Pendemokrasian
Pendemokrasian (democratization) merupakan satu proses perubahan ke arah demokrasi oleh sesebuah negara. Secara khususnya, pendemokrasian juga merujuk kepada perubahan politik ke arah demokrasi ataupun satu proses membangunkan demokrasi dalam sesebuah negara yang tidak berdemokratik.[1]
Teori-teori berkaitan dengan Pendemokrasian
[sunting | sunting sumber]Tiga gelombang pendemokrasian
[sunting | sunting sumber]Idea 'tiga gelombang demokrasi' dipelopori oleh saintis politik, Samuel Huntington dalam karyanya berjudul 'The Third Wave: Democratization in The Late Twentieth Century'. Menurut kepada Huntington, pendemokrasian merupakan satu proses peralihan yang ketara daripada rejim tidak demokratik ke rejim demokratik yang berlaku dalam tempoh masa tertentu; kebiasaanya melibatkan proses liberalisasi dalam sistem politik yang tidak berdemokrasi.[1]
- Gelombang pertama (1828-1926): Pendemokrasian dapat dilihat pada Revolusi Amerika dan Revolusi Perancis yang membawa negara-negara tersebut menjadikan model demokrasi liberal kini. Negara-negara seperti Switzerland, Great Britain, Itali, Argentina, Ireland, Sweden menjadi negara demokratik sepenuhnya dengan memperkenalkan institusi demokratik, hak mengundi, sistem pengundian tanpa nama, dan sebagainya.[1] Namun begitu, gelombang ini mengundur pada tahun 1922-1942 dimana negara-negara menggembalikan kepada sistem autrokrasi disebabkan oleh ketidakmatangan sistem politik dan demokrasi dalam negara-negara tersebut dan kemunculan ideologi-ideologi sayap kiri seperti Fascisme, Nazisme, dan Komunisme.[1]
- Gelombang kedua (1943-1962): Pendemokrasian dalam gelombang ini dapat diperlihat dalam negara-negara seperti Jerman Barat, Austria, Itali, Jepun, Korea, Brazil, Argentina, dan Peru. Pada masa ini, autokrasi ketenteraan telah dilemahkan dan negara-negara tersebut mula untuk mengadakan pilihan raya untuk membentuk kerajaan.[1] Selain itu, kewujudan Piagam Atlantik 1941 menggalakkan proses dekolonisasi dan pembentukan negara-negara baharu. Dalam proses dekolonisasi, dapat diperhatikan bahawa pelbagai usaha daripada bekas penjajah dalam mempromosikan demokrasi di negara-negara baru merdeka dengan membentuk perlembagaan, pilihan raya, referendum, dan parti politik.[1] Namun begitu, ia mengalami pengunduran pada tahun 1958-1975 apabila munculnya campur tangan tentera dalam politik.[1]
- Gelombang ketiga (1973-1990): Pendemokrasian pada tahap ini berlaku apabila pelbagai pemerintahan tentera telah ditumbangkan oleh rakyat. Perkembangan demokrasi dalam tahap ini amat luas dan berkembang di seluruh dunia sehinggalah semangat mendapatkan demokrasi membara dalam blok komunis pada hujung era Perang Dingin.[1]
Teori Keamanan Demokratik
[sunting | sunting sumber]Teori keamanan demokratik merupakan satu teori dalam bidang hubungan antarabangsa yang diketengahkan oleh aliran pemikiran Liberalis. Teori ini mengaitkan demokarsi liberal dengan keamanan dan kestabilan yang wujud dalam hubungan antarabangsa; dan berpendirian bahawa keamanan dan kestabilan dapat diwujudkan dengan pembentukan kerajaan demokratik di dunia.
Terdapat dua variasi dalam teori keamanan demokrasi; iaitu penjelasan struktural dan penjelasan normatif.[2] Dua variasi ini mempunyai perbezaan dalam ulasan mereka bahawa mengapakah keamanan dapat diwujudkan dalam dunia yang demokratik.
- Penjelasan Struktural berhujah bahawa kerajaan demokratik yang diberikan mandat rakyat daripada pilihan raya mempunyai akauntabiliti terhadap rakyat.[2] Perang antara negara tidak akan menjadi pilihan kepada kerajaan demokratik kerana risiko dan kos perang itu adalah amat membebankan dan tidak dapat tertanggung mahupun bagi kerajaan ataupun rakyat. Perang tidak akan diinginkan oleh rakyat dan kerajaan juga tidak akan mencabuli mandat rakyat.
- Penjelasan Normatif pula berhujah bahawa keamanan dunia dapat diwujudkan atas sebab budaya demokrasi itu sendiri. Hal ini adalah demikian kerana budaya demokrasi menggalakkan cara damai dalam penyelesaian konflik.[2] Demokrasi yang diamalkan dalam negara melangkaui sempadan; di mana dalam hubungan antarabangsa, menurut kepada teori ini, negara-negara demokratik yang melibatkan dalam sesuatu konflik berfikiran sama untuk menyelesaikan konflik secara aman kerana kepercayaan terhadap demokratik.[2]
Teori Keamanan Demokrasi ini berasalkan daripada Immanual Kant dalam karyanya yang berjudul 'Perpetual Peace'. Dalam karya tersebut, Kant mengetengahkan perluasan demokrasi sejagat dapat menghasilkan keamanan antarabangsa yang lebih besar sekiranya berlangsung selari dengan kebergantungan ekonomi dan pengukuhan organisasi antarabangsa.[2]
Tiga Peringkat Revolusi
[sunting | sunting sumber]Idea 'Tiga Peringkat dalam Revolusi' diketengahkan oleh Sun Yat-sen sebagai panduan revolusi yang dipimpin di bawah beliau. Sun Yat-sen mengutarakan bahawa terdapat tiga peringkat untuk mentransformasikan negara China dari sistem monarki kepada republik (dari dinasti Qing ke pengenalan Republik China). Ini adalah selaras dengan teori pendemokrasian; khususnya kedua-dua idea ini berhujah untuk membawa negara ke arah demokrasi.
Menurut kepada Sun Yat-sen, tiga peringkat tersebut ialah peringkat kerajaan tentera, kerajaan peralihan (in transition), dan kerajaan demokratik.[3] Beliau mengatakan bahawa pencapaian demokrasi bukanlah dapat dilaksanakan semalaman. Pada peringkat pertama iaitu kerajaan tentera, Sun juga mengenali sebagai zaman kemusnahan; di mana pada tahap ini, undang-undang tentera perlu diperkenalkan untuk mengekang sebarang kuasa penentangan dan melaksanakan transformasi masyrakat; contohnya,menghapuskan amalan-amalan negatif seperti rasuah, hamba, dan candu.[3] Pada peringkat kedua iaitu kerajaan peralihan,juga dikenali sebagai fasa asuhan ataupun tunjuk ajar politik. Dalam fasa ini, perlembagaan ataupun undang-undang baharu akan digubal dalam peringkat provinsi dan penyertaan politik daripada rakyat adalah amat digalakkan.[3] Akhir sekali, pada peringkat ketiga, juga dikenali sebagai tahap pembinaan semula, sebuah pemerintahan berperlembagaan akan diperkenalkan.[3] Rakyat akan menikmati hak untuk mengundi dan menghantar wakil rakyat ke dalam sistem perundangan.
Haruslah mengetahui idea ini dipelopori oleh Sun Yat-sen dan idea ini berdasarkan konteks negara China pada awal abad ke-20. Tiga tahap ini yang meliputi zaman kemusnahan sistem tradisional dan zaman pembinaan semula yang memperkenalkan sistem moden diperkenalkan oleh Sun Yat-sen sebagai panduan untuk memimpin gerakan revolusi sehingga mempraktikkan sistem demokrasi di China.
Cabaran pendemokrasian
[sunting | sunting sumber]Pendemokrasian sukar dilakukan khususnya di negara pasca konflik yang baru mengalami peperangan. Beberapa cabaran yang dikenal pasti ialah:
(i) demografik yang merumitkan- kemiskinan, etnik yang berpecah-belah, sistem sosial yang berstrata;
(ii) membentuk institusi perwakilan- penindasan menggunakan kekerasan sering berlaku dan kuasa tertumpu pada sebahagian elit;
(iii) pembentukan perlembagaan- pecahan sosial berlaku dan pelbagai pihak tidak ingin bersetuju sesama lain dan berkompromi;
(iv) pembangunan pertubuhan-pertubuhan kemasyarakatan- kebiasaanya pertubuhan kemasyarakatan yang menyuara untuk rakyat adalah bawah tanah dan diusir ke luar negeri kerana ditindas oleh pemegang kuasa;
(v) penubuhan media bebas- kawalan terhadap media biasanya dikenakan oleh kerajaan untuk mengawal saluran maklumat bagi pengukuhan kuasa;
(vi) mengadakan pilihanraya- pilihan raya dalam masyrakat demokrasi yang tidak matang mungkin megakibatkan pecah-belahan masyarakat dan keganasan.[4]
Oleh itu, sekiranya pendemokrasian ingin dilaksanakan dalam sesebuah negara, kerajaan perlu mengambil langkah proaktif untuk mengatasi cabaran-cabaran di atas.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d e f g h Mohd Irwan Syazli Saidin. (2021). The Third Wave: Democratization in the Late Twentieth Century. (Book review). Journal of Nusantara Studies, 6(1), 394-400. http://dx.doi.org/10.24200/jonus.vol6iss1pp394-400
- ^ a b c d e Placek, K. (2012). The Democratic Peace Theory. E-International Relations. https://www.e-ir.info/2012/02/18/the-democratic-peace-theory/
- ^ a b c d Sun Yat-sen. (1918). Selections from A Program of National Reconstruction: “The Three Stages of Revolution. http://afe.easia.columbia.edu/ps/cup/sun_yatsen_revolution.pdf
- ^ Dobbins, J., Jones, S. G., Crane, K., & DeGrasse, B. C. (2007). Democratization. In The Beginner’s Guide to Nation-Building (pp. 189–212). RAND Corporation. http://www.jstor.org/stable/10.7249/mg557srf.17