Star Film (Perancis)
Syarikat Star Film ("nama dagangnya") atau nama asalnya Manufacture de films pour cinématographes[1]}} adalah sebuah syarikat pengeluaran filem Perancis yang dikendalikan oleh Georges Méliès, seorang pakar ilusi dan pengarah filem.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Pada 28 Disember 1895, Méliès menghadiri pertunjukkan pertama teknologi kamera Kinetoscope oleh para pelopornya, Auguste & Louis Lumière di 14 Boulevard des Capucines di Paris. Méliès, segera mendekati Antoine Lumière dan menawarkan untuk membeli sebuah projektor Lumière untuk percubaannya sendiri; namun Antoine enggan bervuat demikian meskipun berulangkali Méliès terus membuat tawaran selepas itu.[2] Méliès seterusnya beralih berjumpa Robert W. Paul di United Kingdom - beliau berjaya memperoleh projektor Animatographe dari Paul pada Februari 1896, dengan sebanyak ₣1,000 disertakan koleksi filem pendek sesetengahnya oleh Paul manakala beberapa yang lain oleh Edison Studios. Méliès menayangkan filem-filem dibelinya ini di teater ilusinya, Théâtre Robert-Houdin, pada April 1896. [2]
Sementara itu, setelah mempelajari prinsip-prinsip bagaimana projektor Paul berfungsi, Méliès mereka kamera buatannya sendiri dengan bantuan seorang mekanik, Lucien Korsten di bengkel teater menggunakan bahagian-bahagian mesin ilusi terawalnya yang dikitar semula. Pada 2 September 1896, Méliès, Korsten, dan seorang rakan sekutu, Lucien Reulos, memperoleh paten atas kerja mereka yang dirasmikan sebagai Kinétograph, dan pada 2 Disember Méliès mencipta jenama Star Film, dengan slogan "The Whole World Within Reach" ("Seluruh Dunia Dalam Jangkauan." [3]
Nota kaki
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Malthête, Jacques; Mannoni, Laurent (2008). L'oeuvre de Georges Méliès. Paris: Éditions de La Martinière. m/s. 28. ISBN 9782732437323.
- ^ a b Frazer, John (1979). Artificially Arranged Scenes: The Films of Georges Méliès. Boston: G. K. Hall & Co. m/s. 33–35. ISBN 0816183686.
- ^ Hammond, Paul (1974). Marvellous Méliès. London: Gordon Fraser. m/s. 30. ISBN 0900406380.