumpulan rock paling popular. Dalam daripada itu juga Wings tidak ketinggalan untuk menghasilkan klip video lagu Alam Barzakh yang turut menjadi popular. Sejak album teori domino dikeluarkan, Wings tidak lagi layak untuk mengadakan konsert di tapak-tapak fun fair sebaliknya konsert mereka yang semakin bertaring dan berbisa, ia harus diadakan di tempat lebih besar di atas pentas. "Black selalu mabuk selepas pertandingan tetapi ia tidak pernah sampai ke tahap di mana ia akan menjejaskan pertandingan itu sendiri. Pertandingan itu sentiasa menjadi yang pertama dan terpenting bersama Black. Ketika persembahan itu mula menduduki tempat kedua, masalah bermula", ingat Awie. "Jarak antara Black dan yang lain telah berkembang menjadi bahagian yang tidak boleh digunakan", mengikut Joe. "Ia adalah satu tragedi untuk mengatakannya tetapi Black adalah salah seorang daripada orang garang yang tidak dapat menghadapi hakikat bahawa perkara yang salah dan dia mencari ketenangan dalam botol", komen Black. Dalam ketika itu Wings secara tiba-tiba di landa dugaan apabila Black yang tidak lama sebelum itu telah memenangi anugerah pemain drum terbaik negara di Singapura, Black mengambil keputusan untuk keluar dari Wings kerana difahamkan Black tidak berpuas hati dengan pengurusan Wings. Berita lanjut tentang pengunduran Black gagal ditemuramah oleh pihak wartawan. Walupun Black sah berundur dari Wings akibat mabuk dan ketagihan dadah tetapi hubungan akrab baik Black dengan Wings tetap jernih. Tempat Black digantikan oleh bekas anggota asal Blackjack iaitu Jojet (Bekas pemain dram kumpulan Gersang) telah menyertai kumpulan Wings. Wings telah berusaha membayar sejumlah RM7, 000 kepada sebuah syarikat rakaman untuk menebus perjanjian Jojet yang masih lagi anggota kumpulan Gersang. Sesudah itu Wings mengambil bahagian dalam pertandingan Anugerah Juara lagu ke-5. Lagu Sejati berjaya memenangi kategori persembahan terbaik dan tempat ketiga kategori juara lagu dalam anugerah pertandingan tersebut. Tahun seterusnya, 1991 album Jerangkung Dalam Almari dipasarkan. Nama Jojet sekaligus semakin naik secara impak dan serasi bersama Wings. Setelah album tersebut yang mengandungi lagu mantap bertajuk R 'N' R Lu Punya Suka dipasarkan, M. Nasir telah menulis bahawa Wings adalah kumpulan rock nombor satu paling popular ditanahair dan artis berkumpulan yang paling sukar untuk ditandingi oleh mana-mana artis berkumpulan tanahair temasuk Search, tetapi Search menepis dakwaan M. Nasir itu kerana Search yakin mereka lagi popular di Malaysia, Singapura, Brunai dan Indonesia. Search tetap memberi persaingan sengit untuk menentukan kedudukannya sebagai kumpulan rock nombor satu tanahair. Di tambah lagi Wings menguasai pentas dan jualan tiket konsert di serata tanahair berbanding kumpulan-kumpulan rock yang lain termasuk Search. Hampir penghujung 1991 Wings telah mengadakan konsert berskala besar di Stadium Negara Kuala Lumpur yang berjaya menarik lebih 20 ribu orang penonton. Pada tahun 1992 Wings yang belum pernah menerbitkan album kompilasi, muncul dengan album kompilasi pertama berjudul Terunggul selepas muncul empat album studio. Lebih menarik dalam tahun yang sama juga, Wings telah muncul album kompilasi kedua berjudul Best Of Wings yang mengandungi sebuah lagu bonus bertajuk Hutan Simpan. Selain lagu bonus tersebut, keistimewaan di dalam album kompilasi kedua ini, Wings telah memain dan merakamkan semula beberapa buah lagu dengan suara Awie yang terkini setelah beberapa kali Awie menjalani pembedahan peti suaranya pecah tidak lama sebelum itu seperti Inspirasi Taming Sari, Intanku kesepian, Belenggu Irama, Hikayat Penuh Ranjau, Taman Rashidah Utama dan Misteri Mimpi Syakila. Lagu-lagu kompilasi tersebut ternyata lebih impak kelainannya berbanding dari album studio sebelum ini iaitu Belenggu Irama dan Hukum Karma.
Isu rambut panjang membuatkan Wings di landa dugaan apabila lagu-lagu mereka di gam di corong-corong radio dan televisyen oleh Menteri Penerangan Malaysia. Isu tersebut telah menjadi berita panas dan sensasi dalam hiburan tanahair antara Search dan Wings sehingga Dato Mohamed Rahmat yang menyandang jawatan Menteri Penerangan Malaysia telah dapat menyelesaikan isu itu. Sebaik sahaja isu rambut panjang selesai, Search dan Wings telah mendapat kata sepakat untuk mengeluarkan album berjudul Double Trouble pada tahun 1992. Album tersebut sememangnya telah di jangka meletup dipasaran serta menerima anugerah double platinum.
Tahun yang sama selain Wings telah digelarkan sebagai kumpulan rock paling popular tanahair, Wings termasuk pengurusnya Ali Bakar buat kali pertama telah menerima tawaran berlakon di layar perak di bawah arahan Yusof Haslam iaitu filem bertajuk Pemburu Bayang yang mengandungi lagu Rantai dan Sejati. Filem tersebut ditayangkan di pawagam pada tahun hadapannya 1993. Sambutan terhadap filem Pemburu Bayang sangat mengejut dan membanggakan. Lebih mengejutkan filem Pemburu Bayang merupakan filem melayu pertama 'Pecah Panggung' di Malaysia.
Wings semakin sibuk dan bekerja keras di dalam dunia seni, seterusnya mereka memasarkan album kelima berjudul Bazooka Penaka pada tahun 1993 yang tidak sampai seminggu berada dipasaran telah berjaya mencecah jualan sehingga 125, 000 unit. Album studio kelima tersebut merupakan album pertama Wings yang merakamkan beberapa buah lagu di Melbourne Australia. Lagu Bernafas Dalam Lumpur menjadi lagu popular yang mendapat perhatian ramai. Wings sekali lagi memenangi anugerah platinum dan kategori rakaman album terbaik dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) di atas kejayaan album Bazooka Penaka. Dari satu persatu album demi album Wings dikeluarkan, kesemua album mereka sering kali mendapat sambutan yang sangat hebat dan berjaya memenangi Anugerah Platinum termasuk album Double Trouble (Bersama Search).
Tidak lama kemudian setelah album Bazooka Penaka dipasarkan, Wings sekali lagi menjadi rebutan penerbit filem dan dihulurkan sekali lagi peluang berlakon di layar perak tetapi kali ini Awie dan Wings ditawarkan berlakon di dalam filem yang berlainan. Terdapat sedikit kekecewaan dikalangan para peminat kerana Awie dan Wings tidak disatukan di dalam sebuah filem untuk kali ini kerana secara kebetulan ia memandangkan perwatakan, paras rupa dan krekter Awie dan Joe memang sesuai memegang watak sebagai hero romeo. Awie ditawarkan berlakon di dalam filem Sembilu yang mengandungi lagu Suara Kita dan Di Ambang Wati di bawah arahan Yusof Haslam. Manakala Joe, Wings dan pengurusnya Ali Bakar pula ditawarkan berlakon di dalam filem Putera di bawah arahan Zulkifli M. Osman yang terbang jauh ke Paris Perancis untuk penggambaran filem itu termasuk lagu sensasi Bernafas Dalam Lumpur turut dimuatkan ke dalam filem tersebut yang menampilkan Syam Visa sebagai undangan pengganti Awie. Lebih berbangga filem Putera turut dirasmikan oleh Menteri Kebudayaan, Kesenian Dan Pelancongan Dato Sri Sabbaruddin Chik. Kedua-dua filem tersebut ditayangkan pada tahun yang serentak 1994. Pada bulan November 1993 Search dan Wings telah mengadakan konsert Double Trouble berskala besar di Stadium Negara Kuala Lumpur yang berjaya menarik lebih 10 ribu orang penonton.
1994–1998: Perpecahan - Pengunduran Awie, Jojet keluar kali kedua - Penyertaan Mel, Black Kembali, Orang Asing, Mel Tarik Diri - Mus Masuk, Biru Mata Hitamku, Mr Barbarik Dan Mencari Asal Usul
[sunting | sunting sumber]Sejarah pertukaran pertama penyanyi utama kumpulan Wings berlaku pada tahun 1994 setelah Wings menjayakan konsert Double Trouble bersama Search. Awie yang sudah cukup sebati dalam kumpulan Wings dan merupakan satu imej kumpulan muzik rock ini, secara tiba-tiba dikhabarkan mahu meninggalkan Wings di kala populariti yang memuncak berikutan kejayaan album Belenggu Irama, Hukum Karma, Teori Domino, Jerangkung Dalam Almari, Double Trouble (Bersama Search) dan Bazooka Penaka. Akhirnya, berita pengunduran Awie dari Wings di umum secara sah dan ia sekaligus membuat peminat-peminat setia berasa kecewa, berputih mata dan terpaksa akur. Sumber mendapati berita pengunduran Awie yang dikatakan tidak berpuas hati dengan Joe dan beberapa lagi individu yang terlibat di dalam pengurusan Wings yang tidak mahu meninggalkan syarikat hiburan yang mereka bernaung setelah Wings mula aktif berlakon filem membuatkan mereka sudah tidak ada lagi persefahaman menyebabkan Awie mengambil keputusan muktamad meninggalkan Wings. Awie sah telah menghantar surat perletakan jawatan sebagai penyanyi Wings kepada syarikat BMG serta tamat perjanjian mengikut saluran yang betul di dalam kumpulan Wings dengan syarikat tersebut. Hakikatnya kemelut lebih lanjut antara Awie dan Wings memang sukar untuk ditemurah oleh mana-mana pihak wartawan hiburan untuk khayalak umum khususnya untuk peminat-peminat setia Wings. Berita pengunduran Awie dari Wings adalah sejarah titik hitam dalam sepanjang karier Wings dan ia memang paling pahit untuk di telan oleh peminat-peminat setia sehingga ramai yang enggan menerima berita paling pahit itu. Album Bazooka penaka adalah album terakhir Awie bersama Wings pada tahun 1993 manakala konsert Double Trouble Search dan Wings adalah konsert terakhir Awie dan Wings yang berlangsung di Stadium Negara Kuala Lumpur pada tahun yang sama.
Joe, Eddie dan Jojet akhirnya meneruskan penggarapan dua album kompilasi dengan bantuan penyanyi tambahan.
Masuk tahun 1994, setelah Awie meninggalkan Wings Joe, Eddie dan Jojet enggan berpatah sayap untuk membubarkan Wings, lantas mengambil inisiatif dengan menerbikan album kompilasi yang juga turut merupakan album pertama perjuangan Wings tanpa Awie berjudul Wings & Superfriends Opera Dalam Kenangan Part 1 & 2 yang dikeluarkan pada tahun 1994, yang menggabungkan sedikit sebanyak bersama artis-artis rock tanahair termasuk artis dari Indonesia dan Singapura. Tidak lama sesudah album tersebut dikeluarkan Wings di tambah satu lagi episod titik hitam di dalam karier kumpulan itu di mana Jojet pula mengambil keputusan mengundur diri akibat ketagihan dadah dan heroin buat kali kedua sebagai pemain dram yang berwibawa serta juga sudah cukup serasi bersama Wings kerana ingin mengikuti jejak langkah Awie. Sebabnya Joe dan Eddie tak kuat nak lawan dengan peminat di atas pentas. Pengunduran Jojet akibat ketagihan dadah dan heroin berlaku setelah tidak lama selesai pembikinan album kompilasi Wings & Superfriends Part 1 & 2 dan juga sebulan selepas Awie keluar dari Wings. Berita pengunduran Jojet adalah di sebab kesetiaan persahabatannya dengan Awie yang umpama menyimpan misteri. Tidak ramai yang tahu mengapa Jojet tiba-tiba memutuskan untuk berundur daripada kumpulan itu, yang telah menikmati bahagiannya untuk menyertai Wings sejak 1990. Jojet marah, emosi dan akhirnya bertindak secara kasar, kurang ajar, sial dan berhujah untuk bergaduh dengan Joe dan Eddie dari Wings. Akhirnya Joe membaling botol ke arah Jojet kerana beliau akibat ketagihan dadah dan heroin sekali gus bertindak kasar, kurang ajar, syaitan, bangsat, babi dan anjing. Ternyata terdapat pertikaian dalaman, yang langsung tiada kaitan dengan muzik antara Joe, Eddie dan Jojet. Jojet berang kerana menyangka rakan-rakan Wings telah mencampuri urusan peribadinya. Suasana bertukar heboh, panas, tepu dan membuat jadi bosan. Walaupun telah di pujuk Jojet tidak dapat di bendung lagi untuk meninggalkan kumpulan Wings buat kali kedua secara muktamad tanpa paksaan Joe dan Eddie. Tidak kurang juga sebahagian besar peminat kecewa dengan tindakan Jojet keluar dari kumpulan Wings dan menurut Jojet "kami pemain dram bodoh, kami pemain dram tidak faham apa-apa, kami ini orang nakal, kurang ajar, jahat, tukang pukul Joe dan Eddie, hantam Joe dan dipecahkan oleh Eddie. Baharu kami menjadi pemain dram, dan selepas menjadi dram kerana kami menjadi rendah hati. Tetapi kami ini benar-benar sombong dan mencabar dengan Joe dan Eddie". Sesudah itu, Wings tinggallah berdua sahaja iaitu Joe dan Eddie. Pada tahun yang sama Joe dan Eddie hampir berpatah sayap dan membaling tuala dalam arena memperjuangkan industri muzik Malaysia. Pengunduran Awie dan Jojet adalah ujian yang sangat menyedihkan, membuatkan Joe dan Eddie hampir memutus Wings bakal berkubur. Tetapi kerana masih setia dan bersemangat untuk Wings terus berkarya Joe dan Eddie bertekad untuk meneruskannya. Sejak menggunakan dadah jenis ini, Joe yang biasanya pendiam, kemas dan tidak suka menjerit tiba-tiba berubah. Begitupun Eddie. Banyak sekali pengalaman buruknya, sejak digunakan sejak tahun 1991 - 1996. Tahun 1995, di Pulau Langkawi, kehabisan narkotika dan sakau kerana di sana tidak ada. Joe tidak dapat bangun, apabila wartawan itu meminta temubual. Hanya Eddie yang terpaksa bersusah payah menyapa wartawan. Kini, Wings telah menafikan tanggapan bahawa dengan mengambil dadah seseorang artis boleh menjadi lebih kreatif, sebaliknya, tanpa menggunakan bahan terlarang ini mereka telah terbukti mampu menghasilkan karya yang baik. "Apabila kami membuat album pertama hingga ketiga, kami tidak menggunakan dadah, tetapi album itu terbukti terbaik. Jadi, tanpa dadah kita boleh menghasilkan kerja yang baik. “Selepas album ketiga, kami menjadi pengguna,” kata Eddie. Turut di ulas oleh Joe, sebelum Jojet berundur dari Wings, Jojet telah memberi cadangan kepada Joe dan Eddie agar Black anggota kembali semula mengantikannya sebagai pemain drum kumpulan Wings. Perkara itu telah dipersetujui oleh Joe dan Eddie. Mereka berdua kembali mengambil Black adalah pengasas dan anggota asal Wings yang ditubuhkan pada tahun 1985 sekali gus album pertama Wings Belenggu Irama sejak beliau bermain di kumpulan Strangers dan Lefthanded. Akhirya Black meneriam tawaran Joe dan Eddie untuk kembali bersama Wings. Ringkasnya, Black kembali ke kepangkuan Wings sebagai pemain dram yang kebetulan memang sudah ada keserasian bersama Wings. Black telah mengejutkan para peminat apabila muncul di kaca television siaran langsung buat pertama kali bersama Wings di dalam pertandingan separuh akhir Pop Rock 1994 dengan mendendangkan tiga buah lagu dari album Wings Superfriends Opera Dalam Kenangan Part 1 & 2 iaitu Dia - Hattan & Wings, Serati Tidak Bisa jadi Undang - Amy Search & Wings dan Perhentian - Joe, Eddie & Black biarpun tiga buah lagu tersebut telah di main dan di rakam asal oleh Jojet.
Lebih kurang setahun kemudian (1995) Wings kembali aktif berkarya Joe menjadi ketua kumpulan Wings dan Eddie adalah satu-satunya selaku pengasas dan anggota asal kumpulan menyambung usaha untuk mencari pengganti Awie. Seramai lebih 40 orang berminat menjadi calon telah hadir untuk menguji bakat sebagai penyanyi utama kumpulan Wings. Akhirnya Mel yang secara kebetulan sedang mencari tapak untuk menjadi artis penyanyi telah berjaya mengenepikan lebih 40 orang calon yang lain dengan memikat citarasa memilih Mel secara muktamad untuk menjadi penyanyi utama kumpulan Wings bagi menggantikan tempat Awie. Ini bermakna Mel juga adalah artis asal kumpulan Wings generasi kedua selepas Awie. Tidak lama kemudian Wings telah menghasilkan album studio ke enam Wings yang juga turut merupakan album studio pertama tanpa kelibat Awie berjudul Orang Asing dikeluarkan dipasaran pada Oktober 1995. Antara lagu dari album tersebut yang menjadi siulan ramai ialah lagu Lena Di Ulit Intan. Bagaimanapun jodoh Mel dengan Wings tidak kekal lama. Mel membuat keputusan untuk berundur dari Wings kerana beliau akui dirinya tidak sesuai dengan irama muzik Wings. Selepas Mel mengundurkan diri dari Wings, kumpulan itu kembali menemui parah apabila Ali Bakar di singkir sebagai pengurus Wings. Namun Joe sekali lagi menerima tawaran berlakon filem sebagai watak hero dalam filem bertajuk Amelia. Biarpun berbagai dugaan melanda Wings, tidak lama kemudian Joe sekali lagi menerima tawaran berlakon filem aksi, komedi sebagai watak hero yang bergandingan Sasha Saidin Elite dan Imuda manakala Eddie dan Black sebagai pelakon undangan di dalam filem bertajuk Wings Dalam Super Star yang dihiasi beberapa buah lagu yang disukai ramai dari album Orang Asing walaupun tanpa Mel yang telah menarik diri dari kumpulan Wings.
Wings bernasib baik kerana tempat Mel digantikan oleh Mus, bekas penyanyi utama kumpulan May yang seangkatan dengan Wings. Ura-ura yang Mus akan memasuki Wings sudah lama diperkatakan selepas Awie dan Mel menarik diri. Oleh itu selepas Mel tidak serasi bersama Wings, Mus segera menerima tawaran Wings untuk bersama tiga lagi anggota pemuzik Wings yang meneruskan misi perjuangan mereka di dalam bidang seni tanahair. Di tambah secara kebetulan pula Mus memang ada keserasian untuk menjadi penyanyi utama kumpulan Wings. Album studio ketujuh Wings berjudul Biru Mata Hitamku adalah album penampilan sulung Mus bersama Wings yang dikeluarkan pada September 1996. Lagu Biru Mata Hitamku menjadi lagu hit sensasi. Album tersebut telah memenangi kategori kulit album terbaik dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-4. Tahun yang sama (1996) Wings telah tampil dengan album khas berjudul Puisi Aidilfitri yang terdapat enam buah lagu terbaharu dan seterusnya pada tahun 1997 Wings telah memasarkan album kompilasi berjudul J. S Kevin & Wings yang mengandungi satu lagu bonus iaitu Persona Sanubari. Tahun berikutnya prestasi nyanyian Mus semakin serasi, bertambah mantap, padu, bertenaga dan sangat sesuai dengan muzik-muzik rock apatahlagi muncul dengan dua album dalam tahun yang sama 1998 iaitu Double Trouble 2 (Bersama Search) dan album kelapan berjudul Mencari Asal Usul. Dua album tersebut itu adalah suara yang sangat bertenaga dan terbaik Mus sepanjang tempoh penglibatannya sebagai penyanyi Wings dan sebelumnya. Ternyata suara Mus ada keistimewaannya yang tersendiri.
1999–2009: Zaman Kejatuhan, Berjaya Pulih, Best of Wings 2, Mr. Barbarik, Mus Berundur - Awie Kembali, Naga Kramat Dan Kebangkitan Semula Gergasi Rock
[sunting | sunting sumber]Ironinya, walaupun Wings sudah melalui pelbagai rintangan dan cabaran, terutama sekali apabila penyanyi utama asal mereka Awie telah menarik diri akibat penagihan dadah, putaw, kokain dan heroin untuk bergerak secara solo yang berjaya bergelar sebagai penyanyi lelaki popular, pelakon lelaki no. 1 tanahair, menggantikan tempat Amy Search selaku penyanyi utama sekali gus pengasas dan ketua kumpulan Search yang turut menjayakan satu album 'Projek Khas' berjudul Bikin Wilayah (1998) yang berjaya meletup dipasaran termasuk dicalon bertanding di dalam Anugerah Industri Muzik ke-6 (AIM 1999) serta sekaligus album tersebut berjaya memenangi kategori Album Rock Terbaik Anugerah Industri Muzik (AIM) dan menubuhkan kumpulan muziknya yang tersendiri yang di beri nama sebagai Dragon Malaya yang dianggotai oleh Awie (Vocal), Kid (Gitar), Yem Bai (Bass) dan Jojet (Drum) pada tahun alaf baharu 2000, namun Wings masih mampu mempertahankan reputasi mereka dalam indusri muzik rock tanahair walaupun tanpa kelibat Awie yang dikatakan sebagai nadi dan kepala keretapi untuk kumpulan Wings.
Sepanjang tempoh pengunduran Awie dari Wings ia telah banyak memberi kesan negatif dan keparahan yang teramat mendalam terhadap kumpulan ini. Tanpa Awie, Wings hilang sebagai bintang, jatuh kedudukan sebagai kumpulan rock nombor satu tanahair termasuk persembahanya di pentas hilang taring dan bisanya. Sebaliknya ia memberi dugaan apabila persembahan Wings di pentas hanya mampu layak kembali diadakan di tapak-tapak fun fair dan expo. Wings muncul sebagai pembuka tirai konsert bersama artis- artis lain. Ia menambahkan lagi dugaan apabila Wings pernah menarik diri di saat-saat akhir ketika telah mendapat tawaran membuat persembahan bersama artis-artis lain sehingga Wings tidak lagi diyakini oleh pihak penganjur konsert. Di tambah pula pencapaian Wings merosot di zaman kegawatan ekonomi yang melanda negara. Kemudian Wings lama menghilangkan diri dari publisitinya sehingga ada segelintir peminat menyangka bahawa mereka sudah berpecah. Nama Wings hampir tenggelam di persada seni tanahair. Wings hilang populariti dan tidak lagi sepopular seperti ketika dahulu sewaktu Wings bersama Awie. Tidak kurang dikalangan peminat yang sering mengait - ngaitkan nama Awie untuk kembali bersama Wings.
Tahun 1999 Wings muncul dengan album kompilasi berjudul Best Of Wings 2. Album tersebut membuat kejutan apabila meletup dipasaran di mana ia terdapat sebuah lagu baharu bertajuk Nasib Kita yang turut mengundangkan penyanyi kumpulan Heavy metal terkenal tanahair iaitu Mael (Real XPDC) yang juga bekas penyanyi kumpulan XPDC. Lagu Nasib Kita yang mengandingkan dua penyanyi yang disegani iaitu Mus dan Mael telah menjadi siulan ramai peminat Rock serta Heavy metal termasuk sekaligus berjaya melonjakkan kembali nama Wings. Mengejutkan album Best Of Wings 2 itu juga terjual lebih 45 ribu unit dalam tempoh yang singkat.
Selepas hampir lapan tahun perpecahan antara Awie dan Wings, nama Awie pula sering di sebut-sebut oleh para peminat termasuk Bertelsmann Music Group (BMG) Malaysia yang dikhabarkan mahu Awie dan Wings bergabung semula untuk menjayakan album 'Projek Khas' walaupun masih ada hati anggota Wings yang terluka dengan Awie. Tersebar berita publisiti yang mengejutkan di dalam sebuah majalah hiburan bahawa Awie dan Joe dikatakan bertemu buat kali pertama (Semenjak Awie meninggalkan Wings akibat penagihan dadah, putaw, kokain dan heroin) di sebuah studio rakaman muzik yang terletak di Sungai Buloh Selangor untuk rakaman sebuah lagu bertajuk Hidup (Selagi Hidup) gandingan Awie, Mus (Wings), Moq (Search) dan Ziana Zain manakala Joe adalah sebagai penerbit lagu tersebut. Namun Awie dan Wings harus bersikap terbuka sebagai artis. Tidak lama kemudian Awie yang ditemui wartawan Media Hiburan mengakui hanya dengan Eddie seorang saja belum ditemui untuk membincang perkara yang bakal akan kembali bergabung semula bersama kumpulan Wings. Awie akui mungkin Eddie hatinya masih terluka dan berdendam terhadap Awie. Inilah yang semakin memotivasikan empat anggota Wings yang masih terlibat dengan dadah untuk pulih. Pada mulanya, Wings menerima cadangan untuk mengubati ketagihan dadah daripada Awie, Mel, Jojet, dan Bob Lokman yang telah pulih terlebih dahulu. Maka pada masa itu, Awie, Mel, Jojet dan Bob Lokman datang ke Kuala Lumpur kepada Joe dan Eddie untuk menceritakan kisah pemulihannya dan meninggalkan sekeping surat khabar yang tertera nama dan alamat tempat dia menerima rawatan. Akhirnya Wings cuba mendapatkan rawatan daripada Sham Visa yang telah disyorkan oleh Awie, Mel, Jojet dan Bob Lokman menggunakan kaedah perubatan Cina. Perkara itu kesabaran dan ketabahan, Mus, Joe, Eddie dan Black akhirnya berjaya pulih daripada dadah dan pada alaf baharu 2000 Wings mengeluarkan resolusi, mengesahkan bahawa mereka bersih daripada dadah. Wings semakin rajin membuat persembahan dan menjalankan proses rakaman album ke-9 mereka. Di samping itu Wings telah mengeluarkan album terbaharu berjudul Mr. Barbarik pada tahun alaf baharu 2000. Album tersebut dapat mengubati luka di hati anggota-anggota Wings setelah berbagai-bagai dugaan yang melanda semenjak ketiadaan Awie. Album tersebut memang ada kepuasannya dengan menampilan 100% rock dalam kesemua lagu-lagu yang terdapat di dalam album tersebut termasuk sebuah lagu duet antara Mus dan Asheed (Def Gab C) bertajuk Singa Dan Harimau. Sebanyak tiga buah album (Tidak termasuk album kompilasi, satu album studio Double Trouble 2 bersama Search dan album khas Raya Aidilfitri) telah dihasilkan dalam tempoh pembabitan Mus bersama Wings. Belum sempat album Mr. Barbarik untuk di buat promosi dipasaran Mus telah mengumumkan berita tergempar untuk menarik diri dari Wings kerana hubungannya dengan Black kembali memburuk, dan perbezaan muzik mereka telah menyimpang terlalu jauh, sedangkan album tersebut sedang mendapat sambutan baik oleh para peminat setia. Namun Joe, Eddie dan Black terpaksa menghormati keputusan muktamad Mus walaupun mereka bertiga ada berasa terkilan dengan keputusan Mus. Wings juga menyangkal dakwaan penarikan diri Mus dari Wings adalah kerana beliau kecewa dengan berita Awie bakal kembali bersama Wings selepas beliau telah pulih daripada ketagihan dadah, putaw, kokain dan heroin dengan dibantu oleh terapi perubatan Cina, Awie menjauhkan diri dan tidak menyentuh barang terlarang itu lagi untuk minta maaf kepada Black kerana selama ini Awie bergaduh dengan Black sejak 1990. Setelah Mus disahkan berundur tempatnya sah bakal digantikan semula oleh penyanyi asal Wings, iaitu Awie. Ura-ura Mus bercadang ingin menubuhkan kumpulan terbaharu beliau. Namun cadangan Mus ternyata meleset kerana beliau telah membuat keputusan paling tepat untuk kembali kepangkuan kumpulan asalnya May.
Awie sah kembali menyertai Wings pada hampir penghujung tahun 2000. Setelah lapan tahun, Wings dan Awie buat pertama kali bertemu kembali ketika majlis perkahwinan M. Nasir dan Marlia Musa. Ketika gabungan itulah Wings dan Awie tidak dapat menahan perasaan sebak, berpeluk-pelukan dan menitiskan airmata khususnya antara Awie dan Eddie yang buat julung kali berjumpa dan menegur di antara mereka semenjak Awie meninggalkan Wings pada tahun 1994. Dengan kesempatan pertemuan pertama itu Wings dan Awie bergabung untuk menghiburkan majlis perkahwinan tersebut dengan beberapa buah lagu. Ia menjadi kenyataan tepat oleh peminat-peminat. Dengan kata sepakat penggabungan Wings dan Awie telah menunaikan permintaan dari ramai pihak serta mengubati kerinduan peminat-peminat setia Wings. Dalam tempoh tahun 2001 Wings dan Awie telah masuk ke studio dan mengambil masa lima bulan berkurung di dalam studio yang bakal akan mengeluarkan album studio ke sepuluh. Seterusnya pada bulan April 2002 mereka telah menghasilkan sebuah album 'Projek Khas' yang meletak nama Wings & Awie berjudul Naga Kramat. Lagu Ranggi Metropolis menjadi lagu sensasi utama. Gabungan semula Wings dan Awie serta penghasilan album Naga Kramat juga adalah mahu menguji sejauhmana penerimaan peminat.
Pada tahun 2003 Wings dan Awie buat julung kali mereka di beri kepercayaan penuh oleh pihak Planet Hollywood Kuala Lumpur untuk mengadakan konsert mini (Sunday Night Live) selama empat minggu berturut-turut ditempat bertaraf bintang itu. Ternyata ia mengejutkan, penggabungan semula antara Wings dan Awie untuk mengecapi kembali zaman kegemilangan populariti mereka seperti dahulu ia menjadi kenyataan paling tepat secara impak yang sememangnya sudah dijangka oleh ramai pihak dan para peminat. Nama Wings serta persembahanya kembali bertaraf bintang, bertaring dan berbisa dengan impak. Tidak dinafikan juga Wings kembali bertakhta sebagai kumpulan rock nombor satu tanahair. Ini juga dibuktikan apabila setiap persembahan Wings di Planet Hollywood, sambutannya amat luar biasa menurut pihak penganjur.[nyatakan menurut siapa?] Sehingga peminat menyifatkan Awie adalah Wings begitu juga dengan Wings, Wings adalah Awie yang bagaikan aur dan tebing. Dengan penggabungan kembali Wings dan Awie ia telah mendapat sambutan hangat yang luar biasa serta memang sudah lama dinanti-nantikan oleh peminat-peminat setia yang merinduinya. Sah tanpa Awie, Wings tidak mampu berdaya untuk terbang lebih tinggi. Wings tidak lagi layak membuat persembahan di tapak-tapak fun fair dan expo. Sejak penggabungan semula Wings dan Awie, para peminat setia enggan mahu mereka berpecah buat kali kedua. Pada tahun 2004 Wings dan Awie telah membuat keputusan paling tepat apabila mereka mendapat kata sepakat, sebulat suara dan muktamad untuk kekal bersama Wings setelah dapat dikaji dari segi sambutan hangat peminat-peminat setia serta kejayaan demi kejayaan tersendiri untuk kumpulan mereka. Nama Wings dan Awie tidak digunakan lagi, sebaliknya mereka bersetuju untuk mengembali dan mengekalkan penggunaan nama Wings. Ini kerana Wings tidak mahu para peminat keliru tentang perbezaan nama Wings dan Awie.
2006 Wings turut mengadakan konsert di Orange Club Kuala Lumpur yang juga turut habis jualan tiket yang di jual pada hari konsert itu sahaja sehingga ratusan peminat hampa untuk mendapatkan tiket. Konsert tersebut itu adalah konsert malam rakaman untuk album 'secara langsung' buat julung kali sepanjang karier Wings yang sebelum ini mereka pernah merancang untuk muncul album 'Konsert secara langsung' namun gagal. Album 'Konsert secara langsung' pertama Wings berjudul 'Alive The Legend Arises Wings "Alive 2006" @ KL Orange Club' tiba dipasaran pada tahun 2007 dalm bentuk cakera pada dan video cakera padat. Setelah itu Wings sekali lagi dipanggil untuk mengegarkan Planet Hollywood Kuala Lumpur. Wings mencipta sejarah apabila mereka berjaya memecah rekod sebagai artis paling mendapat sambutan dan paling banyak membuat persembahan di tempat bertaraf bintang Planet Hollywood Kuala Lumpur. Inilah kelebihan Wings berbanding dengan artis-artis lain apatahlagi semenjak gabungan semula Wings dan Awie.
Ini membuktikkan bagi mewujudkan sebuah kumpulan muzik, Wings tidak seharusnya hanya bergantung kepada kredibiliti penyanyi semata-mata tetapi perlu mengambil inisiatif bagi memastikan Wings terus bertahan dan kekal popularitinya sebagai sebuah kumpulan rock paling berpengaruh di Malaysia. Maka ini, inilah sejarah, pengalaman, jatuh bangun dan sukaduka Wings sepanjang karier dunia seni. Pada tahun 2007 Wings bersetuju untuk memasarkan album khas Raya bersama Mus kerana ada beberapa lagu ketika Wings bersama Mus belum dijadikan album.
2008 Wings sekali lagu mengadakan konsert mini di Planet Hollywood Bukit Bintang Kuala Lumpur. Konsert kali ini dimeriahkan bersama bekas-bekas anggota kumpulan Wings iaitu Mel, Mus, Sham Dan Jojet dan juga beberapa artis undangan seperti Hattan, Ito, Hillary Ang dan Kid (Search). Konsert ini juga turut dikeluarkan di dalam bentuk Video Cakra Padat (VCD) dan Cakera Padat (CD) pada tahun 2009.
2009 Wings turut mengadakan konsert yang mengegarkan di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur. Seperti biasa dan telah di jangka, jualan tiket sudah semestinya habis di jual dalam tempoh yang singkat sehingga ramai peminat yang hampa untuk mendapatkan tiket masuk.
2010–2014: Konsert Double Trouble (DT), Orkestra Opera Hidup, Rockestra (Tuxedo) Dan Album Menakluk Kosmos
[sunting | sunting sumber]Kali terakhir Search dan Wings mengadakan konsert Double Trouble adalah pada hampir penghujung tahun 1993 di Stadium Negara Kuala Lumpur di mana ia berjaya memukau lebih 10 ribu penonton. Selepas 17 tahun Search dan Wings telah kembali bergabung tenaga dengan mengadakan konsert Double Trouble (DT) pada tanggal 01 Mei 2010 di Bukit Kiara Kuala Lumpur. Lebih menarik konsert itu, tiket habis dijual pada hari konsert tersebut telah berjaya memukau 18 ribu penonton. Awie yang pernah sekali bergelar sebagai penyanyi kumpuan Search turut tidak ketinggalan untuk menyampaikan lagu yang disukai ramai seketika dahulu Nur Nilam Sari. Konsert besar yang berjalan lancar itu adalah fenomena yang juga jarang berlaku selain ia berjaya mengaut keuntungan di luar jangkaan dan kos perbelanjaan pentas yang menelan belanja 100 ribu ringgit Malaysia. Perkhidmatan bas RapidKL dan Transit aliran ringan (LRT) juga turut disediakan oleh pihak panganjur bagi kemudahan peminat-peminat yang tidak mahu ketinggalan untuk menyaksikan konsert berskala besar itu. Tidak lama kemudian konsert DT diadakan di Johor Bharu. Konsert tersebut dijadikan malam rakaman untuk mengeluarkan album konsert tersebut dalan bentuk cakera video digital.
Wings melakar sejarah apabila muncul sebagai artis berkumpulan pertama di asia dan ketiga di dunia selepas kumpulan Scorpions dan Metallica berjaya mengadakan persembahan yang diiringi oleh muzik orkestra. Wings di beri pengiktirafan oleh pihak Istana Budaya (IB) untuk menggunakan ruang pentas panggung sari IB yang berprestij itu bagi membuat persembahan. Wings memulakan langkah ke IB, dengan mengadakan konsert di sana (IB), sebagai tanda penghargaan setelah 26 tahun dalam arena seni. Konsert yang di beri nama Konsert Wings Opera Hidup[3] yang telah diadakan pada 29 April hingga 02 Mei 2011, menggabungkan Wings bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) dalam sebuah pentas yang sinonim dengan persembahan teater. Seramai 43 pemuzik diiringi 16 penyanyi koir menjadikan sebuah konsert yang di nanti ramai[4]. Konsert tersebut turut menjemput bekas-bekas anggota Wings iaitu Mel, Mus, Sham dan Jojet. Konsert ini juga menampilkan Superfriends yang sama-sama memeriahkan konsert ini seperti Ramli Sarip, M. Nasir, Nashrudin Elias @ Nash Lefthanded, Yantzen Juniwan, Mus May, Hattan, Lan Typewriter, Rosli Mohalim, Man Kidal Lefthanded, Hamzah Mohd Taib @ Kid Search, Hillary Ang, Yan Lefthanded, Edrie Hashim, Ujang Exist, Yazid Search dan Lola[5].
Wings sekali lagi di beri kepercayaan oleh pihak IB buat kali ke 2 untuk terbang lagi di IB. Dengan menampilkan pemain gitar handalan dari Indonesia, Ian Antono dari kumpulan God Bless, konsert yang bertemakan Konsert Wings Rockestra[6] yang telah diadakan pada 26 - 30 April 2013, bagi menyambut 28 tahun penubuhan kumpulan ini[7]. Terdapat sedikit sebanyak lagu-lagu yang di bawa oleh Wings tidak sama dengan lagu-lagu sebelumnya. Sekali lagi turut menampilkan barisan OSK manakala Joe pula menjadi pengarah muzik konsert ini. Penampilan kali ke 2 di IB itu juga adalah buat kali pertama Wings di arah untuk tampil dengan berpakaian luar biasa iaitu 'Sut atau Tuxedo'. Kemunculan Wings dengan berpakaian imej yang luar biasa tersebut ia mendapat pujian dan keterujaan dari ramai pihak termasuk peminat-peminat kerana ia tampak, nampak lagi lebih kemas, segak dan kacak seperti ahli korporat berpangkat. Wings juga telah memasarkan dalam bentuk cakera padat & cakera video digital untuk konsert di IB kali ke 2 ini.
Selepas 12 tahun lamanya Wings tidak memasarkan album, mereka bakal muncul dengan album terbaharu yang ke11 berjudul Menakluk Kosmos. Kegembiraan Wings untuk para peminat terbantut apabila Wings telah mendapat laporan bahawa terdapat empat buah lagu telah dicetak rompak sebelum album tersebut dipasarkan. Wings ternyata berang dengan sikap individu yang tidak bertanggungjawap itu lalu mereka bertindak membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Taman Melawati. Tambah dugaan lagi apabila pihak penerbit syarikat KRU Music gagal bertanggungjawap di dalam kes tersebut sehingga Wings tidak lagi berupaya untuk memberi kepercayaan terhadap syarikat tersebut untuk berkerjasama lagi di masa akan datang. Namun segala itu Wings tetap mempromosi dan memasarkan album studio ke11 tersebut pada tahun 2014. Walaupun Wings di landa dugaan kes tersebut namun Wings tetap juga berbangga setelah klip video lagu Ingatkan Dia telah menjadi jutaan tontonan di laman youtube.
2015–Kini: Konsert Wings OKT, 30 Tahun, Pengunduran Joe, Konsert Wings & Superfriends Dan Syam Anggota Asal Kembali Selepas 29 Tahun
[sunting | sunting sumber]Kali ke 3 Wings mengegarkan lagi IB pada 10hb - 16 Jun 2015. Kali ini Wings membawa kelainan pengiring pemuzik berbanding sebelum ini. Wings tampil dengan Okestra Tradisional Kebangsaan (OTK) yang diberi nama konsert 'Bongkar Ta' kan Melayu Hilang Di Dunia'. Wings bergabung tenaga dengan kumpulan pengiring pemuzik tradisional. Persembahan di tempat berprestij itu Wings telah disandingkan dengan berpakaian penuh adat istiadat tradisi kepanglimaan melayu. Awie juga turut tidak ketinggalan untuk mempersembahkan aksi undangan silat melayu. Wings membawa sedikit sebanyak kelainan lagu-lagunya berbanding sebelum itu. Persembahan yang di anggap terbaik pada tahun 2015. Wings terus di beri kepercayaan berbanding dengan artis-artis lain oleh pihak IB untuk mengadakan persembahan di tempat yang berprestij itu.
Wings telah mengambil masa lebih kurang lima bulan sebebelum tarikh konsert pada 31 Oktober 2015 untuk turun ke padang dengan menjelajah keseluruh tanahair untuk melancarkan promosi jualan tiket secara besar-besaran sambil diiringi dengan penyatuan beberapa kumpulan kelab motosikal berkuasa tinggi seperti Harley Davidson dan lain-lain yang diketuai oleh Awie. Selain itu sebelum tarikh konsert tersebut itu juga Wings turut melancarkan promosi untuk konsert besar itu seperti himpunan artis-artis Malaysia bersama kelab peminat Sayap2Wings di Swiss-Garden Hotel & Residences Kuala Lumpur dan tidak lama kemudian Wings telah menjayakan 'Hightlights Konsert Wings 30 Tahun' di Dataran Merdeka Kuala Lumpur.
Tanggal tarikh 31 Oktober 2015 Wings telah mengadakan konsert berskala besar dan bersejarah yang bertemakan 'Konsert Wings 30 Tahun' di Stadium Merdeka Kuala Lumpur yang berjaya memukau lebih 20 ribu penonton. Tirai konsert berkenaan telah di buka oleh beberapa artis jemputan iaitu Dato Hattan, Ito Blues Gang, Afdlin Shauki, Azlan & Typewriter, Razlan Kristal, Aweera, Bila (AF 2015), One Nation Emcees serta persembahan lawak oleh Saiful Apek dan Yassin Yahya. Sejurus tiba kemunculan Wings penonton menjadi semakin gamat, terkejut dan teruja apabila Wings tampil mengimbau kembali dengan berpakaian imej rock 80an. Konsert ini juga adalah konsert untuk kebajikan bagi bersedia memberi sumbangan kepada mangsa - mangsa banjir akan datang. Awie muncul dengan berimej ala-ala penggusti lagenda Hiburan Gusti Dunia (WWE) The Ultimate Warrior. Konsert yang hebat dan bertenaga itu telah dimeriahkan sekali oleh bekas-bekas anggota Wings iaitu Mel, Mus, Sham dan Jojet. Wings telah menyampaikan sebanyak 28 buah lagu popular temasuk sebuah lagu baharu popular 'Ingatkan Dia'. Biarpun cuaca dalam keadaan hujan pada malam itu namun penonton langsung tidak berganjak sehingga konsert yang berjalan lancar itu selesai kira-kira jam pukul 3 pagi. Berbagai kemudahan telah disediakan untuk peminat-peminat setia seperti menyediakan hotel penginapan dengan harga yang berpatutan dan khidmat 'bus shuttle' untuk tarikh konsert itu.
Pengunduran, penyingkiran atau pertukaran anggota termasuk penyanyi di dalam sesebuah artis berkumpulan di Malaysia memang sudah menjadi perkara lumrah termasuk artis-artis berkumpulan terkenal di dunia seperti kumpulan Nirvana, Metallica, Scorpions, Guns N' Roses dan lain-lain. Kumpulan Wings juga turut tidak terkecuali dari masalah sebegini, seperti anggota sebelum ini iaitu Awie, Mel, Mus, Sham, Black dan Jojet pernah terbang untuk bertukar angin atau berundur dari Wings. Terkini khabar angin giliran Joe pula telah terbang mula hangat diperkatakan dibeberapa laman blog internet. Dipenghujung tahun 2016 peminat digemparkan khabar angin berita Joe di singkir oleh Awie dari Wings. Khabar angin itu menular dibeberapa laman blog internet dengan sekelip mata dan sekaligus menjadi seribu dalam satu persoalan oleh para peminat melalui di laman sosial. Namun Awie enggan mengulas berita khabar angin itu dan beliau meminta kepada semua pihak agar mereka di beri ruang untuk menyelesaikan kemelut khabar angin itu. Dalam daripada itu juga Awie menafikan Joe telah disingkir dari Wings dan Awie akui bahawa Joe masih lagi bersama Wings. Ini berikutan Awie mahu menenangkan situasi para peminat yang begitu resah dengan khabar angin itu. Manakala Joe sering mengelakkan diri untuk ditemuramah oleh wartawan. Turut menjadi seribu persoalannya juga, Wings muncul tanpa Joe dalam konsert jemputan di dua tempat yang berbeza iaitu di Pulau Pinang dan Melaka. Selagi Awie dan Joe tidak mengeluarkan sebarang jawapan sah tentang khabar angin tersebut selagi itu para peminat begitu resah dan tidak sabar-sabar untuk mengetahui jawapan sebenar berita yang sahih itu.
Setelah beberapa bulan khabar angin itu tersebar luas di laman sosial, akhirnya pada awal tahun 2017 Awie mengumumkan dan menjawap kesahihan berita itu bahawa Joe sah berundur dari Wings. Sumber mendapati ia adalah berpunca Joe atas kegagalan konsert di Kota Kinabalu Sabah yang sepatutnya berlangsung pada bulan Disember 2016. Sebelum itu juga pada awal bulan November 2016 Wings telah menjayakan konsert mini pemanas badan di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur sempena konsert yang bakal berlangsung di Kota Kinabalu Sabah itu pada penghujung tahun 2016 namun gagal. Konsert mini itu juga merupakan konsert terakhir Joe bersama Wings. Berita lebih lanjut dari para wartawan sekali lagi gagal untuk menemuramah Awie dan Joe. Biarpun Joe telah disahkan terbang dan membawa haluannya, Awie tetap enggan memberi ulasan lebih lanjut kepada wartawan tentang kemelut pengunduran Joe kerana beliau mahu menjaga semangat keharmonian sahabat bintang sejagatnya (Joe) itu dan lain-lain pihak terdekat, begitu juga sebaliknya Joe turut enggan mengulas lanjut kepada wartawan tentang kemelut yang melanda dirinya dengan Wings. Awie mahu memendekkan cerita, mengungkap kepada wartawan 'BIARLAH RAHSIA' dan hanya mereka berempat (Wings), Syam, Edrie dan beberapa lagi pihak yang berdekatan dengan mereka sahaja menyimpan rahsia secara tidak umum tentang kes pengunduran Joe dari Wings. Kepincangan antara Joe dari kumpulan itu turut merencatkan Wings sehingga rata-rata peminat setia tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewa yang telah pun menjadi bahan perbualan hangat dan kritikan hebat di laman sosial kerana keserasian antara Joe dan Wings yang sudah begitu lama bersama serta sudah pun di anggap seperti adik-beradik. Peminat-peminat beranggapan Wings tidak sempurna tanpa Joe yang di ibarat Keris Tak Ada Sarung. Berita musibah ini juga adalah titik hitam yang menimpa dalan karier Wings. Kini Wings tinggal bertiga iaitu Awie, Eddie dan Black. Awie tetap memperjuangkan Wings walaupun tanpa Joe yang dikasihi Wings. Di samping itu Awie telah membuat keputusan muktamad atau kata putus bahawa Wings tidak akan mencari pengganti pemain gitar utamanya (Selain Syam dan Edrie adalah sebagai pemain gitar utama undangan) dan juga tidak bermusuh dengan Joe mahu pun diri Joe sendiri yang juga tidak bermusuh dengan Awie. Menurut Awie lagi, Wings tidak hirau tanpa khidmat Joe kerana Awie berpendapat masih ramai lagi pemain gitar utama yang mempunyai bakat besar termasuk Syam (Pemain gitar utama asal Wings) jika Wings mahu memerlukan khidmat pengganti Joe selaku pemain gitar utama. Namun Joe akui tetap menyokong Wings secara terbuka. Awie dan Joe tidak sesekali timbul perasaan dendam atau benci di antara satu sama lain. Manakala Awie akui lebih selesa bertiga dalam Wings. Tidak lama kemudian Joe mendapat angin baharu dengan menampilkan kumpulan terbaharunya iaitu Prime Domestic setelah 28 tahun beliau mengharungi sukaduka bersama Wings. Sementara itu kemunculan pertama Prime Domestic Joe meminta kepada semua pihak agar hanya Wings sahaja yang tahu dan tiada lagi mana-mana pihak yang masih menyoal tentang kemelut pengundurannya dari Wings. Joe juga turut mengulas bahawa kumunculan Prime Domestic adalah persaingan sihat dan bukan persaingan iri hati dengan kumpulan Wings dan lain-lain. Sehingga kini rata-rata para peminat setia tetap berharap kemelut yang melanda antara Joe dan Wings dapat mengakhirkan kata sepakat agar Joe kembali kepangkuan Wings yang kini dikatakan patah sebelah sayap.[8] Namun Joe merasakan dirinya tidak akan kembali bersama Wings kerana sudah terlalu selesa bergerak dengan caranya yang tersendiri dan sudah berakhir zaman kegemilangan bergelar artis atas faktor usia juga.
Buat kali ke 4 Wings mengegarkan lagi IB dengan buat julung kali tanpa kelibat Joe selaku pemain gitar utama sejak beliau menyertai Wings dalam tempoh 28 tahun. Konsert yang bertema Wings & Superfriends - Belenggu Irama - berlangsung pada tarikh 6, 7, 8 dan 9 April 2017. Nama Syam (Bekas pemain asal gitar utama Wings) sering di sebut-sebut oleh para peminat untuk menggantikan tempat kekosongan Joe untuk konsert kali ini kerana ia pilihan paling tepat dengan tema album pertama 'Belenggu Irama'. Konsert kali ini adalah konsert kebajikan untuk membantu artis-artis yang pernah menaikkan irama rock yang kini telah ditimpa musibah, teraniaya dan kesusahan khas untuk Yazid (Search) dan sebagainya. Konsert itu juga turut dimeriahkan oleh penyanyi no. 1 negara Dato Siti Nurhaliza yang menyampaikan lagu 'Sejati' selain itu Dato Hattan, Dato M. Nasir, Ito Blues Gang, Razlan (Kristal), Dato Nash, Jaclyn Victor, Liza Hanim, Sahara Yaakob dan ramai lagi. Lebih berbangga jualan tiket konsert itu habis di jual dalam tempoh empat malam berturut-turut.
Setelah Wings menjayakan konsert di IB buat kali ke 4 pada bulan April 2017 Awie, Eddie dan Black bersetuju untuk menggunakan nama Wings & Superfriends kerana Wings telah mendapat kata sepakat untuk menggunakan khidmat dua pemain gitar utama undangan iaitu Syam dan Edrie sebagai Superfriends. Lebih kurang setahun kemudian, pada tahun 2018 Syam dan Edrie sah menyertai kumpulan Wings yang menjadikan 5 orang anggota manakala Awie adalah selaku ketua kumpulan Wings. Syam dan para peminat tidak menjangka bahawa Syam yang terlibat sebagai nadi utama selaku pengasas dan anggota asal kumpulan Wings telah kembali ke kepangkuan kumpulan Wings sejak tahun 2017 selepas 29 tahun beliau meninggalkan Wings pada tahun 1988, biarpun Syam sangat kurang dikenali oleh sebahagian besar peminat tegar Wings sejak permulaan era penyertaan Joe di dalam kumpulan Wings.
Anggota Kumpulan (Anggota asal Wings 1985)
[sunting | sunting sumber]Anggota terkini
- Ahmad Azhar bin Othman (Awie) – vokal utama (1985–1994, 2000–kini)
- Kamarullizam bin Kamarudin (Syam) – gitar utama, irama dan slaid, vokal latar (1985–1988, 2018–kini; pemuzik sesi 2017–2018)
- Edrie Hashim (Edrie) – gitar irama, utama dan slaid, vokal latar (2018–kini; pemuzik sesi 2017–2018)
- Samsaidi Haji Ulong Idris (Eddie) – bes, vokal latar (1985–kini)
- Azmi Hashim (Black) – dram, perkusi (1985–1990, 1994–kini)
Bekas anggota
- Ismail bin Zainuddin (Mel) – vokal utama (1995)[9]
- Mustaffa Din (Mus) – vokal utama (1995–2000)
- Tham Wing Kwan (Tham) – gitar utama, irama dan slaid (1988)
- Abdul Zamin bin Abdul Kadir (Joe) – gitar utama, irama dan slaid, keyboard, vokal latar (1988–2016)
- Rodzane bin Haji Mohamed (Jojet) – dram, perkusi (1990–1994)
Barisan keanggotaan asal Blackjack (1984-1985)
- Awie - vokal utama (1984-1985)
- Sham - gitar utama (1984-1985)
- Baharom - gitar irama (1984-1985)
- Ipin - gitar bass (1984-1985)
- Zul - gitar bass (1985)
- Eddie - gitar bass (1985)
- Jojet - dram (1984-1985)
- Black - dram (1985)
Garis Masa
[sunting | sunting sumber]Diskografi
[sunting | sunting sumber]Album studio
[sunting | sunting sumber]- Belenggu Irama (1987)
- Hukum Karma (1988)
- Teori Domino (1990)
- Jerangkung Dalam Almari (1991)
- Bazooka Penaka (1993)
- Orang Asing (1995)
- Biru Mata Hitamku (1996)
- Mencari Asal Usul (1998)
- Mr. Barbarik (2000)
- Naga Kramat (2002)
- Menakluk Kosmos (2014)
Album khas
[sunting | sunting sumber]- Puisi Aidilfitri (1996)
- Raya Bersama Mus (2007)
Album kompilasi
[sunting | sunting sumber]- Keunggulan Wings (1992)
- Best Of Wings (1992)
- Wings & Superfriends 1 (1994)
- Wings & Superfriends 2 (1994)
- MasterPiece J.S Kevin & Wings (1997)
- Best Of Wings 2 (1999)
- Trilogi (2001)
- The Greatest Hits Wings Vs Search (2001)
- The Greatest Hits Wings Vs Search Volume II (2001)
- Terunggul (2005)
- Memori Hit Wings VS Search (2006)
- Teori Domino Revisited (2007)
- Wings - Dua Dekad (2007)
- Memori Hit Wings (2008)
- Memori Hitz Wings (2009)
- Wings 25th Anniversary (2010)
- Lagenda Hits Album Search Vs Wings (2015)
- Wings 30 Tahun (2015)
Album duet (Bersama Search)
[sunting | sunting sumber]1. Double Trouble (1992)
2. Double Trouble 2 (1998)
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Selain popular sebagai kumpulan rock tanahair Wings turut tidak ketinggalan untuk menceburi dalam bidang perfileman. Filem pertama Wings adalah sebagai penampilan khas dalam filem Mat Som pada tahun 1990. Pada tahun 1992 Wings di tawar berlakon filem. Ternyata filem pertama kumpulan Wings iaitu Pemburu Bayang yang ditayangkan di pawagam pada tahun 1993 ia telah memberi impak luar biasa dan meletup di pawagam apabila muncul sebagai filem melayu pertama 'Pecah Panggung' di Malaysia. Wings menjadi semakin popular setelah berjaya membuktikan dalam dua kerjaya seni iaitu bidang nyanyian berkumpulan dan perfileman. Sesudah album Bazooka Penaka dikeluarkan pada tahun 1993 Wings telah menjadi rebutan para penerbit filem setelah popularitinya berjaya berada di puncak kegemilangan. Awie dan Joe pernah membintangi watak hero atau pemegang watak utama dalam filem yang berlainan. Menurut penerbit serta pengarah filem, Awie dan Joe memang sesuai untuk memegang watak hero kerana mereka berdua ada memenuhi syarat kriteria, gaya, rupa paras yang menarik dan bakat mereka yang tersendiri secara semulajadi. Dalam daripada itu juga Eddie dan Black juga pernah menjadi pelakon undangan dalam beberapa buah filem termasuk Jojet yang ketika itu masih bersama Wings. Sehingga kini Awie masih lagi aktif dan mengekalkan popularitinya sebagai hero bintang filem atau pemegang watak utama yang ditawarkan oleh mana-mana pengarah filem. Manakala Joe akui jiwanya lebih memberikan perhatian kepada bidang muzik dan kerjayanya sebagai pemain gitar utama walaupun Joe pernah menolak beberapa tawaran berlakon filem sebagai watak hero. Sehingga kini Joe masih lagi mengekalkan popularitinya sebagai pemain gitar utama yang disegani ditanahair.
Tahun | Tajuk | Watak |
---|---|---|
1990 | Mat Som | Penampilan Khas |
1993 | Pemburu Bayang | Penampilan Khas - (Kecuali Awie watak utama) |
1994 | Putera | Kecuali Awie yang terikat dengan filem Sembilu |
1995 | Amelia | Joe |
1995 | WINGS Dalam Super Star | Joe (watak utama), Eddie & Black (penampilan khas), kecuali Mel tidak terlibat |
2012 | Awang Trasher | Joe - Penampilan Khas |
2012 | Leftwings | Penampilan Khas |
2016 | Rock Bro! | Black - Penampilan Khas |
2020 | Rock 4: Rockers Never Dai | Awie - Penampilan khas |
2023 | Sue On | Penampilan Khas - (kecuali Awie watak utama) |
2024 | Rebel | Penampilan Khas - (kecuali Awie watak utama) |
Konsert
[sunting | sunting sumber]- Konsert Utama
- Konsert Kotaraya Live 1989
- Konsert Wings Stadium Merdeka 1991 - Di Jual Dalam Bentuk VCD
- Alive The Legend Arises Wings "Alive 2006" At KL Orange Club - Di Jual Dalam Bentuk CD, VCD & DVD
- Wings Live At Planet Hollywood 2007 - Di Jual Dalam Bentuk CD, VCD
- Wings 21st Anniversary Live @ At Planet Hollywood 2008 - DI Jual Dalam Bentuk CD, VCD
- Konsert Double Trouble (DT) Johor Bharu (2010) - DI Jual Dalam Bentuk DVD
- Konsert Wings Opera Hidup At Istana Budaya (2011)
- Wings Rockestra At Istana Budaya (2013) - Di Jual Dalam Bentuk DVD
- Wings Bongkar Takkan Melayu Hilang At Istana Budaya (2015)
- Konsert Wings 30 Tahun Di Stadium Merdeka (2015) Di jual Dalam Bentuk CD
- Wings Belenggu Irama & Superfriends At Istana Budaya (2017) - Disiarkan di saluran RTM
- Konsert Wings Kita Ok Bah (2018)
- Konsert Dari Rumah Lejen RTM (2020) - Disiarkan di saluran Astro
- Konsert Wings Kita Merdeka (2020) - Disiarkan di saluran Astro
- KMI In Person With: Wings (2021) - Disiarkan di saluran RTM tanpa penonton kerana Covid-19
- Konsert Mega Marhaen Pulau Pinang ( 2022)
- Konsert The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter Shah Alam (2023)
- Konsert Jelajah
- Konsert Double Trouble di Stadium Negara Kuala Lumpur (1993)
- Konsert Double Trouble (DT) di Bukit Kiara Kuala Lumpur (2010)
Anugerah Dan Penghargaan
[sunting | sunting sumber]- Anugerah Juara Lagu
Dua lagu dari album Hukum Karma iaitu Taman Rashidah Utama dan Misteri Mimpi Syakila layak ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-4. Persembahan Wings pada malam itu cukup menarik walaupun baru pertama kali melayakkan diri ke peringkat akhir. Menerusi dua lagu itu, Wings memenangi di tempat kedua dan ketiga dalam kategori persembahan terbaik.
Selepas album Hukum Karma menaikkan nama Wings di persada seni tanahair, dua tahun berturut-turut mereka mara ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu. Kali ini mereka mempertaruhkan lagu Sejati dari album Teori Domino.
Seperti yang diramal lagu Sejati bakal meraih kemenangan, lagu tersebut telah berjaya memenangi kategori persembahan terbaik dan tempat ketiga untuk kategori juara lagu.
Tahun | Penerima/Karya tercalon | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
1988 | Wings | Kumpulan Rock Terbaik | Menang |
Awie | Penyanyi Lelaki Terbaik | Menang | |
Black | Pemain Dram Terbaik | Menang | |
"Hukum Karma" | Lagu Rock Terbaik | Menang | |
"Taman Rashidah Utama" | Lagu Slow Rock Terbaik | Menang |
Tahun | Anugerah | Penerima/Karya tercalon | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|---|
1989 | Anugerah Juara Lagu ke-4 | "Taman Rashidah Utama" | Persembahan Terbaik | Naib Juara |
"Misteri Mimpi Syakila" | Persembahan Terbaik | Tempat ketiga | ||
1990 | Anugerah Juara Lagu ke-5 | "Sejati" | Persembahan Terbaik | Menang |
"Sejati" | Juara Lagu | Tempat ketiga |
- Anugerah Industri Muzik
Pada tahun pertama Anugerah Industri Muzik (AIM), album Wings `Bazooka Penaka` telah memenangi kategori Rakamana Album terbaik AIM. Album ini juga menerima pencalonan paling banyak dalam pelbagai anugerah termasuk album `Double Trouble`. Bagaimanapun, hanya satu sahaja anugerah dimenangi Wings yang selebihnya tewas ditangan saingan terdekat mereka iaitu kumpulan Iklim.
Kali ini pencalonan Wings didalam pertandingan AIM ke -4, Wings telah berjaya memenangi kategori Kulit Album Terbaik Anugerah Industri Muzik (AIM) menerusi album Biru Mata Hitamku, album pertama yang menampilkan Mus sebagai penyanyi utama. Rekabentuk kulit album yang di hasil dengan menggunakan digital 4D oleh Bombay. Ia cukup menarik sejajar dengan tajuk album dengan logo Wings yang di tengahnya diletakkan sepasang mata yang mata hitamnya berwarna biru. Ditepinya terdapat satu pantulan cahaya dan latar belakang kulit album ini ialah bentuk logo 3D Wings berwarna biru.
Tahun | Penerima/Karya tercalon | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
1993 | Bazooka Penaka | Rakaman Album Terbaik | Menang |
1996 | Biru Mata Hitamku | Kulit Album Terbaik | Menang |
- Anugerah Planet Muzik
Kali ini buat julung kali kumpulan Wings diberi penghormatan di Suntec Singapura sebagai penerima Anugerah Khas Planet Muzik.
Tahun | Penerima/Karya tercalon | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2014 | Wings | Anugerah Khas Planet Muzik | Menang |
- Bintang Popular Berita Harian
Setelah lebih tiga dekad Wings berkecimpung didalam industi muzik yang penuh dengan berbagai cabaran, jatuh bangun, sukaduka, usaha, penat lelah, liku-liku, pahit getir dan onak berduri, Wings buat kali pertama berjaya memenangi anugerah tersebut kategori dalam kategori Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular. Sememangnya Wings belum pernah memenangi anugerah kategori ini. Ini adalah satu pencapaian yang luar biasa dan sukar dipercayai oleh anggota Wings sendiri. Kejayaan ini juga adalah berkat dari peminat-peminat setia Wings.
Tahun | Anugerah | Penerima/Karya tercalon | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2016 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29 | Wings | Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular | Menang |
- ^ [📸 Look at this post on Facebook https://www.facebook.com/share/diQFo1XZe78aeVcQ/?mibextid=K35XfP THAM WING KWAN - "ENIGMA MAT ROCK CINA"]
- ^ Konsert Wings & Superfriends terbaik!
- ^ http://www.istanabudaya.gov.my/web/guest/wings-opera-hidup
- ^ http://www.limauais.com/konsert-wings-opera-hidup-di-istana-budaya/
- ^ http://www.ohbulan.com/gambar-konsert-wings-opera-hidup-bersama-orkestra-di-istana-budaya/
- ^ http://www.istanabudaya.gov.my/web/guest/persembahan-terkini
- ^ http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130414/hi_07/27-tahun-penuh-gemilang
- ^ Joe 'no longer with Wings', says Awie.
- ^ Mel (Wings) Selesa Jadi Pendakwah.