Pergi ke kandungan

Milenium ke-4

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Milenium:
Abad:
  • abad ke-31
  • abad ke-32
  • abad ke-33
  • abad ke-34
  • abad ke-35
  • abad ke-36
  • abad ke-37
  • abad ke-38
  • abad ke-39
  • abad ke-40


Milenium keempat ialah tempoh yang bermula dari 1 Januari 3001 sehingga 31 Disember 4000.


Peristiwa astronomi

[sunting | sunting sumber]

Bumi akan mengalami 2,366 gerhana suria. Tarikh-tarikh berikut merupakan tarikh astronomi dan diberikan dalam format astronomi, iaitu Tahun Bulan Hari, yang membenarkan tarikh-tarikh tersebut disusun.

Peristiwa fiksyen

[sunting | sunting sumber]
  • Sebahagian besar novel 3001: Pengembaraan Terakhir berlatarbelakangkan tahun 3001 dan tahun-tahun berikutnya.
  • Pada sekitar tahun 3200, planet Solaria akan ditetap oleh penduduk-penduduk Nexon, menurut novel-novel Isaac Asimov. Pada masa yang lebih kurang sama, ahli sains Han Falstofe akan mencipta android R. Daneel Olivaw, bakal Eminence Grise Galaksi.
  • Kedua-dua komik Archie, Sonic si Landak Kecil dan kartun pagi Sabtu, di Amerika Syarikat berlatarbelakangkan abad ke-33, mulai dari sekitar tahun 3235 dalam abad ke-33. Ini diterka sedemikian kerana Sonic berumur 16 tahun pada mula-mulanya; dia berumur lima tahun pada tahun 3224 ketika Dr. Robotnik, musuh utama, merampas kekuasaan planet Mobius. Versi komik (terbitan 124) mengatakan bahawa planet Mobius pada suatu ketika ialah Bumi.
  • Pada sekitar tahun 3500, R. Daneel Olivaw akan bertemu dengan Elijah Baley dan membantunya menyelesaikan suatu homisid (peristiwa-peristiwa yang mempunyai akibat yang berpanjangan), menurut Siri Robot oleh Isaac Asimov.
  • Pada sekitar tahun 3505, gelombang kedua peluasan petempatan manusia dari Bumi ke Galaksi yang lain akan bermula, menurut Asimov.
  • Pada tahun 3535, kesemua fikiran, percakapan, dan perbuatan seseorang akan diprogramkan lebih dahulu oleh pil harian, menurut "Dalam Tahun 2525 (Eksordium dan Terminus)", sebuah lagu Zager dan Evans.
  • Pada tahun 3781, holokus nuklear kedua akan memusnahkan Bumi, menurut "Kantikel Untuk Leibowitz", novel cereka sains yang ditulis oleh Walter Miller Jr.
  • Sesetengah orang mengatakan bahawa tahun 3797 (atau 3786, menurut yang lain) ialah tahun yang dituntut oleh Nostradamus sebagai tahun keakhiran dunia.
  • 3798 ialah tahun yang sebahagian besar karya Michael Wang, "Kosmos", berlaku.
  • Tahun 3950 ialah tahun yang diramalkan apabila bola sampah raksasa yang digunakan oleh watak-watak dalam filem Futurama untuk melanggarkan dan menghantar bola sampah raksasa yang pertama pada tahun 2052 ke matahari akan kembali.
  • Filem Planet Mawas berlatarbelakangkan tahun 3978, manakala susulan pertamanya, Di bawah Planet Mawas, berlatarbelakangkan tahun 3955. Adalah mungkin bahawa filem pertama berlaku pada garis masa yang tidak sama dengan empat susulannya.
  • Tahun 4000 ialah latar belakang Magnus, Pejuang Robot, buku komik klasik yang dicipta oleh Russ Manning. Dalam siri ini, kesemua Amerika Syarikat menjadi sebuah bandar raya tunggal yang bernama North Am, dengan bangunan-bangunannya mencapai satu batu (1.6 kilometer) tingginya.
  • Menurut filem South Park, Tuhan akan kembali ke Bumi.
  • Kang si Penakluk, watak penyangak super, memerintah Bumi pada abad ke-41, menurut Komik Marvel.
  • Sebahagian besar Futurama, sitcom animasi Fox, berlatarbelakangkan milenium ke-4. Siri ini sebenarnya bermula pada malam Tahun Baru 2999 yang telah salah dianggap sebagai hari sebelum abad ke-31. Siri ini masih mendahului masa moden sebanyak 1000 tahun.
  • Menurut lagu "What Would Brian Boitano Do?" daripada filem "South Park: Bigger, Longer & Uncut", Brian Boitano melintasi masa ke tahun 3010 untuk berlawan dengan raja robot yang jahat supaya dapat sekali lagi menyelamatkan bangsa manusia.
  • Daya Masa Power Rangers berlaku pada tahun 3000 apabila Ransik melarikan diri dan kembali ke tahun 2001 (tahun yang siri televisyen ini difilemkan)
  • Bucky O'Hare hidup dan beroperasi pada abad ke-33.
  • Novel Nova oleh Samuel R. Delany berlatarbelakangkan abad ke-32.
  • "Peristiwa terkini" peluasan MechWarrior: Zaman Kelam ke garis masa BattleTech berlaku pada abad ke-32 selepas keruntuhan rangkaian HPG pada tahun 3132.