Pergi ke kandungan

STS-135

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
STS-135
Tanda kebesaran misi
Statistik misi
Nama misiSTS-135
Bolak-balik angkasaAtlantis
Pelantar pelancar39A
Pelancaran8 Julai 2011 11:29:3.1 EDT (15:29 UTC)[1][2]
Pendaratan21 Julai 2011 05:57:54 EDT (9:57 UTC) di KSC[3]
Tempoh misi12 hari, 18 jam, 28 minit, 50 saat[3]
Altitud orbit122 nmi (226 km)
Kecondongan orbit51.6 darjah
Foto anak kapal
Potret misi: Angkasawan NASA Chris Ferguson (tengah kanan), komander; Doug Hurley (tengah kiri), juruterbang; Rex Walheim dan Sandy Magnus, kedua-dua pakar misi.
Misi berkaitan
Misi sebelum Misi selepas

STS-134
Tamat
(misi terakhir)

STS-135 (penerbangan ULF7 pemasangan ISS)[4] ialah misi terakhir program Space Shuttle NASA dan A.S.[5][6] Ia menggunakan perkakasan yang asalnya diperuntukkan untuk misi kecemasan STS-335, kerana misi penyelamatan Launch On Need (LON) yang diperuntukkan untuk menyokong STS-134 tidak diperlukan lagi. Misi ini dilancarkan pada 8 Julai dan dijadualkan mendarat pada 20 Julai 2011, namun kemudian diperpanjangkan sehingga 21 Julai 2011. Anak kapal empat orang STS-135 merupakan yang terkecil bagi mana-mana misi bolak-balik angkasa lepas sejak STS-6 pada April 1983. Kargo utama misi ini ialah Multi-Purpose Logistics Module (MPLM) Raffaello dan sebuah Lightweight Multi-Purpose Carrier (LMC). Penerbangan MPLM Raffaello menaiki Bolak-Balik Angkasa Lepas Atlantis juga menandakan kali pertama dan terakhir Atlantis membawa sebuah MPLM ke angkasa lepas.[7]

Walaupun kebenaran untuk misi ini telah diberikan, ia pada awalnya tidak diperuntukkan dalam belanjawan NASA, menimbulkan persoalan sama ada misi akan terbang atau tidak. Pada 20 Januari 2011, pengurus program menukar STS-335 kepada STS-135 pada manifes penerbangan. Ini membenarkan latihan dan persediaan khusus misi lain dijalankan.[8] Pada 13 Februari 2011, pengurus program memaklumkan para tenaga kerja yang STS-135 akan terbang "tanpa mengira" situasi kewangan melalui resolusi berterusan.[9] Sehingga waktu itu, tidak terdapat rujukan rasmi terhadap misi STS-135 dalam dokumentasi rasmi NASA untuk orang awam.[10][11][12][13]

Misi ini dimasukkan dalam sah kuasa 2011 NASA,[14] disahkan dalam undang-undang pada 11 Oktober 2010, namun pendanaan kekal bergantung kepada rang undang-undang peruntukan berikutnya. Kerajaan A.S. meluluskan belanjawan untuk ini pada pertengahan-April 2011, menyeru $5.5 bilion untuk bahagian operasi angkasa lepas NASA, termasuk program bolak-balik dan pangkalan angkasa lepas.[15]

Anak kapal

[sunting | sunting sumber]
Poster misi STS-135

NASA mengumumkan anak kapal STS-335/135 pada 14 September 2010.[16] Ini merupakan kali pertama hanya empat orang angkasawan NASA terbang ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). Misi bolak-balik terakhir yang terbang dengan empat anak kapal ialah pada 28 tahun dahulu: STS-6 pada 4 April 1983 di atas Bolak-balik angkasa lepas Challenger, sebelum pembinaan ISS. Cuma empat angkasawan ditugaskan untuk misi ini, berbanding lazimnya enam atau tujuh, kerana tiada lagi sebarang bolak-balik yang siap sedia untuk kes penyelamatan. Jika kapal angkasa lepas ini rosak teruk di orbit, anak-anak kapal ini akan berpindah ke ISS dan kembali, seorang demi seorang dalam tempoh setahun, dengan kapsul Soyuz Rusia.[17] Pengurangan jumlah anak kapal juga membenarkan misi ini memaksimumkan muatan yang dibawa.[18]

Kedudukan Angkasawan
Komander Christopher Ferguson
ketiga spaceflight
Juruterbang Douglas Hurley
kedua spaceflight
Pakar Misi 1 Sandra Magnus
ketiga spaceflight
Pakar Misi 2 Rex Walheim
ketiga spaceflight
Jurutera Penerbangan

Susunan tempat duduk

[sunting | sunting sumber]


Kerusi 1–4 terletak di Dek Penerbangan. Kerusi 5–7 di Dek Tengah.
Kerusi Pelancaran Pendaratan
S1 Chris Ferguson Chris Ferguson
S2 Douglas Hurley Douglas Hurley
S3 Sandra Magnus Sandra Magnus
S4 Rex Walheim Rex Walheim

Parameter misi

[sunting | sunting sumber]
  • Jisim:[2]
    • Jumlah berat pelancaran: 4,521,143 paun (2,050,756 kg)
    • Berat pelancaran pengorbit: 266,090 paun (120,700 kg)
    • Berat pendaratan pengorbit: 226,375 paun (102,682 kg)
    • Berat muatan: 28,418 paun (12,890 kg)
  • Perigee: TBD
  • Apogee: TBD
  • Kecondongan: 51.6°
  • Kala: 91 minit

Detik penting misi

[sunting | sunting sumber]
  • Penerbangan angkasa bermanusia NASA ke-166 (dan terakhir dirancang)
  • Misi bolak-balik ke-135 sejak STS-1
  • Penerbangan ke-33 Atlantis
  • Penerbangan bolak-balik ke-3 pada 2011
  • Misi bolak-balik ke-37 ke ISS
  • Misi ke-110 selepas Challenger
  • Misi ke-22 selepas Columbia
  1. ^ "Launch and Landing". NASA. Dicapai pada 2011-07-01.
  2. ^ a b "STS-135 Press Kit" (PDF). NASA. Dicapai pada 2011-06-30.
  3. ^ a b "NASA - Landing". NASA. Dicapai pada 2011-07-21.
  4. ^ "Consolidated Launch Manifest". NASA. Dicapai pada 2011-06-10.
  5. ^ Chris Bergin. "NASA managers approve STS-135 mission planning for June 28, 2011 launch". NASA Space flight. Dicapai pada 2010-08-20.
  6. ^ "Obama signs Nasa up to new future". BBC. 2010-10-11.
  7. ^ Chris Gebhardt (17 Jun 2011). "STS-135/ULF-7 – The Final Flight's Timeline Takes Shape". NASA space flight. Dicapai pada 9 Julai 2011.
  8. ^ James Dean (2011-01-20). "Atlantis Officially Designated Final Shuttle Mission". Florida Today.
  9. ^ NASA managers insist STS-135 will fly – Payload options under assessment, NASA Space Flight
  10. ^ "Additional Shuttle Mission Almost Guaranteed". Universe Today. 2010-09-30. Dicapai pada 2010-11-20.
  11. ^ Mark Carreau (2010-10-25). "Panel Says STS-135 Decision Merits Urgency". Aviation Week. Dicapai pada 2010-11-20.
  12. ^ Tariq Malik (2010-10-27). "Why does shuttle Discovery look so dirty?". MSNBC. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-11-04. Dicapai pada 2010-11-20.
  13. ^ Matthews, Mark K; Block, Robert (2010-10-28). "Budget cuts could doom extra shuttle launch". Orlando Sentinel. Dicapai pada 2010-11-20.
  14. ^ "An Act To authorize the programs of the National Aeronautics and Space Administration for fiscal years 2011 through 2013, and for other purposes" (PDF). US Government Printing Office. 2010-09-29. m/s. 53. Dicapai pada 2010-09-30.
  15. ^ Stephen Clark (2011-04-21). "Federal budget pays for summer shuttle flight". Spaceflight Now. Dicapai pada 2011-04-23.
  16. ^ NASA (14 September 2010). "NASA Assigns Crew for Final Launch on Need Shuttle Mission". Dicapai pada 14 September 2010.
  17. ^ Marcia Dunn (22 Jun 2011), "Last space shuttle crew practices for July 8 launch", The Washington Post, The Associated Press.
  18. ^ "Final Mission". Houston Chronicle. 22 April 2011.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]