Samuel de Champlain
Samuel de Champlain (k.k. 1580 - 25 Disember 1635), "bapa Perancis Baru", ialah seorang kelasi yang kemudian diberi penghormatan sebagai seorang ahli pelayaran yang berbakat, serta juga pembuat peta, dan pengasas Bandaraya Quebec.
Champlain memainkan peranan yang utama dalam pembukaan Amerika Utara kepada perdagangan Perancis, khususnya dalam perdagangan bulu haiwan. Pengaruhnya masih dirasakan dengan keberadaan orang Kanada-Perancis di Quebec, kawasan yang beliau membuat kebanyakan penjelajahannya. Tabiatnya adalah untuk menjelajah Amerika Utara selama berbulan-bulan atau bertahun-tahun sebelum pulang ke Perancis untuk mengutip wang supaya dapat membiayai penjelajahan selanjutnya.
Perjalanan awal
[sunting | sunting sumber]Kenyataan bahawa Champlain dilahirkan di kota Brouage, sebuah kota pelabuhan di pantai barat Perancis, dilaporkan dalam judul bukunya, Des Sauvages: ou voyage de Samuel Champlain, de Brouages, faite en la France nouvelle l'an 1603 ("Mengenai Orang Gasar: Perjalanan Samuel Champlain dari Brouage yang dibuat di Perancis Baru pada tahun 1603"). [1] Selain daripada itu, tidak terdapat banyak yang diketahui tentang kehidupannya yang awal. Sesetengah orang meneka bahawa ibunya ialah Huguenot.
Champlain tiba di Amerika Utara pada 15 Mac 1603 dalam perjalanannya yang pertama sebagai salah satu ahli ekspedisi perdagangan bulu. Walaupun beliau tidak mempunyai sebarang tugas rasmi dalam perjalanan ini, Champlain mencipta sebuah peta tentang Sungai St. Lawrence dan selepas kepulangannya ke Perancis setengah tahun kemudian pada 20 September, beliau menulis buku yang tersebut di atas.
Diperintah oleh Henry IV untuk membuat laporan tentang penemuan-penemuan selanjutnya, Champlain menyertai lagi sebuah ekspedisi ke Perancis Baru yang diketuai oleh Pierre Dugua, Sieur de Monts pada musim bunga tahun 1604. Beliau membantu mengasaskan sebuah petempatan di Pulau Santo Croix yang kemudian ditinggalkan pada musim bunga berikut apabila peneroka-penerokanya menyeberangi Teluk Fundy untuk mengasaskan sebuah petempatan yang dinamai Habitasi di Pelabuhan Diraja (bahasa Inggeris: Habitation in Port-Royal ). Pemilihan tapak itu dibantu oleh Champlain. Champlain tinggal di sini sehingga tahun 1607 semasa menjelajah pantai-pantai Atlantik.
Pada tahun 1605 dan 1606, Champlain menjelajah kawasan yang kini merupakan Chatham, Tanjung Cod, dengan tujuan untuk menentukan kesesuaiannya sebagai sebuah petempatan baru tetapi pertempuran-pertempuran kecil dengan penduduk India Monomoyick mengakibatkannya menolak kawasan ini yang dinamainya "Pelabuhan Kekayaan" (bahasa Inggeris: Port Fortune).
Pengasasan Bandaraya Quebec
[sunting | sunting sumber]Pada 3 Julai 1608, Champlain mendarat di "titik Quebec", dan memulakan pengubuan kawasan itu dengan membina tiga buah bangunan dua-tingkat dan sebatang parit yang lebarnya 15 kaki (5 meter) di sekeliling kubu ini. "Titik Quebec" ini kemudian menjadi Bandaraya Quebec. Mengubui Bandaraya Quebec (dirujuknya sebagai "Habitasi") kemudian menjadi salah satu daripada keghairahan yang dilakukannya dari semasa ke semasa pada seumur hidupnya.
Musim sejuk yang pertama untuk para kolonis di sana adalah susah. Antara 28 orang yang tinggal di sana ketika itu, hanya lapan orang hidup, [2] dengan kebanyakan mereka mati kerana penyakit skurvi dan sebilangannya kerana penyakit cacar dan cuaca yang terlalu sejuk.
Penyakit dan Kematian
[sunting | sunting sumber]Pada bulan Oktober 1635, Champlain menghidap angin ahmar dan mengalami kelumpuhan. Beliau meninggal dunia tanpa anak pada 25 Disember 1635 dan dikebumikan sementara di sebuah kubur tak bertanda semasa menunggu pembinaan Gereja Monsieur le Gouverneur disiapkan. Malangnya, gereja itu dimusnahkan oleh kebakaran pada tahun 1640 dan dengan segera dibina semula. Bagaimanapun, tidak terdapat sebarang maklumat tentang gereja itu selepas tahun 1640, walaupun ia diketahui tidak wujud lagi selepas tahun 1674. Oleh itu, tapak pengebumian Champlain yang tepat kini tidak diketahui.
Rekod-rekod Jesuit mengatakan bahawa Champlain meninggal dunia di hadapan kawannya, Charles Lallemant, yang juga mendengar pengakuan dosa Champlain, suatu perkara yang menenangkan bagi seorang penganut Katolik pada zaman itu.
Tidak terdapatnya sebarang potret Champlain yang tulen. Lukisan-lukisan tentang Champlain telah ditunjukkan sebagai gambar-gambar Michel Particelli d’Émery. Satu-satunya gambar Champlain yang masih wujud ialah sebuah turisan mengenai pertempurannya di Tasik Champlain pada tahun 1609, tetapi bahagian muka Champlain dalam turisan itu terlalu kabur untuk dikesani.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Karya-karya oleh Samuel de Champlain di Projek Gutenberg
- Projek Gutenberg: Pelayaran Samuel De Champlain, Jilid 03 oleh Samuel de Champlain (teks lengkap)
- Biografi Samuel de Champlain oleh Appleton dan Klos
- Kamus Biografi Kanada Dalam Talian: Samuel de Champlain
- Huraian Pelayaran Champlain ke Chatham, Tanjung Cod pada tahun 1605-1606
- Kubur Champlain: Laporan Tahap Pencapaian (dalam bahasa Perancis, dengan terjemahan disediakan oleh Alta-Vista)
- Laman web Muzium Peradaban: Biografi Samuel de Champlain
- Projek Historica: Champlain di Acadia — dari laman web 7thfloormedia
- Ensiklopedia Kanada: Champlain, Samuel de
- Laman web Bilik Buku Nadir: Les Voyages de la Nouvelle France... (1632)