Pergi ke kandungan

Serigala Dataran Besar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Serigala Dataran Besar
C. l. nubilus, Quebec, Kanada
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
Subspesies:
C. l. nubilus
Nama trinomial
Canis lupus nubilus
Say, 1823
Wilayah C. l. nubilus
Sinonim

Serigala Dataran Besar (Canis lupus nubilus), juga dikenali sebagai serigala kerbau, serigala gelap atau pelahu (bahasa Inggeris: loafer), ialah satu subspesies serigala kelabu yang rantaunya pernah menganjur ke seluruh Dataran Besar dari Manitoba dan Saskatchewan selatan ke arah selatan ke Texas. Ia merupakan subspesies bersaiz sederhana berwarna berubah-ubah, dengan kebanyakan spesimen berwarna cerah, tetapi individu hitam juga hadir.[2] Jantan dewasa biasanya berberat 100 lb (45 kg), tetapi individu sangat besar yang berberat 150 lb (68 kg) telah dicatat.[3] Bersama dengan C. l. occidentalis, yang dengannya ia mengongsi sempadan panjang dan kompleks, serigala Dataran Besar ialah serigala kelabu Amerika Utara yang tersebar paling meluas, dengan sekurang-kurangnya 11 sinonim berlainan.[4]

Ia pertama kali diperihalkan pada 1823 oleh Thomas Say dalam hasil karangan beliau tentang ekspedisi Major Stephen Long ke Dataran Besar.[5] Sungguhpun setakat ini diakui oleh ahli taksonomi sebagai spesies tersendiri, C. l. nubilus ialah serigala kelabu Amerika Utara paling sukar untuk dinilai, kerana ia mempunyai sejarah panjang dalam hubungan dan saling pembiakbakaan dengan populasi serigala kelabu lain (C. l. baileyi dan C. l. occidentalis), serigala timur, serigala merah dan juga pengacukan dengan kacukan serigala timur/merah-koyote. Pengacukan dengan serigala timur telah lama disyaki boleh menyebabkan gen koyote dipindahkan kepada populasi C. l. nubilus di rantau Tasik-tasik Besar kerana tidak seperti serigala merah dan serigala timur, C. l. nubilus tidak diketahui mengacuk terus dengan koyote tulen. C. l. nubilus mungkin sekali menyeberangi Jambatan Darat Bering ke Amerika Utara selepas C. l. bailey yang lebih basal, mendorong subspesies C. l. bailey ke selatan apabila C. l. nubilus meluaskan wilayahnya. Menjelang zaman ais terakhir, C. l. nubilus disesarkan dengan beransur dari wilayah barat lautnya oleh C. l. occidentalis yang baru tiba, suatu proses yang telah berterusan sehingga kini.[4]

Teks-teks awal, termasuk yang oleh Lewis dan Clark, menyatakan bahawa C. l. nubilus adalah melimpah di seluruh Dataran Besar, melebihi koyote tempatan. Alexander Henry menyebut serigala beberapa kali dalam karangannya dalam perjalanannya ke Dakota Utara, memerhatikan cara ia memakan bangkai bison secara meluas, dan berani di sekitar manusia, kadang-kadang mendekati orang dan memasuki khemah. Beliau mencatat bahawa suku-suku peribumi kadang-kadang menggali keluar anak serigala dan menggali lubang perangkap besar untuk menangkap yang dewasa, sementara Maximilian dari Wied mencatat bahawa mereka akan menjual pelt serigala untuk bertukar dengan dua gulung tembakau setiap satu.[3] Sungguhpun masih kerap menjelang pertengahan 1800-an, gabungan pembinaan jalan kereta api, petempatan manusia, perkembangan ragutan haiwan ternakan dan penghapusan bison ikutan mendorong C. l. nubilus ke rantau lebih dalam di dalam wilayahnya, tempat rupa bumi menjadikan pertanian tidak boleh diamalkan.[6]

  1. ^ Wozencraft, W. C. (2005). "Order Carnivora". Dalam Wilson, D. E.; Reeder, D. M (penyunting). Mammal Species of the World (ed. 3rd). Johns Hopkins University Press. ISBN 978-0-8018-8221-0. OCLC 62265494.CS1 maint: ref=harv (link)
  2. ^ Mech, L. David (1981), The Wolf: The Ecology and Behavior of an Endangered Species, Akhbar Universiti Minnesota, ms. 351, ISBN 0-8166-1026-6
  3. ^ a b Vernon, B., (1926), A Biological Survey of North Dakota, North American Fauna: Bilangan 49: ms. 150–156.
  4. ^ a b Chambers SM, Fain SR, Fazio B, Amaral M (2012). "An account of the taxonomy of North American wolves from morphological and genetic analyses". North American Fauna. 77: 1–67. Dicapai pada 2 Julai 2013.CS1 maint: uses authors parameter (link)
  5. ^ Say, T. et al. (1823) Account of an expedition from Pittsburgh to the Rocky Mountains, performed in the years 1819 and '20 : by order of the Hon. J.C. Calhoun, sec'y of war: under the command of Major Stephen H. Long. From the notes of Major Long, Mr. T. Say, and other gentlemen of the exploring party. Philadelphia : H.C. Carey dan I. Lea ... ms. 169-173.
  6. ^ Glover, A. (1942), Extinct and vanishing mammals of the western hemisphere, with the marine species of all the oceans, Jawatankuasa Amerika Syarikat untuk Perlindungan Hidupan Liar Antarabangsa, ms. 219-222.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]