Pergi ke kandungan

Palong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Palong adalah sebuah kawasan di Negeri Sembilan yang terletak dalam daerah Jempol. Palong terdiri daripada kawasan tanah rancangan FELDA yang meliputi beberapa kelompok penempatan. Palong menghubungkan Pasir Besar, Gemas dan Bandar Muadzam Shah. Palong juga bersempadan dengan daerah Segamat, Johor di selatan dan daerah Bera, Pahang di timur. Palong turut dijadikan sebagai sebuah kawasan pilihan raya negeri yang diwakili seorang ahli Dewan Undangan Negeri.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]