Pergi ke kandungan

Pengenalan frekuensi radio

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pengenalan frekuensi radio (radio frequency identification, RFID) menggunakan medan elektromagnet untuk mengenalpasti dan mengesan tag bermaklumat elektronik dalam cip kecil[1] yang dipautkan bersama objek secara automatik. Tag ini tidak perlu berada pada aras atau arah yang selari dengan pembaca sepertimana yang difungsikan barkod, agar ia dapat ditempel pada objek yang ingin dikesan. Ia beroperasi menggunakan gelombang radio.[1]

Tag ini digunakan dalam banyak industri, misalnya untuk menjejaki pergerakan komponen pembuatan yang sedang dikilangkan; penyimpanan bahan farmaseutikal di gudang-gudang mahupun dalam implan haiwan-haiwan ternakan dan peliharaan untuk pengenalpastian segera.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]