Pergi ke kandungan

Penentu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Penentu, juga dikenali sebagai determinatif, taksogram atau semagram, ialah lambang yang digunakan dalam sistem tulisan logogram untuk menandakan kategori makna perkataan untuk menyahkaburkan maksud aksara itu. Ia tidak digunakan dalam pertuturan namun ia mungkin pernah berasal daripada simbol-simbol yang mewakili perkataan sebenar, dan fungsinya adalah seperti penjodoh bilangan dalam bahasa isyarat dan Asia Timur.[1][2] Contohnya, hieroglif penentu Mesir purba termasuk simbol untuk dewa, orang, anggota badan, binatang, tumbuhan dan buku/idea-idea abstrak, membantu dalam bacaan tetapi tidak dilafazkan.

Tulisan pepaku

[sunting | sunting sumber]

Dalam teks pepaku bahasa Sumeria, Akkadia dan Het, banyak kata nama didahului atau diikuti perkataan Sumeria yang bertindak sebagai penentu; ini menyatakan kumpulan semantik mana perkataan itu tergolong.[1] Penentu-penentu ini tidak dilafazkan. Dalam transliterasi bahasa Sumeria, penentu ditulis dalam superskrip dalam huruf kecil. Sama ada tanda yang diberikan ialah penentu semata-mata (tidak disebut) atau Sumerogram (ejaan logografik perkataan yang menandakan perkataan itu perlu disebut) tidak selalu dapat ditentukan kerana ia tidak konsisten.

Contoh:[1][3]

  • 𒁹 (1 atau m) untuk nama khas lelaki
  • 𒊩 (f) untuk nama khas perempuan
  • 𒄑 (GIŠ) untuk pokok dan semua barang daripada kayu
  • 𒆳 (KUR) untuk negeri
  • 𒌷 (URU) untuk bandar (tetapi juga biasa hadir selepas KI)
  • 𒇽 () untuk orang dan pekerjaan
  • 𒇽𒈨𒌍 (.MEŠ) untuk kaum atau ramai orang
  • 𒀭 (DINGIR atau d) untuk dewa dan tuhan-tuhan lain
  • 𒂍 (É) untuk bangunan dan kuil
  • 𒀯 (MUL) untuk bintang dan buruj
  • 𒀀𒇉 (ÍD) (ligatur A dan ENGUR, ditransliterasi: A.ENGUR) sebelum terusan atau sungai dalam teks-teks pentadbiran
  • 𒄷 (MUŠEN) untuk burung.

Dalam hieroglif Mesir Purba, penentu hadir di akhir perkataan. Hampir setiap perkataan – kata nama, kata kerja dan kata sifat – mempunyai penentu, sesetengahnya agak spesifik: "Barli Mesir Hulu" atau "benda yang dikumuhkan". Ia dipercayai digunakan sebagai pembahagi perkataan seperti untuk menyahkaburkan makna. Contohnya termasuk 𓀀 (lelaki), 𓁐 (wanita) dan 𓀭 (dewa/raja).

Penentu biasanya tidak ditranskripsikan tetapi apabila ditranskripsikan, ia ditranskripsikan mengikut nombornya dalam Senarai Tanda Gardiner .

Lebih kurang 90%[perlu rujukan] aksara Cina terdiri daripada gabungan penentu dan fonetik; unsur fonetik dan penentu (dipanggil radikal) digabungkan untuk membentuk satu aksara tunggal. Makna dan sebutan aksara telah berubah selepas beribu tahun, sehingga unsur penentu dan unsur fonetik tidak dapat menolong dalam sebutan atau bacaan secara konsisten; namun begitu, radikal masih penting untuk pengindeksan aksara seperti dalam kamus.

  1. ^ a b c Edzard, 2003. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "DOE" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  2. ^ Rude, Noel, "Graphemic classifiers in Egyptian hieroglyphics and Mesopotamian cuneiform", dalam Noun Classes and Categorization, disunting oleh Colette G. Craig, m/s 133-138. Amsterdam: John Benjamins, 1986.
  3. ^ Hayes, John L., "A Manual of Sumerian Grammar and Texts", Undena Publications, 2000

Edzard, Dietz Otto (2003). Sumerian Grammar. Handbook of Oriental Studies. 71. Atlanta: Society of Biblical Literature. ISBN 1-58983-252-3.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]