Pertempuran Okinawa
Untuk filem, sila lihat Battle of Okinawa (filem).
Pertempuran Okinawa | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Kancah Pasifik dalam Perang Dunia II | |||||||||
Marin AS dari Batalion Ke-2, Marin Pertama di Wana Ridge membuat tembakan covering dengan submesingan Thompsonnya, 18 Mei 1945. | |||||||||
| |||||||||
Pihak yang terlibat | |||||||||
Angkatan Darat: Amerika Syarikat Sokongan Laut: Amerika Syarikat United Kingdom Kanada New Zealand Australia | Jepun | ||||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||||
Simon Bolivar Buckner Jr. † Claudius Miller Easley † Roy Geiger Joseph Stilwell Chester Nimitz Raymond A. Spruance William Halsey |
Mitsuru Ushijima † Isamu Chō † Minoru Ōta † Seiichi Itō † Hiromichi Yahara # | ||||||||
Unit terlibat | |||||||||
Unit-unit darat: Unit-unit laut: |
Unit-unit darat:
Unit-unit laut: Armada Ke-2 Armada Gabungan | ||||||||
Kekuatan | |||||||||
541,000 dalam Tentera Darat Kesepuluh 183,000 askar tempur[2] meningkat kepada c. 250,000[3] |
76,000 askar Jepun, 20,000 askar kerahan Okinawa[4] | ||||||||
Kerugian dan korban | |||||||||
Material: 12 kapal pembinasa tenggelam 15 kapal amfibia tenggelam 9 kapal lain tenggelam 386 kapal rosak 763[11]-768[12] pesawat 225 kereta kebal |
Anggota tentera Jepun: Dari 77,166[13] hingga 110,000 terbunuh (anggaran AS)[14] Lebih dari 7,000 ditawan[14] Material: 1 kapal tempur tenggelam 1 kruiser tenggelam 5 pembinasa tenggelam 9 kapal perang lain tenggelam 1,430 pesawat musnah[15] 27 kereta kebal musnah 1,712 laras artileri, meriam anti-kereta kebal, dan meriam anti-pesawat[16] | ||||||||
40,000–150,000 orang awam terkorban dari jumlah 300,000[14] |
Pertempuran Okinawa (Jepun: 沖縄戦 , Hepburn: Okinawa-sen) (Templat:Lang-ryu), nama kod Operasi Iceberg,[17] adalah satu pertempuran utama Perang Pasifik yang berlaku di pulau Okinawa antara pasukan Marin dan Tentera Darat A.S. dengan Tentera Darat Imperial Jepun.[18] Penyerbuan awal Okinawa pada 1 April 1945, merupakan serangan amfibia terbesar dalam Kancah Pasifik semasa Perang Dunia II.[19][20] Pertempuran selama 82 hari ini berlangsung dari 1 April sehingga 22 Jun 1945. Selepas kempen melompat pulau yang panjang, pihak Bersekutu merancang untuk menggunakan Okinawa, sebuah pulau besar yang jauhnya hanya 340 bt (550 km) dari tanah besar Jepun, sebagai pangkalan bagi operasi udara untuk penyerbuan yang dirancang ke atas tanah besar Jepun.
Pihak Amerika menubuhkan Tentera Darat Kesepuluh, sebuah ketumbukan yang mengandungi Divisyen Infantri Ke-7, Ke-27, Ke-77, dan Ke-96 A.S. bersama Divisyen Marin Pertama, Ke-2, dan Ke-6, untuk bertempur di pulau itu. Tentera Darat Kesepuluh adalah unik kerana ia mempunyai tentera udara taktikal (pasukan Tentera Darat-Marin bersama) sendiri, dan juga disokong oleh pasukan gabungan laut dan amfibia.
Pertempuran ini disebut sebagai "taufan besi" dalam bahasa Inggeris, dan tetsu no ame ("hujan besi") atau tetsu no bōfū ("angin ganas") dalam bahasa Jepun.[21][22][23] Nama samaran ini merujuk kepada keganasan pertempuran, intensiti serangan kamikaze Jepun, dan sejumlah kapal Bersekutu dan kenderaan berperisai yang menyerang pulau itu. Pertempuran ini merupakan antara yang paling berdarah di Pasifik, dengan kira-kira 160,000+ kasualti dikedua-dua belah pihak: 75,682 Sekutu dan 84,166-117,000+ Jepun,[24] termasuk mengerah orang Okinawa memakai uniform Jepun.[14] 149,425 orang Okinawa terbunuh, membunuh diri atau hilang, sebahagian besar daripada 300,000 penduduk tempatan pra-perang.[24]
Dalam operasi tentera laut semasa pertempuran tersebut, kedua-dua belah pihak kehilangan banyak kapal dan pesawat, termasuk kapal tempur gergasi Jepun Yamato. Selepas pertempuran itu, Okinawa menyediakan tempat berlabuh armada, tempat penempatan trup, dan lapangan terbang berdekatan dengan Jepun sebagai persediaan untuk penyerbuan yang dirancang.
Bagi pihak Amerika, Okinawa merupakan batu loncatan utama bagi mengalahkan Empayar Jepun. Pendaratan yang berjaya di pulau Okinawa oleh tentera Amerika akan memberikan satu pangkalan udara dan kemudahan angkatan laut yang akan membolehkan serangan ke pulau besar Jepun itu sendiri. Bagi orang-orang Jepun pula, penubuhan pangkalan yang sangat dekat dengan pusat kerajaan akan menjejaskan kemampuan angkatan bersenjata mereka untuk mempertahankan tanah air. Kejatuhan pulau itu juga akan menghalang aliran kritikal petroleum ke Jepun dari Borneo, Sumatra, dan Burma.
Okinawa adalah pulau terbesar dan paling padat penduduknya di rantai Ryukyu, kira-kira 380 batu di barat daya Pulau Jepun di Kyushu. Dengan keluasan 485 batu persegi, Okinawa kira-kira 60 batu panjang dengan lebar 2 hingga 18 batu. Kawasan timur laut pulau ini sangat lasak, bergunung-ganag, berhutan, dan kurang berpenduduk.
Pada tahun 1945 penduduk Okinawa dianggarkan kira-kira 500,000, dua pertiga daripadanya tinggal di selatan sepertiga pulau itu. Tidak seperti utara, kawasan selatan mempunyai kawasan terbuka yang sesuai untuk penanaman. Sebelum Perang Dunia II, orang Okinawa mengekalkan masyarakat pertanian yang sebahagian besarnya kawasan pedalaman. Penduduk pulau itu memancing dan menanam tebu, ubi jalar, nasi, dan kacang soya. Mereka cenderung menumpukan perhatian di kampung-kampung kecil daripada di bandar-bandar besar. Ibadat tauhid mendominasi amalan keagamaan mereka, dan makam nenek moyang itu memenuhi kawasan desa.
Senarai tempur
[sunting | sunting sumber]Pihak Bersekutu
[sunting | sunting sumber]Pasukan Petugas Pasifik Tengah (Armada Kelima) dibawah Laksamana Raymond Spruance:
- Pasukan Pelindung dan Kumpulan Khas (Pasukan Petugas 50) secara langsung dibawah Spruance:
- Pasukan Pengangkut Laju (TF 58) dibawah Laksamana Madya Marc A. Mitscher bersama 88 kapal (termasuk 11 kapal pengangkut pesawat, 6 kapal pengangkut ringan, 7 kapal tempur dan 18 kruiser);[25]
- Pasukan Pengangkut British (TF 57) dibawah Laksamana Madya Sir Bernard Rawlings bersama 4 kapal pengangkut, 2 kapal tempur, 5 kruiser, 14 kapal pembinasa dan tren armada;[25]
- Pasukan Ekspedisi Bersama (TF 51) dibawah Laksamana Madya Richmond K. Turner (yang memegang jawatan Panglima, Pasukan Amfibia, Pasifik):[26]
- Pasukan Bantuan Amfibia (TF 52) dibawah Laksamana Muda William H. P. Blandy:[26]
- TG 52.1: 18 kapal pengangkut pengiring bersama 450 pesawat;[26]
- Kumpulan Pengangkut Pengiring Sl: 4 kapal pengiring bersama Grup 31 Pesawat Marin dan Grup 33 Pesawat Marin;[26]
- Flotila Periuk Api (TG 52.2)
- Flotila Pemusnahan Bawah Laut (TG 52.11): 10 100 anggota UDT di atas kapal pengiring pembinasa[26]
- 170 kapal pendaratan sokongan
- Kumpulan Serangan Western Islands (TG 51.1) dibawah Laksamana Muda Ingolf N. Kiland bersama Divisyen Ke-77 Infantri, 17 kapal serangan dan pengangkut kargo, 56 LST dan kapal-kapal sokongan;[26]
- Pasukan Serangan Utara (TF 53) dibawah Laksamana Muda Lawrence F. Reifsnider, Panglima Kumpulan 4 Amfibia, diatas USS Panamint (AGC-13) bersama Kor III Amfibia (Mejar Jeneral Roy Geiger) diatas 40+ kapal serangan dan pengangkut kargo, 67 LST dan kapal-kapal bantuan;[26]
- Pasukan Serangan Selatan (TF 55) dibawah Laksamana Muda John L. Hall bersama Kor XXIV (Mejar Jeneral John R. Hodge);[26]
- Kumpulan Demonstrasi (TG 51.2) bersama Divisyen Ke-2 Marin (Mejar Jeneral Thomas E. Watson);[26]
- Kumpulan Tembakan dan Bantuan Perlindungan (TF 54) dibawah Laksamana Muda Morton L. Deyo bersama 10 kapal tempur lama, 11 kruiser dan 30 pembinasa.[27]
- Pasukan Ekspedisi (TF 56) dibawah Leftenan Jeneral Simon Bolivar Buckner, Jr. bersama Tentera Darat Ke-10.[26]
- Pasukan Bantuan Amfibia (TF 52) dibawah Laksamana Muda William H. P. Blandy:[26]
TF 56 merupakan pasukan terbesar dalam TF 50 dan ditubuhkan bersama Tentera Darat Ke-10. Ketumbukan ini mempunyai 2 kor dibawah pemerintahannya: iaitu Kor III Amfibia, mengandungi Divisyen Pertama dan Ke-6 Marin, dan Kor XXIV, mengandungi Divisyen Ke-7 dan Ke-96 Infantri. Divisyen Ke-2 Marin adalah pasukan simpanan luar pantai, dan Tentera Darat Ke-10 juga mengawal Divisyen Ke-27 Infantri, ditugaskan sebagai pasukan garison, dan Divisyen Ke-77 Infantri.[28]
Keseluruhannya, Tentera Darat ini mempunyai lebih 102,000 askar (dari jumlah ini, 38,000+ adalah artileri bukan divisyen, bantuan tempur dan trup Markas, dengan 9,000 askar cabang lain),[26] lebih 88,000 askar Marin dan 18,000 anggota tentera laut (kebanyakannya Seabee dan anggota perubatan).[28] Pada permulaan Pertempuran Okinawa, Tentera Darat Ke-10 mempunyai 182,821 anggota dibawah pemerintahannya.[28] Ia dirancang bahawa Jeneral Buckner akan melapor kepada Turner sehingga fasa amfibia selesai, selepas itu beliau akan melapor terus kepada Spruance.
Walaupun angkatan darat Bersekutu terdiri sepenuhnya dari unit-unit Amerika, Armada Pasifik British (BPF; dikenali oleh Tentera Laut AS sebagai Pasukan Petugas 57) menyediakan kira-kira ¼ daripada kuasa udara tentera laut Bersekutu (450 pesawat). Ia terdiri dari sebuah pasukan yang mengandungi 50 kapal perang, 17 darinya adalah kapal pengangkut pesawat; manakala geladak penerbangan berperisai British bermakna sedikit pesawat yang boleh dibawa dalam sebuah kapal pengangkut pesawat, mereka lebih tahan dari serangan kamikaze.[perlu rujukan]
Walaupun semua kapal pengangkut pesawat disediakan oleh pihak Britain, kumpulan pengangkut adalah armada gabungan Negara-Negara Komanwel bersama kapal dan anggota British, Kanada, New Zealand dan Australia.[perlu rujukan] Misi mereka adalah untuk meneutralkan lapangan terbang Jepun di Pulau Sakishima dan menyediakan perlindungan udara terhadap serangan kamikaze Jepun. Kebanyakan pesawat pejuang dan pesawat pengebom junam kecil dan pesawat serangan adalah pesawat Tentera Laut AS yang berpangkalan di laut.
Pihak Jepun
[sunting | sunting sumber]Kempen ketenteraan darat Jepun (terutamanya defensif) telah dilakukan oleh 67,000 askar (77,000 menurut beberapa sumber) Tentera Darat Ke-32 dan sejumlah 9,000 askar Tentera Laut Imperial Jepun (IJN) di pangkalan laut Oroku (hanya beberapa ratus orang yang dilatih dan dilengkapi untuk pertempuran darat), dibantu oleh 39,000 kerahan tempatan orang Ryukyu (termasuk 24,000 orang dikerah secara tergesa-gesa militia barisan belakang yang dipanggil Boeitai dan 15,000 buruh tanpa uniform). Pihak Jepun menggunakan taktik kamikaze sejak Pertempuran Teluk Leyte, tetapi buat pertama kalinya, mereka menjadi pasukan yang bertahan. Di antara pendaratan Amerika pada 1 April dan 25 Mei tujuh serangan besar kamikaze telah dibuat, membabitkan lebih kurang 1,500 kapal terbang.
Tentera Darat Ke-32 pada awalnya terdiri daripada Divisyen Ke-9, Ke-24, dan Ke-62, dan Briged Ke-44 Campuran. Divisyen Ke-9 telah dipindahkan ke Taiwan sebelum penyerbuan itu, mengakibatkan perubahan dalam rancangan pertahanan Jepun. Pertempuran utama di bahagian selatan akan dipimpin oleh Jeneral Mitsuru Ushijima, ketua stafnya, Leftenan Jeneral Isamu Chō dan ketua operasinya, Kolonel Hiromichi Yahara. Yahara menganjurkan strategi bertahan, manakala Chō menganjurkan satu strategi menyerang.
Di bahagian utara, Kolonel Takehido Udo pula memerintah. Pasukan IJN dipimpin oleh Laksamana Muda Minoru Ōta. Mereka menjangkakan pihak Amerika akan mendaratkan 6–10 divisyen menentang garison Jepun yang mengandungi dua dan setengah divisyen. Staf mereka mempertaruhkan jumlah senjata yang berkualiti tinggi dan memberikan setiap divisyen AS dengan lima atau enam kali kuasa tembakan sebuah divisyen Jepun. Untuk ini, akan ditambah kuasa tembakan yang besar dari laut dan udara Amerika.
Penggunaan tentera kanak-kanak
[sunting | sunting sumber]Di pulau Okinawa, budak lelaki sekolah menengah telah disusun kedalam perkhidmatan barisan hadapan Tekketsu Kinnōtai, manakala pelajar Himeyuri telah diatur kedalam unit rawatan.[29]
Tentera Darat Imperial Jepun mengerah 1,780 budak lelaki sekolah menengah yang berumur 14–17 tahun kedalam pasukan barisan depan. Mereka telah dinamakan "Tekketsu Kinnōtai" (ja:鉄血勤皇隊, Kor Imperial Besi dan Darah). Pengerahan ini telah dibuat oleh bahagian ordinan Kementerian Tentera Darat, bukan oleh undang-undang.
Bahagian ordinan mengerah pelajar sebagai askar sukarelawan. Pada hakikatnya, pihak berkuasa tentera mengarah sekolah-sekolah untuk memaksa semua pelajar "bersukarela" sebagai askar. Kadang-kala mereka memalsukan dokumen yang diperlukan. Kira-kira separuh daripada Tekketsu Kinnōtai terkorban, termasuk dalam serangan bom berani mati ke atas kereta kebal, dan dalam operasi gerila.
Selepas kalah Pertempuran Okinawa, kerajaan Jepun membuat undang-undang baru sebagai persediaan untuk pertempuran terakhir di tanah besar Jepun. Undang-undang ini menjadikan kanak-kanak lelaki yang berumur 15 tahun ke atas dan kanak-kanak perempuan berumur 17 tahun ke atas di kerah ke dalam pasukan barisan hadapan.
-
Askar-askar remaja Tekketsu Kinnōtai
-
Gambar rajah tentera AS di terowong defensif dan pangkalan bukit Jepun
-
Selaras meriam 150mm Type 89 tersembunyi dalam sistem pertahanan gua
-
Peta lapangan terbang Okinawa, 1945
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Chapter XVIII: The Battle Ends". army.mil. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-31. Dicapai pada October 23, 2015.
- ^ Bill Sloan: The Ultimate Battle pg. 18
- ^ Keegan: The Second World War pg. 567
- ^ Hastings: Retribution pg. 370
- ^ a b Keegan: The Times Atlas of the Second World War pg. 169
- ^ The National Archives: Heroes and Villains. Retrieved July 22, 2015.
- ^ William T. Garner: Unwavering Valor ch. 12.
- ^ Frank 1999, m/s. 71.
- ^ The National Archives: Heroes and Villains. Retrieved July 22, 2015.
- ^ Garner: Unwavering Valor ch. 12.
- ^ Keegan: The Second World War pg. 573
- ^ "The Battle of Okinawa", Retrieved December 28, 2015.
- ^ "The Cornerstone of Peace." Kyushu-Okinawa Summit 2000: Okinawa G8 Summit Host Preparation Council, 2000. Retrieved December 9, 2012. "The Cornerstone of Peace - number of names inscribed". Okinawa Prefecture. Diarkibkan daripada yang asal pada September 27, 2011. Dicapai pada February 4, 2011. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ a b c d Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamamcg
- ^ Giangreco Hell to Pay (2009) pg. 91
- ^ The Last Battle pp. 91-92 Retrieved 11/20/2017
- ^ "Planning Iceberg, Chp 2 of Okinawa: Victory in the Pacific by Major Chas. S. Nichols, Jr., USMC and Henry I. Shaw, Jr". Historical Section, Division of Public Information, US Marine Corps. Diarkibkan daripada yang asal pada April 13, 2010. Dicapai pada May 7, 2010. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ Feifer 2001 pages 99-106
- ^ "The United States Navy assembled an unprecedented armada in March and April 1945". Militaryhistoryonline.com. Dicapai pada May 6, 2012.
- ^ "The American invasion of Okinawa was the largest amphibious invasion of all time". Historynet.com. Diarkibkan daripada yang asal pada March 28, 2008. Dicapai pada May 6, 2012. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ "Okinawa: The Typhoon of Steel". American Veterans Center. April 1, 1945. Dicapai pada October 12, 2013.
- ^ At 60th anniversary, Battle of Okinawa survivors recall 'Typhoon of Steel' - News - Stripes, Allen, David; Stars and Stripes; April 1, 2005.
- ^ John Pike. "Battle of Okinawa". Globalsecurity.org. Dicapai pada October 12, 2013.
- ^ a b "The Cornerstone of Peace: Number of Names Inscribed". Okinawa Prefecture. Dicapai pada May 22, 2017.
- ^ a b Rottman, Gordon (2002). Okinawa 1945: The Last Battle. Osprey Publishing. m/s. 38. ISBN 1-84176-546-5.
- ^ a b c d e f g h i j k Rottman, Gordon (2002). Okinawa 1945: The Last Battle. Osprey Publishing. m/s. 39. ISBN 1-84176-546-5.
- ^ "Task Force 54". Pacific.valka.cz. Dicapai pada May 6, 2012.
- ^ a b c Rottman, Gordon (2002). Okinawa 1945: The Last Battle. Osprey Publishing. m/s. 40. ISBN 1-84176-546-5.
- ^ Huber, Thomas M."Japan's Battle of Okinawa, March–June 1945". Diarkibkan daripada yang asal pada February 14, 2009. Dicapai pada July 11, 2014. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan), Command and General Staff College
Sumber
[sunting | sunting sumber]Sumber kedua
[sunting | sunting sumber]- Appleman, Roy Edgar; Burns, James M.; Gugeler, Russel A.; Stevens, John (1948). Okinawa: The Last Battle. Washington DC: United States Army Center of Military History. ISBN 1-4102-2206-3. full text online
- Astor, Gerald (1996). Operation Iceberg: The Invasion and Conquest of Okinawa in World War II. Dell. ISBN 0-440-22178-1.
- Frank, Richard B. (1999). Downfall: The End of the Imperial Japanese Empire. Random House. ISBN 978-0-679-41424-7.CS1 maint: ref=harv (link)
- Feifer, George (2001). The Battle of Okinawa: The Blood and the Bomb. The Lyons Press. ISBN 1-58574-215-5.
- Fisch Jr., Arnold G. Ryukyus. World War II Campaign Brochures. Washington D.C.: United States Army Center of Military History. ISBN 0-16-048032-9. CMH Pub 72-35. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-05. Dicapai pada 2017-11-26.
- Gandt, Robert (2010). The Twilight Warriors. Broadway Books. ISBN 978-0-7679-3241-7.
- Hallas, James H. (2006). Killing Ground on Okinawa: The Battle for Sugar Loaf Hill. Potomac Books. ISBN 1-59797-063-8.
- Hastings, Max (2007). Retribution – The Battle for Japan, 1944–45. New York: Alfred A. Knopf. ISBN 978-0-307-26351-3.CS1 maint: ref=harv (link)
- Morison, Samuel Eliot (2002). Victory in the Pacific, 1945, vol. 14 of History of United States Naval Operations in World War II. Champaign, Illinois, USA: University of Illinois Press. ISBN 0-252-07065-8.
- Nichols, Charles Sidney; Henry I. Shaw Jr. (1989). Okinawa: Victory in the Pacific. Battery Press. ASIN B00071UAT8.
- Rottman, Gordon (2002). Okinawa 1945: The last Battle. Osprey Publishing. ISBN 1-84176-546-5.
- Sloan, Bill (2007). The Ultimate Battle: Okinawa 1945—The Last Epic Struggle of World War II. Simon & Schuster. ISBN 0-7432-9246-4.
- Zaloga, Steven J. Japanese Tanks 1939–45. Osprey, 2007. ISBN 978-1-84603-091-8.
Sumber utama
[sunting | sunting sumber]- Buckner, Simon Bolivar, Jr. and Joseph Stilwell. Seven Stars: The Okinawa Battle Diaries of Simon Bolivar Buckner, Jr. and Joseph Stilwell ed. by Nicholas Evan Sarantakes (2004) excerpt and text search
- Lacey, Laura Homan (2005). Stay Off The Skyline: The Sixth Marine Division on Okinawa—An Oral History. Potomac Books. ISBN 1-57488-952-4.
- Manchester, William (1980). Goodbye, Darkness: A Memoir of the Pacific War. Boston, Toronto: Little, Brown and Co. ISBN 0-316-54501-5.
- Sledge, E. B.; Fussell, Paul (1990). With the Old Breed: At Peleliu and Okinawa. Oxford University Press. ISBN 0-19-506714-2., famous Marine memoir
- Yahara, Hiromichi (2001). The Battle for Okinawa. John Wiley & Sons. ISBN 0-471-18080-7.-Firsthand account of the battle by a surviving Japanese officer.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Pertempuran Okinawa |
- Dyer, George Carroll (1956). "The Amphibians Came to Conquer: The Story of Admiral Richmond Kelly Turner". United States Government Printing Office. Diarkibkan daripada yang asal pada May 21, 2011. Dicapai pada May 5, 2011. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - Huber, Thomas M. (Mei 1990). "Japan's Battle of Okinawa, April–June 1945". Leavenworth Papers. United States Army Command and General Staff College. Diarkibkan daripada yang asal pada December 16, 2006. Dicapai pada November 20, 2006. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - Satu klip filem "footage from the National Archives.By Sgt. Rhodes" boleh didapati dengan muat turun percuma di Arkib Internet [more]
- Satu klip filem "Landings On Okinawa, 1945/04/09 (1945)" boleh didapati dengan muat turun percuma di Arkib Internet [more]
- Satu klip filem "Argentine Admitted To World Parley, 1945/05/03 (1945)" boleh didapati dengan muat turun percuma di Arkib Internet [more]
- Satu klip filem "Final Days of Struggle in Okinawa, 1945/07/05 (1945)" boleh didapati dengan muat turun percuma di Arkib Internet [more]
- US military on the Battle of Okinawa
- New Zealand account with reference to Operation Iceberg
- Cornerstone of Peace
- Okinawa Prefectural Peace Memorial Museum
- The Peace Learning Archive in OKINAWA
- A photographic record of aircraft carrier HMS Indomitable, 1944–45, including Operation Iceberg, the attack on the Sakashimas
- WWII: Battle of Okinawa Diarkibkan 2010-05-10 di Wayback Machine – slideshow by Life magazine
- Operation Iceberg Operational Documents Diarkibkan 2009-08-26 di Wayback Machine Combined Arms Research Library, Fort Leavenworth, KS
- Oral history interview with Mike Busha, a member of the 6th Marine Division during the Battle of Okinawa Diarkibkan 2012-12-14 di archive.today from the Veterans History Project at Central Connecticut State University
- Oral history interview with Albert D'Amico, a Navy Veteran who was aboard LST 278 during the landing at Okinawa Diarkibkan 2012-12-12 di archive.today from the Veterans History Project at Central Connecticut State University
- Booknotes interview with Robert Leckie on Okinawa: The Last Battle of World War II, September 3, 1995.