Pergi ke kandungan

Michel Temer

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tuan Yang Terutama
Michel Temer
Presiden Brazil ke-37
Menyandang jawatan
31 Ogos 2016
Naib PresidenTiada
Didahului olehDilma Rousseff
Naib Presiden Brazil ke-24
Dalam jawatan
1 Januari 2011 – 31 Ogos 2016
PresidenDilma Rousseff
Didahului olehJosé Alencar
Digantikan olehJawatan dikosongkan
Presiden Dewan Perwakilan
Dalam jawatan
2 Februari 2009 – 17 Disember 2010
Didahului olehArlindo Chinaglia
Digantikan olehMarco Maia
Dalam jawatan
2 Februari 1997 – 14 Februari 2001
Didahului olehLuís Eduardo Magalhaes
Digantikan olehAécio Neves
Presiden Parti Gerakan Demokratik Brazil
Dalam jawatan
9 September 2001 – 5 April 2016
Didahului olehJader Barbalho
Digantikan olehRomero Jucá
Maklumat peribadi
Lahir
Michel Miguel Elias Temer Lulia

(1940-09-23) 23 September 1940 (umur 84)
Tietê, São Paulo, Brazil
Parti politikGerakan Demokratik Brazil
PasanganMaria de Toledo (bercerai)
Marcela Tedeschi (2003–sekarang)
Anak6
Tempat belajarUniversiti São Paulo
Universiti Katolik Pontifical São Paulo
TandatanganTandatangan

Michel Miguel Elias Temer Lulia (lahir 23 September 1940) ialah seorang peguam dan ahli politik Brazil yang merupakan Presiden Brazil ke-37. Beliau mengambil alih jawatan pada 31 Ogos 2016 selepas pemecatan Dilma Rousseff.[2]

Kehidupan awal dan pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Temer dilahirkan di Tietê, São Paulo. Beliau merupakan anak lelaki kepada imigran Maronite Lubnan, Nakhoul "Miguel" Elias Temer Lulia dan March Barbar Lulia yang berhijrah ke Brazil pada tahun 1925.[2][3] Ibu bapa beliau bersama tiga adik-beradiknya berhijrah ke Brazil dari Btaaboura di utara Lubnan, untuk melarikan diri dari ketidakstabilan akibat Perang Dunia Pertama. Di Brazil, ibu-bapa beliau mempunyai lima lagi anak dan Temer merupakan yang paling bongsu. Temer tidak fasih berbahasa Arab tetapi boleh memahami subjek perbualan dalam bahasa tersebut. Temer beragama Roman Katolik.[1]

Temer memegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Fakulti Undang-Undang Universiti São Paulo dan doktor falsafah dari Universiti Katolik Pontifical São Paulo. Beliau berkhidmat sebagai pendakwa raya negeri dan dua kali sebagai Setiausaha Negara bagi Keselamatan Awam. Beliau adalah seorang profesor undang-undang Perlembagaan yang berlesen di PUC-SP dan telah mengarang beberapa buah buku mengenai subjek ini.

Bermula tahun 1987, Temer berkhidmat selama enam penggal berturut-turut dalam Dewan Perwakilan,[4] dan berkhidmat sebagai Presiden Dewan dalam tiga tempoh berasingan (pada tahun 1997–1998, 1999–2000 dan 2009–2010).[2] Temer juga merupakan ahli Majlis Perlembagaan Negara 1988 yang mengisytiharkan semasa Perlembagaan Brazil semasa.[2] Beliau menjadi pengerusi parti terbesar di Brazil, Parti Gerakan Demokrat Brazil.[4] Beliau merupakan Naib Presiden Brazil kedua yang berketurunan Lubnan selepas José Maria Alkmin.[5][6]

Pemangku Presiden

[sunting | sunting sumber]

Pada 12 Mei 2016, Senat Persekutuan mengundi untuk menerima dakwaan pemecatan Dilma Rousseff dan oleh itu, Naib Presiden Temer mengambil alih kuasa presiden dan tugas sebagai Pemangku Presiden. Semasa hari pertamanya sebagai pemangku presiden, Temer melantik kabinet baru dan mengurangkan jumlah kementerian daripada 31 kepada 22.

Dua jam selepas pemecatan Dilma Rousseff, Michel Temer mengangkat sumpah sebagai Presiden Brazil untuk menghabiskan baki tempoh yang akan berakhir pada 1 Januari 2019.

  1. ^ a b Vilarejo libanês do 'filho Michel Temer' segue igreja ortodoxa grega
  2. ^ a b c d "Presidência da República Federativa do Brasil: Vice-Presidente: Biografia". Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Januari 2011. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  3. ^ O Cardeal Temer
  4. ^ a b Cantanhéde, Eliane (1 November 2010). "Líder do PMDB, Temer terá mais força que vices de FHC e de Lula" [As leader of the PMDB, Temer has more power than the vice presidents of Fernando Henrique Cardoso and Lula]. Folha de S.Paulo. São Paulo, Brazil. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-05-11. Dicapai pada 2016-09-07. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  5. ^ Dyke, Joe (2 Julai 2014). "The most powerful Lebanese person alive". Executive Magazine. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-05-11. Dicapai pada 2016-09-07. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  6. ^ Bercito, Diogo (4 Mei 2015). "Politicians of Lebanese descent flourish in Brazil". The Daily Star. Lebanon. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Mei 2015. Cite has empty unknown parameters: |deadurl= dan |subscription= (bantuan)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
Jawatan politik
Didahului oleh
Luís Eduardo Magalhaes
Presiden Dewan Perwakilan
1997–2001
Diikuti oleh:
Aécio Neves
Didahului oleh
Arlindo Chinaglia
Presiden Dewan Perwakilan
2009–2010
Diikuti oleh:
Marco Maia
Didahului oleh
José Alencar
Naib Presiden Brazil
2011–sekarang
Pemangku Presiden
2016
Kosong
Didahului oleh
Dilma Rousseff
Presiden Brazil
2016–sekarang
Pemegang jawatan kini
Jawatan parti politik
Didahului oleh
Jader Barbalho
Presiden Parti Gerakan Demokrat Brazil
2001–2016
Diikuti oleh:
Romero Jucá