Perbincangan:Perak iodida
Penampilan
Fakta daripada Perak iodida muncul di Laman Utama dalam ruangan Tahukah Anda? dalam kategori Kimia pada minggu 4 tahun 2014. (periksa kesahihan). Teks masukkan adalah seperti berikut: Tahukah anda
|
Laman ini ialah laman perbincangan untuk membincangkan penambahbaikan pada rencana Perak iodida. Laman ini bukan forum untuk perbincangan biasa topik rencana. |
Polisi rencana
|
Cari sumber: Google (buku · berita · surat khabar · sarjana · imej percuma · ruj WP) · FENS · JSTOR · NYT · TWL |
Perak iodida
@PeaceSeekers Penamaan halaman ini saya lebih cenderung memilih "Argentum Iodida" berbanding "Perak Iodida" keranama namanya lebih saintifik dan yang paling biasa digunakan dalam sumber perubatan terkini. Nama-nama alternatif boleh dinyatakan dalam pendahuluan. (Rujuk: Wikipedia:Manual gaya penulisan/Rencana berkenaan perubatan) - CyberTroopers bincang/sumbangan 09:07, 16 Mac 2024 (UTC)
- Menarik, cuma kadangkala, walaupun sebatian ini banyak digunakan dalam perubatan, ia juga perlu dilihat dari konteks luar perubatan juga. Melainkan kalau sebatian ini semata-mata merupakan ubat, tak menjadi masalah. Saya lihat sebatian ini sebagai sebatian kimia berbanding ubat semata-mata.
- Satu lagi hal, memang saya sudah agak lama kepeningan pasal nama sebatian kimia ni ("perak" lwn. "argentum", "emas" lwn. "aurum", dsb.), mungkin sejak saya belajar asas kimia di sekolah lima tahun dulu. Mungkin tiba masanya untuk kita kena selaraskan ini akhirnya. Tajuk nama sebatian nak letak apa, nama kategori, templat pula bagaimana. Perlukah kita selaraskan dengan nama induk unsur kimia dsb.
- (Untuk rujukan jugaː @Hakimi97 yang ciptakan rencana Perak nitrat hari tu.) PEACE SΞΞKΞRS [Bincang] 10:43, 17 Mac 2024 (UTC)
- Berkenaan hal ini, kalau ikut prinsip yang asal, saya berpendapat antara argentum iodida-argentum nitrat atau perak iodida-perak nitrat saya lebih cenderung untuk mengutamakan argentum iodida-argentum nitrat, kerana kalau ikutkan rujukan PRPM pertama dan rujukan PRPM kedua semua istilah kimia cenderung kepada bentuk argentum iodida-argentum nitrat.
- Namun begitu, saya sebenarnya kurang gembira dengan kaedah sedemikian kerana kita jangan lupa pula yang Wikipedia ialah bahan bacaan untuk tatapan umum bukannya sebagai bahan rujukan untuk ahli akademik, maka perlunya ada penggunaan istilah yang lebih mesra pengguna awam seperti yang berlaku dalam bahasa Inggeris. Jika ada istilah yang lebih disetempatkan kepada orang ramai, mengapa kita tidak cuba memperkenalkan istilah yang lebih mudah dikenali orang ramai, seperti emas menggantikan aurum, tembaga menggantikan kuprum, perak menggantikan argentum, besi(III)/besi(II) menggantikan ferik/ferus dan sebagainya? Makanya, saya berpendapat ada keperluan meletakkan nama alternatif perak iodida-perak nitrat di belakangnya, contoh:
- Argentum nitrat (juga dikenali sebagai perak nitrat) ialah sebatian bukan organik...
- Argentum iodida (juga dikenali sebagai perak iodida) ialah sebatian bukan organik...
- Senang cerita, pada pandangan peribadi saya, kedua-dua bentuk istilah ini ada keperluan wujud secara serentak pada ayat pertama rencana Wikipedia itu sendiri. محمد حكيمي (bincang) 18:12, 17 Mac 2024 (UTC)