Mohd Razi Mohd Ali
Rencana ini mungkin perlu diwikikan untuk memenuhi mutu piawaian Wikipedia. Sila bantu dengan menambah pautan yang berkaitan, atau dengan membaiki susun atur rencana ini. Klik [tunjuk] di sebelah kanan untuk butiran lanjut. Tiada sebab dinyatakan untuk tag wikikan pada rencana ini. Anda boleh memasukkan sebab dengan menggunakan parameter
|
YB Dato' Mohd Razi Mohd Ali DBNS ANS (Negeri Sembilan); PMC | |
---|---|
Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan bagi Sungai Lui | |
Menyandang jawatan 2013 | |
Didahului oleh | Zainal Abidin Ahmad |
Maklumat peribadi | |
Lahir | (1973-04-01) 1 April 1973 (umur 51) |
Parti politik | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu |
Gabungan politik lain | Barisan Nasional |
Pekerjaan | Ahli politik |
Dato' Mohd Razi Mohd Ali (lahir 1 April 1973) merupakan seorang ahli politik yang berpengalaman luas dalam bidang pendidikan, menyandang ADUN Sungai Lui selama dua penggal.
Beliau merupakan bekas guru bidang pertanian serta kurikulum selama 18 tahun merupakan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jelebu sejak 2018.
Beliau menetap di Felda Pasoh 3 dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Batu Kikir, kemudian mengambil sijil perguruan asas (kemahiran hidup) pada 1995 di Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Baharu dan melanjutkan pengajian di Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan mengambil Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains Pertanian).
Pencapaian dalam bidang pendidikan, beliau pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2000 dan 2009.
Pada peringkat politik, beliau pernah memegang jawatan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Negeri Sembilan, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jelebu selama sepenggal dan Naib Ketua UMNO Bahagian Jelebu pada 2013 hingga 2018.
Pada pilihan raya umum Malaysia ke-14, Mohd Razi daripada Barisan Nasional menang dengan mendapat 7,795 undian ketika menentang Zainal Fikri Abd Kadir daripada Pakatan Harapan yang mendapat 3,396 undi dengan majoriti undi sebanyak 4,399.
Pendidikan
[sunting | sunting sumber]- Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains Pertanian UPM (2005)
- Sijil perguruan asas (kemahiran hidup) (1995)
- Sekolah Menengah Batu Kikir (1990)
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lui (2013-kini)
- Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (1995-2013)
Politik
[sunting | sunting sumber]- Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jelebu (2018-kini)
- Naib Ketua UMNO Bahagian Jelebu (2013-2018)
- Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jelebu (2008-2013)
- Ketua Penerangan Pemuda UMNO Negeri Sembilan
Anugerah
[sunting | sunting sumber]- Negeri Sembilan
- Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (D.B.N.S.) - Dato' (2024) [1]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ ISA, BADRUL HAFIZAN MAT (2024-01-13). "Aminuddin ketuai senarai penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat N. Sembilan". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2024-01-14.
Parti komponen Barisan Nasional | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||

Yang di-Pertua: ▌Zulkefly Mohamad Omar (AMANAH) (Bukan Ahli Dewan Undangan Negeri) • Timbalan Yang di-Pertua: ▌Ravi Munusamy (PKR) Ketua Majlis: ▌Aminuddin Harun (PKR) • Ketua Pembangkang: ▌Mohamad Hasan (UMNO) | |
| |
Kerajaan: (20) ▌Pakatan Harapan (20) Pembangkang: (16) ▌Barisan Nasional (16) Keanggotaan Ahli Dewan Negeri dan Dewan Ahli Undangan Negeri di Malaysia mengikut bilangan Parlimen 1 • ke-2 • ke-3 • ke-4 • ke-5 • ke-6 • ke-7 • ke-8 • ke-9 • ke-10 • ke-11 • ke-12 • ke-13 • ke-14 Dewan Negeri dan Dewan Undangan Negeri di Malaysia |