Pergi ke kandungan

Naka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Naka adalah sebuah pekan kecil yang terletak di daerah Padang Terap, Kedah Darul Aman. Naka diambil sempena "Na" bermakna 'Kubang' dan "Ka" nama sejenis pokok herba iaitu "lengkuas" atau 'kha" bermaksud sejenis rumput "juluk". Memandangkan satu tempat yang sama maka, maka Kubang Juluk disebut dalam bahasa melayu dan Naka dalam bahasa Siam Kedah. Pekan Naka terletak di timur bandar raya Alor Setar dan bandar Pokok Sena dan di selatan Kuala Nerang. Dahulunya pekan Naka terletak di Kampung Kubang Julok dan dikenali sebagai "Naka Lama" dan Pekan Naka sekarang asalnya bernama 'Simpang'.