Pergi ke kandungan

Need for Speed: Underground

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Need for Speed: Underground
Need for Speed: Underground (versi Windows)
PembangunEA Black Box
PenerbitEA Games
SiriNeed for Speed
EnjinEAGL
PlatformArked, Windows, PlayStation 2, Xbox, GameCube, GBA
PelepasanAmerika Syarikat 17 November 2003
Eropah 28 November 2003
GenrePermainan perlumbaan
ModPemain tunggal, berbilang pemain

Need for Speed: Underground (NFSU) adalah permainan perlumbaan keluaran ketujuh dalam siri Need for Speed, dibangunkan oleh EA Black Box serta diterbitkan oleh Electronic Arts pada tahun 2003.

Premis NFSU (kereta yang ditala dan diubahsuai untuk perlumbaan haram) adalah hasil daripada budaya ubahsuai kereta serta filem The Fast and the Furious dan 2 Fast 2 Furious.

Dengan mengadunkan formula serba baru, NFSU menawarkan mod karier yang menampilkan jalan cerita, serta mod bengkel yang membolehkan pemain mengubahsuai kereta dengan pelbagai alat ganti prestasi berjenama serta naik taraf visual. Kesemua perlumbaan diadakan pada waktu malam di bandar raya Olympic City (yang menyerupai bandar raya New York, San Francisco dan Los Angeles). Underground menampilkan kereta-kereta talaan yang dikaitkan dengan budaya ubahsuai kereta di mana sebahagian besarnya merupakan kereta buatan Jepun dan bukannya kereta eksotik bernilai ratusan ribu hingga jutaan ringgit. Faktor ini, ditambah lagi dengan kawalan seumpama arked, menjadi kontroversi di kalangan peminat Need for Speed. Walau bagaimanapun, Underground sangat berjaya dari segi komersial, sehingga melahirkan sambungannya.

Jalan cerita

[sunting | sunting sumber]

Templat:Spoiler Pemain bermula dengan terus beraksi dalam perlumbaan litar dengan kereta Acura Integra Type R dan menang mudah... tetapi rupa-rupanya dia bermimpi.

Samantha adalah sahabat pemain dalam persekitaran baru; dia menunjukkan pemain bagaimana sesuatu perlumbaan berfungsi, siapakah siapa, serta mempersendakan kereta permulaan pemain. Eddie (dan kereta Nissan Skylinenya berwarna jingga metalik), adalah ketua geng Eastsiders serta pelumba haram paling tersohor sekarang, dan Melissa pula adalah teman wanitanya. Peraturannya mudah sahaja: 'Kau menang, kau dapat alat ganti bagus. Kau kalah, kau akan tersingkir'.

Masa berlalu dan pemain terus menang perlumbaan. Pemain bertemu pelumba lain, serta beransur-ansur mengumpul musuh yang terus mencabarnya tetapi dikalahkan. Dia diperkenalkan dengan TJ, yang menjanjikan naik taraf kereta unik jika menang cabaran masa; Samantha juga melakukan perkara yang sama dari masa ke semasa, tetapi dia menawarkan ubahsuai visual unik.

Kejayaan pemain yang berterusan langsung tidak menarik minat Eddie. Mulanya, dia mengutuk kemahiran pemain, mengatakan dia masih mentah untuk 'berada di jalanan'. Lama kemudian, pemain memperoleh reputasi yang tidak mungkin dapat dihiraukan, maka Eddie mencabar pemain untuk mengalahkan Samantha dalam perlumbaan sprint sebelum berdepan dengannya; kesungguhan pemain menyahut cabaran tersebut telah mengecewakannya. Enjin Honda Civic Samantha remuk semasa dia gagal mengalahkan pemain. TJ mengambil kereta yang remuk untuk dirinya sendiri selepas itu.

Apabila pemain semakin menghampiri kedudukan #1 dalam semua jenis perlumbaan, Eddie cuba sekali lagi untuk menghapuskan musuhnya itu. Pada masa yang sama pula, pemain ternampak TJ di dalam kereta Samantha yang sudah diperbaiki, tetapi telah menjadi mangsa vandalisme; kereta Samantha pada awalnya mempunyai corak vinil Hello Kitty, tetapi TJ menconteng corak tersebut dengan cat semburan sehingga menjadi corak "Kitty yang sudah mati". Kedua-duanya berlumba dengan mempertaruhkan kereta masing-masing, dan pemain menang sekali lagi. Akhirnya pemain memulangkan kereta tersebut kepada Samantha sebagai tanda maaf, dan dia memberi pilihan kit badan lebar untuk kereta pemain.

Sebaik sahaja selepas babak menyentuh hati itu, Eddie mencabar pemain dan kalah, sebagaimana pencabar lain sebelum ini. Belum sempat meraikan kejayaan pemain, pelumba haram misteri menaiki kereta Nissan 350Z berwarna perak mencabar pemain buat kali terakhir di litar Market Street. Setelah kalah, pencabar tersebut didedahkan identitinya iaitu teman wanita Eddie, Melissa.

Babak tersebut mengukuhkan status pemain sebagai pelumba haram bawah tanah terbaik di bandar raya tersebut.

Watak Kereta Butiran
Samantha Honda Civic Coupe Penunjuk kepada pemain, serta pembekal alat ganti visual unik.
Eddie Nissan Skyline GT-R R34 Ketua geng Eastsiders.
Melissa Nissan Nismo 350Z
(Mitsubishi Eclipse GSX di dalam video permulaan dan promosi)
Teman wanita Eddie.
Jose Volkswagen Golf GTi Salah satu pesaing terawal, pakar perlumbaan litar.
TJ (AKA Junkman) Honda Civic Coupe - kereta Samantha yang 'diubahsuai' Pembekal alat ganti prestasi unik.
Kurt Acura RSX
Mazda RX-7
Ahli geng Eastsiders;
Pelumba litar nombor 1.
Chad Toyota Celica GT-S
Honda S2000
Ahli geng Eastsiders;
Pelumba sprint nombor 1.
Todd Mitsubishi Eclipse GSX
Mitsubishi Lancer ES
Ahli geng Eastsiders;
Pelumba drag nombor 1.
Klutch Dodge Neon Pelumba drag nombor 15.
Dirt Nissan 240SX Pelumba drift nombor 1.

Jenis perlumbaan

[sunting | sunting sumber]
Perlumbaan litar dengan kereta Honda Civic Si Coupe, versi PC.

Perlumbaan piawai dengan empat kereta musuh mengelilingi litar gegelung sebanyak 2 pusingan atau lebih, serta merupakan mod utama permainan. Untuk 4 perlumbaan terakhir di dalam mod bawah tanah, bilangan pemain berkurangan sehingga tinggal satu pencabar.

Menyerupai perlumbaan litar serta pernah ditampilkan di dalam beberapa judul Need for Speed yang lepas, perlumbaan ini melibatkan "penyingkiran" pelumba terakhir yang melepasi garisan permulaan sehinggalah tinggal pendahulu tunggal yang memenangi perlumbaan. Di dalam kes Underground, sesi Knockout mempunyai maksimum 3 pusingan untuk 4 pelumba.

Juga menyerupai perlumbaan litar tetapi merupakan perlumbaan titik-ke-titik sehala. Biasanya litar yang digunakan lebih pendek daripada perlumbaan litar (maksimum 8 km) maka pemain perlu lebih berhati-hati serta mengelakkan sebarang bentuk kesilapan semasa berlumba.

Perlumbaan drift adalah yang paling mencabar serta melibatkan aspek teknikal. Mod drift terdiri daripada seorang pemain di dalam litar kecil, di mana pemain perlu mengumpulkan seberapa banyak mata dengan melakukan aksi drift. Pemain bersaing dengan 3 lagi pencabar, yang muncul sebagai sedang mengumpul mata bersama-sama pemain. Pemain perlu mengalahkan kesemua markah mereka untuk menduduki tempat teratas.

Bonus ditawarkan pada pemain yang melakukan drift di bahagian sempadan luar, melakukan drift secara melintang ataupun drift berterusan; jika pemain berjaya menamatkan sesi drift tanpa melanggar tembok, markah tersebut akan ditambah kepada markah terkumpul; jika terlanggar tembok, markah tersebut akan terbatal.

Mod drift adalah satu-satunya mod perlumbaan di dalam judul ini di mana masa menamatkan perlumbaan tidak diambil kira, memandangkan pemain diberi kebebasan mutlak untuk melengkapkan perlumbaan tersebut dengan gaya tersendiri. Inilah sebabnya mengapa Sistem Nitrus Oksida tidak digunakan di dalam mod ini, memandangkan ia tidak diperlukan untuk situasi ini.

Bergantung kepada litar, kadang-kala drift boleh jadi mod paling mudah.

Nissan Skyline GT-R yang diubahsuai.

Perlumbaan drag adalah perlumbaan kedua paling teknikal di dalam permainan ini. Ia melibatkan perlumbaan dengan satu hingga tiga kereta musuh di litar lurus, serta cubaan memperoleh kedudukan teratas untuk menang. Untuk menguasai mod Drag, pemain perlu merancang pemasaan yang tepat serta daya refleks yang baik untuk menukar gear semasa jarum takometer mencecah garisan merah, memotong, serta menggunakan Sistem Nitrus Oksida. Oleh sebab ia amat mementingkan tumpuan terhadap takometer, maka takometer diperbesarkan serta ditempatkan di bahagian kiri skrin. Kawalan stereng dipermudahkan untuk memudahkan pemain menukar lorong sementara komputer sendiri mengawal stereng bagi tujuan tersebut, membolehkan pemain menumpukan perhatian dalam memastikan kelajuan optimum kereta. Mod Drag memaksa pemain menggunakan transmisi manual sahaja.

Penyertaan pemain akan dibatalkan atas salah satu daripada dua syarat berikut: perlanggaran dengan kereta lawan, penghalang atau pembahagi jalan (remuk); atau enjin yang rosak akibat lampau panas hasil pengendalian enjin pada garisan merah pada waktu terlalu lama.

Bandar raya Olympic City

[sunting | sunting sumber]
Papan iklan di Olympic City menunjukkan peta Texas, menandakan bandar raya tersebut mungkin berada di sana.

Bandar raya di dalam Need for Speed: Underground bernama "Olympic City" seperti yang ditunjukkan di papan-papan iklan di serata bandar raya. Ia menyerupai Bandar raya New York dan Los Angeles. Beberapa mercu tanda kemudiannya kelihatan di Bayview, di dalam permainan Need for Speed: Underground 2. Adalah berkemungkinan bandar raya tersebut terletak di Texas berikutan banyak papan iklan yang memaparkan gambar yang menyerupai peta Texas.

Mercu tanda serupa

[sunting | sunting sumber]

Runut bunyi

[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan runut bunyi adalah dari tahun 2003, semasa permainan ini sedang dibangunkan.

  1. Overseer - Doomsday (3:13)*
  2. The Crystal Method - Born Too Slow (2:45)*
  3. Rancid - Out of Control (1:39)*
  4. Rob Zombie - Two-Lane Blacktop (2:54)*
  5. BT - Kimosabe (4:55)
  6. Static-X - The Only (2:51)*
  7. Element Eighty - Broken Promises (3:16)
  8. Asian Dub Foundation - Fortress Europe (3:51)
  9. Hotwire - Invisible (2:52)
  10. Story of the Year - And the Hero Will Drown (3:12)
  11. Andy Hunter - The Wonders of You (7:09)
  12. Junkie XL - Action Radius (3:54)
  13. Fuel - Quarter (3:39)
  14. Jerk - Sucked In (2:52)*
  15. Fluke - Snapshot (3:59)
  16. Lostprophets - To Hell We Ride (displayed as just "Ride") (3:40)
  17. Overseer - Supermoves (4:46)
  18. FC Kahuna - Glitterball (5:43)
  19. Blindside - Swallow (2:24)
  20. Lil Jon & the Eastside Boyz - Get Low(4:25)*
  21. Mystikal - Smashing the Gas (Get Faster) (3:09)
  22. Dilated Peoples - Who's Who (3:55)*
  23. Nate Dogg - Keep It Coming (4:18)
  24. X-ecutioners - Body Rock (3:36)
  25. Petey Pablo - Need For Speed (3:32)
  26. T.I. - 24's (4:06)*

Penerimaan serta kritikan

[sunting | sunting sumber]

Permainan ini sangat laris, dengan lebih sejuta naskhah telah terjual bagi setiap platform.

Pengkritik juga menyukai permainan ini[1], walaupun terdapat komplen asas mengenai litar yang diulang semula[2],AI yang kurang seimbang, penggunaan terlalu banyak kenderaan awam rawak, serta ketiadaan ciri atas talian untuk versi GameCube and Xbox[3].

  1. ^ Need for Speed Underground Reviews
  2. ^ Need for Speed Underground for GameCube Review - GameCube Need for Speed Underground Review
  3. ^ "GameSpy.com - Review". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-03-18. Dicapai pada 2008-06-09.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]