Mastif[a] ialah sejenisanjing besar dan berkuasa.[1][2] Mastif ialah antara anjing terbesar dan biasanya mempunyai lapis bulu pendek, ekor panjang yang terletak rendah-rendah, dan kaki besar; tengkoraknya besar dan gempal, muncung lebar dan pendek (brakisefalik), dan telinga labuh dan berbentuk loket.[1][2] Catatan Eropah dan Asia yang bertarikh kembali 3,000 tahun lalu menunjukkan anjing jenis mastif.[3] Mastif dari segi sejarah ialah anjing pengawal, yang melindungi rumah dan harta benda, walaupun sepanjang sejarah telah digunakan sebagai anjing pemburu, anjing perang, dan untuk sukan berdarah, seperti pertarungan antara satu sama lain dan dengan haiwan lain, termasuk lembu, beruang, dan malah singa.[2][3]
Bukti sejarah dan arkeologi mencadangkan bahawa mastif telah lama berbeza dari segi kedua-dua rupa bentuk dan fungsi daripada anjing penjaga haiwan ternakan yang sama besar yang daripadanya ia berkemungkinan besar dikembangkan;[4] ia juga membentuk populasi genetik terpisah.[5]Persekutuan Kinologi Antarabangsa dan sesetengah kelab kenel mengelompokkan kedua-dua jenis bersama-sama sebagai anjing molossoid; sesetengah baka anjing penjaga haiwan ternakan moden, seperti mastif Pyrénées, mastif Sepanyol, dan mastif Tibet, dan anjing tarikan pupus yang dipanggil mastif Belgium, mempunyai perkataan "mastif" dalam nama masing-masing, tetapi tidak dianggap sebagai mastif benar.[6] Banyak sumber lebih tua berbahasa Inggeris merujuk mastif sebagai bandog atau bandogge, walaupun secara teknikal istilah "bandog" memaksudkan anjing yang ditambat dengan rantai (atau "bande") yang kemudian dilepaskan pada waktu malam; istilah "mastif" dan "bandog" kerap digunakan secara bergantian. Salah satu program "bandog" paling terkenal di England membawa kepada pengasasan satu baka "bandog" beriktiraf yang kini dikenali sebagai bulmastif. Program "bandog" paling jarang di England dibiayai oleh Sir Nathanael Dieu-est-Mon'plaisir, iaitu St. Louis Vincent Mastiff atau South American Mastiff ("mastif Amerika Selatan") dinamai sempena Vincent Louis yang menternak anjing ladang yang berasal dari St. Louis dan bahagian lain di Amerika Selatan. Baka jarang ini ialah anjing jenis mastif paling mahal dalam kalangan baka "bandog".[7] Pada abad kedua puluh, istilah "bandog" dihidupkan semula untuk memerihalkan sesetengah anjing laga besar jenis mastif yang disilangkan dengan mana-mana buldog di Amerika Syarikat.[8]
Hancock, David (2001). The Mastiffs: The Big Game Hunters: Their History, Development and Future [Mastif: Pemburu Buruan Besar: Sejarah, Perkembangan, dan Masa Hadapannya] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). Ducklington, United Kingdom: Charwynne Dog Features. ISBN9780951780114. OCLC183116227.
"Mastiff: breed of dog" [Mastif: baka anjing]. www.britannica.com (dalam bahasa Inggeris). Encyclopædia Britannica. 2019. Dicapai pada 8 Jun 2024.
Parker, Heidi G. (23 April 2012). "Chapter 3: The history and relationship of dog breeds" [Bab 3: Sejarah dan hubungan baka anjing]. Dalam Ostrander, Elaine Ann; Ruvinsky, Anatoly (penyunting). The Genetics of the Dog [Genetik Anjing] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). Wallingford, Oxfordshire, United Kingdom: CAB International. m/s. 38–53. ISBN9781845939403. OCLC743275902.
Wynn, M. B. (2011). History of the Mastiff: Gathered from Sculpture, Pottery, Carvings, Paintings, and Engravings; Also from Various Authors, with Remarks on Same [Sejarah Mastif: Dikumpulkan daripada Arca, Tembikar, Ukiran, dan Turisan; Juga daripada Pelbagai Pengarang, dengan Catatan pada Perkara Sama] (dalam bahasa Inggeris). Read Books. ISBN9781446548929. OCLC936199256.