Lower Manhattan
Lower Manhattan ialah bahagian yang paling selatan di pulau Manhattan, iaitu pulau utama dan pusat perniagaan dan pentadbiran Bandar Raya New York. Lower Manhattan atau "pusat bandaraya" (downtown) sering ditakrifkan sebagai kawasan yang digariskan dengan 14th Street di utara, Sungai Hudson di barat , Sungai East di timur, dan Pelabuhan New York (juga dikenali sebagai Upper New York Bay) di selatan. Apabila memaksudkan kawasan perniagaan hilir Manhattan dan tempat-tempat sekitarnya, sempadan utaranya ditetapkan oleh jalan-jalan raya yang terletak kira-kira satu setengah batu di selatan 14th Street dan sebatu di utara hujung selatan pulau: Chambers Street dari dekat Sungai Hudson ke arah timur hingga pintu masuk dan laluan atas Jambatan Brooklyn. Dua lagi jalan raya utama juga kadang-kadang dianggap sebagai sempadan utara "Manhattan hilir" atau "pusat bandar": Canal Street, kira-kira setengah batu di utara Chambers Street, dan 23rd Street, kira-kira setengah batu di utara 14th Street. Diterajui oleh Wall Street, di Lower Manhattan, Bandar Raya New York ialah pusat kewangan dunia[1][2][3][4][5][6][7] dan juga tempat letaknya Bursa Saham New York, bursa saham terbesar di dunia dari segi pemodalan pasaran syarikat tersenarai.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "The World's Most Expensive Real Estate Markets". CNBC. Dicapai pada 2010-05-31.
- ^ "The Best 301 Business Schools 2010 by Princeton Review, Nedda Gilbert". Dicapai pada 2010-05-31.
- ^ "Financial Capital of the World: NYC". Wired New York/Bloomberg. Dicapai pada 2010-05-31.
- ^ "The Tax Capital of the World". The Wall Street Journal. 11 April 2009. Dicapai pada 2010-05-31.
- ^ "JustOneMinute - Editorializing From The Financial Capital Of The World". Dicapai pada 2010-05-31.
- ^ "London may have the IPOs..." Marketwatch. Dicapai pada 2010-05-31.
- ^ "Fondos - Londres versus Nueva York" (PDF). Cinco Dias. Dicapai pada 2010-05-31.