Ngabuburit
Ngabuburit (Bahasa Sunda: ᮍᮘᮥᮘᮥᮛᮤᮒ᮪) di Indonesia ialah tempoh ditetapkan untuk menunggu panggilan azan untuk solat sebelum berbuka puasa pada bulan Ramadhan,[1] di mana pelbagai bentuk kegiatan seperti perjalanan, bermain, berbual, mencari takjil percuma, mengunjungi pasar atau menghabiskan waktu di taman. Selain itu, aktiviti ngabuburit juga boleh berbentuk aktiviti keagamaan seperti mendengar ceramah atau membaca Al-Quran.[2][3]
Peristilahan
[sunting | sunting sumber]Menurut Lembaga Bahasa dan Sastra Sunda, ngabuburit adalah lakuran dari ungkapan ngalantung ngadagoan burit (ᮍᮜᮔ᮪ᮒᮥᮀ ᮍᮓᮌᮧᮃᮔ᮪ ᮘᮥᮛᮤᮒ᮪) yang bererti "bersantai-santai sambil menunggu waktu sore"; ia diakar daripada . kata burit ᮘᮥᮛᮤᮒ᮪) bermaksud "sore" atau "petang" yang biasa ditakrif antara usai waktu solat Asar hingga sebelum matahari terbenam.[4]
Acara seumpama
[sunting | sunting sumber]Hal ini turut diketahui dalam kalangan masyarakat Minangkabau khususnya di Limapuluh Koto dan Payakumbuh menggunakan bahasa setempat iaitu malengah puaso (Jawi: ملڠه ڤواسا ) bermaksud melakukan aktiviti untuk "melupakan atau "mengalihkan" (malengah) rasa haus dan lapar ketika berpuasa.
Dalam budaya popular
[sunting | sunting sumber]Pada 2012, rancangan televisyen hiburan bertajuk Ngabuburit ditayangkan di TransTV. Selain bahan komedi, acara ini juga menyajikan ceramah keagamaan. Pada 2018, TransTV menyiarkan acara serupa dengan judul Ngabuburit Happy.[5]
Konsert muzik pada Ramadan yang diselenggarakan pada waktu petang lazimnya menggunakan istilah "ngabuburit" seperti Ngabuburit Bersama Slank,[6] Konser Ngabuburit bersama Iwan Fals[7] dan Ngabuburit Concert with So7.[8]
Pada 2016, sebuah film pendek berjudul Ngabuburit (Waiting for Iftar) ditontonkan di Festival Filem Asia Jogja-NETPAC ke-14, dan bercerita tentang sepasang suami istri yang sedang berbincang tentang mudik sempena Aidilfitri saat menjelang buka puasa.[9]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "ngabuburit". Kamus Besar Bahasa Indonesia. Bandan Pengembangan Bahasa dan Perbukuan. Dicapai pada 8 Mei 2019.
- ^ Liputan6.com (7 Mei 2019). "Kenapa Ada Istilah Ngabuburit Saat Bulan Puasa?". Liputan6. Dicapai pada 8 Mei 2019.
- ^ "Ini Lho Asal Mula Istilah Ngabuburit yang Selalu Trend Dilakukan Setiap Ramadan. Sudah Tau Belum?". Boombastis. 30 Mei 2017. Dicapai pada 8 Mei 2019.
- ^ Times, I. D. N.; Aini, Fera Nur. "Asal-usul Kata dan Tradisi Ngabuburit, Kamu Sudah Tahu?". IDN Times (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 8 Mei 2019.
- ^ "Trans TV Hadirkan Angel Lelga dan Vicky Prasetyo dalam Ngabuburit Happy". Tabloidbintang.com (dalam bahasa Indonesia). 2018-05-08. Dicapai pada 2019-05-08.
- ^ SlankDotCom. "Konser Salam 2 Jari - Ngabuburit Bersama SLANK". Slank (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-05-08.
- ^ Liputan6.com (2013-07-02). "Candra Malik & Iwan Fals Adakan Tur Konser Ngabuburit". liputan6.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2019-05-08.
- ^ "Bandung". Sheila On 7 (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2019-05-08.
- ^ "Ngabuburit (Waiting For Iftar)". 14th Jogja-NETPAC Asian Film Festival (dalam bahasa Inggeris). 2016-11-15. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-05-08. Dicapai pada 2019-05-08. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan)