Pergi ke kandungan

Mei 68

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Poster berwarna-warni dari banyak pergerakan sosial menghiasi suatu dinding di Paris (ditangkap tidak lama setelah beraskhirnya peristiwa ini pada bulan Julai 1968).

Perancis ditimpa suatu pergolakan sosial hebat dari Mei hingga Jun 1968 (dikenali secara rasminya dalam Perancis: Mai 68) di mana pelajar-pelajar universiti dan kesatuan sekerja melakukan demonstrasi dan mogok umum serata negara ini; tunjuk-tunjuk perasaan ini dicetuskan atas desakan para pelajar dan aktivis yang sangat terdorong menyanggah kapitalisme, konsumerisme serta imperialisme Amerika (termasuk fahaman Gaullisme dipegang pemerintah Perancis yang dianggap seiringan).

Ia merupakan antara kejadian paling utama berlaku dalam sejarah Perancis moden sehingga mengubah halatuju pendirian masyarakat negara ini secara ketaranya.

Faktor penyebab

[sunting | sunting sumber]

Aspek masyarakat

[sunting | sunting sumber]

Keadaan ini didorong utamanya oleh pemesatan dan perubahan mendadak gaya hidup dalam Perancis itu sendiri: banyak warga pedalaman muda berhijrah beramai-ramai ke kawasan perbandaran untuk mencuba nasib baharu di sana sambil tertarik dengan sistem pendidikan kebangsaan dan universiti yang terbuka serta peningkatan dalam taraf hidup, seterusnya memesatkan bandar-bandar ini. Hal ini turut dicerminkan keberadaan hiburan dan media massa yang memenuhi keinginan dan gaya hidup mereka.

Aspek politik

[sunting | sunting sumber]
Dari kalangan pelajar

Pergerakan 22 Mac merupakan antara pihak utama dalam pergerakan ini. Ia merupakan suatu pergerakan bersifat antiautoritarian[1] muncul berkesinambungan daripada pihak-pihak tertentu termasuk anarkis dan kiri jauh yang membangkang penahanan beberapa pelajar yang menunjuk perasaan terhadap Perang Vietnam.[2] Sebahagian daripada belia yang radikal tertarik dengan pemahaman pendekatan revolusioner yang dilihat menggegarkan Dunia Ketiga dari penggiatan dilakukan Ho Chi Minh sampilah ke Che Guevara dan Fidel Castro. Banyak kejadian sosiopolitik utama diperhatikan para radikal ini seperti Pengawal Merah di China yang mencabar kuasa dewasa, serta gerakan hak awam Amerika Syarikat dan hippie.

Dalam pemerintah

Keadaan tidak senang dalam lingkungan politik turut menggamit rasa tidak senang dalam pemerintahan Perancis. Pada tahun 1965, Charles de Gaulle bertanding dalam pusingan kedua pilihan raya presiden Perancis pertama tahun itu menentang François Mitterrand dan Jean Lecanuet - hal ini menimbulkan persengketaan dalam Perhimpunan Kebangsaan yang utamanya diduduki golongan sentris pimpinan Valéry Giscard d'Estaing dan golongan demokrat Kristian pimpinan Jean Lecanuet, serta juga golongan kanan jauh yang enggan memaafkan de Gaulle atas pemenjaraan ketua mereka Philippe Pétain serta terlepasnya (atau merdekanya) Algeria dari genggaman Perancis. Parti Komunis Perancis yang mendominasi puak kiri dalam pemerintah kini lebih menjauh dalam pendirian mereka berpaksikan kepada Vietnam dan China - di sini mereka mula berpakat dengan Parti Sosialis untuk menggulingkan rejim de Gaulle.

Susur kejadian

[sunting | sunting sumber]

Penggiatan pelajar

[sunting | sunting sumber]

Kejadian penangkapan beberapa pelajar dalam tunjuk perasaan anti-perang itu menndorong suatu "hari anti-imperialis" diadakan dalam sekitaran Universiti Nanterre Paris pada 2 Mei 1968. Keriuhan yang terwujud daripada ketibaan para aktivis ini serta pertelingkahan dengan pihak berkuasa yang mengawal keadaan memaksa rektor universiti ini, Pierre Grappin menutup keseluruhan universiti serta-merta. Berminggu-minggu kemudian pada hari Jumaat 3 Mei, sebanyak 400 orang pelajar universiti memulakan tunjuk perasaan di padang Sorbonne, kampus Nanterre menyatakan tidak setuju mereka ke atas penutupan kampus.[3] Pada Isnin minggu berikutnya, sebanyak 20,000 orang terdiri daripada gabungan kelompok kesatuan pelajar Union Nationale des Étudiants de France bersama kesatuan para pensyarah Universiti Nanterre bertindak menuju ke padang Sorbonne menyanggah pengambilalihan kampus oleh pihak polis. Ada daripada mereka mula membina hadangan serta membaling batu menakut-nakutkan pihak polis. Para pegawai polis membalas dengan melepaskan gas pemedih mata tidak lama kemudian lalu segera menangkap ratusan pelajar.

Penyertaan kesatuan sekerja

[sunting | sunting sumber]

Reaksi de Gaulle

[sunting | sunting sumber]

Atas gesaan Georges Pompidou, De Gaulle segera mengumumkan pembubaran Perhimpunan Keebangsaan lalu mendorong pilihan raya legislatif yang baharu setelah itu.[4] Para komunis bersetuju atas pengadaan pilihan raya ini lalu melepaskan ancaman revolusi ke atas mereka.[5][6][7]

Kesan dampak

[sunting | sunting sumber]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Foucault, Michel (1954–1969). Dits et Écrits (dalam bahasa Perancis). 1. Paris: Gallimard. Unknown parameter |collection= ignored (bantuan)CS1 maint: date format (link)
  2. ^ "La salle du Conseil de la faculté des Lettres de Nanterre occupée". L'Obs (dalam bahasa Perancis). 1 April 2008.
  3. ^ Damamme, Gobille, Matonti & Pudal, ed., p. 190.
  4. ^ Didasarkan pembentangan parlimen yang dilakukan dalam kalangan anggota Pehimpunan: "Parlement(s), Revue d'histoire politique". Cairn. 2008. |chapter= ignored (bantuan)
  5. ^ Dogan, Mattei (1984). "How Civil War Was Avoided in France". International Political Science Review. 5 (3): 245–277. doi:10.1177/019251218400500304. JSTOR 1600894. S2CID 144698270.
  6. ^ Singer, Daniel (2002). Prelude to Revolution: France in May 1968. South End Press. m/s. 195-196, 198–201. ISBN 978-0-89608-682-1.
  7. ^ "Lycos". Diarkibkan daripada yang asal pada 22 April 2009.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Templat:Tunas-sejarah-Perancis