Pergi ke kandungan

Portal:Makanan/Selected article/16

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Seceper siu mei, termasuk babi panggang (bawah), angsa panggang (atas), ham salai (kiri), ayam hiris putih (kanan), dan obor-obor (tengah)
Masakan Kantonis berasal dari wilayah Guangdong (Kanton) di selatan China dan merupakan salah satu daripada Lapan Tradisi masakan Cina. Masakan Kantonis amat terkenal di luar negara China kerana ramai sekali penghijrah awal yang keluar dari Guangdong. Tukang masak Kantonis amat dicari-cari di seluruh China. Apabila orang Barat menyebut masakan Cina, lazimnya yang dimaksudkan adalah masakan Kantonis.

Bagi kebanyakan tukang masak Kantonis tradisional, hidangan yang siap mesti seimbang dan tidak berminyak perisanya. Selain itu, rempah-ratus harus digunakan secara sederhana supaya tidak mengatasi perisa ramuan utama yang seharusnya mencapai kemuncak kesegaran dan kualitinya. Herba segar tidak digunakan secara meluas dalam masakan Kantonis, kecuali daun kucai dan ketumbar jika dibandingkan dengan masakan-masakan lain seperti Sichuan, Eropah mahupun Thai. Akan tetapi, ketumbar sekadar dijadikan hisan.

Lebih banyak rencana terpilih... Baca lebih lanjut...