Portal:Indonesia/Pengenalan
Indonesia, secara rasmi Republik Indonesia, adalah negara kepulauan yang terdiri dari hampir 18,000 pulau, yang terletak di Nusantara Asia Tenggara. Dari bandar Sabang ke Merauke di timur sekitar 5000 km dan dari Pulau Miangas ke Kepulauan Rote di timur sekitar 1000 km, Indonesia menghormati kepelbagaiannya dengan cogan kata Bhineka Tunggal Ika atau "Perpaduan dalam Kepelbagaian". Jakarta, ibu negara Indonesia terletak di pulau Jawa, adalah salah satu dari lima pulau-pulau Indonesia yang terbanyak penduduk, bersamaan dengan Sumatra, Kalimantan (Borneo), Sulawesi dan Papua.
Indonesia mengumumkan kemerdekaannya dari Jepun pada 17 Ogos, 1945. Negara ini mempunyai lebih daripada 200 juta penduduk dan adalah negara kebanyakan Muslim terbesar dari segi penduduk. Kini, Indonesia cuba untuk memulih selepas selanjutan bencana seperti Tsunami 2004 dan gempa bumi Jawa 2006.