Laut Aral
Laut Aral merupakan sebuah tasik daratan terletak di antara Kazakhstan (Wilayah-Wilayah Aktobe dan Kyzylorda) di sebelah utaranya dan Uzbekistan (wilayah berautonomi Karakalpakstan) di bahagian selatannya. Nama "Aral" itu datangnya daripada perkataan bahasa Turkik aral yang bermakna "kepulauan"; ia merujuk kepada lebih 1,100 buah pulau yang pernah wujud dalam perairannya. Lembangan salirannya merangkumi Uzbekistan dan sebahagian kawasan Tajikistan, India, Kyrgyzstan, Kazakhstan, Afghanistan dan Iran.[1]
Ia dahulunya merupakan salah satu dari empat tasik terbesar di dunia dengan kawasan seluas 68,000 km2 (26,300 bt2), namun Laut ini telah menyusut sejak sekurang-kurangnya tahun 1850, dengan beberapa gangguan. Pada awal abad ke-20, penyusutan dianggap berpunca daripada kadar penyejatan melebihi kadar masukan air; bahkan terdapat juga bukti bahawa tasik ini berkedalaman lebih daripada 50 kaki (15 meter) sebelum ini.[2] Pengecilannya telah dipercepatkan sejak tahun 1960-an setelah sungai puncanya dialihkan oleh projek pengairan Soviet. Pada tahun 1997, saiz asalnya telah berkurangan sebanyak 10% dan terbahagi menjadi empat buah tasik yang lebih kecil – Laut Aral Utara, lembangan timur dan barat yang terletak di Laut Aral Selatan, dan sebuah tasik sederhana di antaranya.[3] Sejak tahun 2009, tasik tenggara tersebut telah menghilang dan tasik barat daya telah mengecil menjadi sejalur nipis air di sisi barat kawasan selatan laut dahulu; pada tahun-tahun berikutnya, terdapat air yang sekali-sekala mengalir ke tasik tenggara lalu tasik tersebut diisi semula pada satu tahap kecil.[4] Imej-imej satelit yang diambil oleh NASA pada bulan Ogos 2014 mendedahkan bahawa lembangan timur Laut ini telah benar-benar kering untuk pertama kalinya dalam sejarah moden.[5] Lembangan tersebut kini disebut sebagai Padang Pasir Aralkum.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "DRAINAGE BASIN OF THE ARAL SEA AND OTHER TRANSBOUNDARY SURFACE WATERS IN CENTRAL ASIA" (PDF). United Nations Economic Commission for Europe (UNECE). 2005. Dicapai pada 4 Februari 2016.
- ^ Kropotkin, Peter Alexeivitch. "Aral". Ensiklopedia Britannica Edisi Ke-11. 2. m/s. 316–317.
- ^ Philip Micklin; Nikolay V. Aladin (March 2008). "Reclaiming the Aral Sea". Scientific American. Dicapai pada May 17, 2008.
- ^ "Satellite image, August 16, 2009 (click on "2009" and later links)".
- ^ Liston, Enjoli (1 Oktober 2014). "Satellite images show Aral Sea basin 'completely dried'". The Guardian. London: Guardian News and Media Limited. Dicapai pada 1 Oktober 2014.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Rivers Network : Aral Sea watersheds - peta sesawang Diarkibkan 2015-09-04 di Wayback Machine
- Post-Soviet Legacy: Aral Sea Pollution, daripada Arkib Digital Hal Ehwal Luar Negara Dean Peter Krogh
- Aral Sea Foundation
- "Syr Darya Control & Northern Aral Sea Phase I Project". World Bank Group - Kazakhstan. Disember 2006.
- Aral Sea from Space (rakaman selang masa)
- Pemandangan laut ini daripada Google Earth