Pergi ke kandungan

Temasek Holdings

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Temasek Holdings Pte. Ltd.
Jenis/bentuk sahMilik negara
IndustriPengurusan pelaburan
Ditubuhkan25 Jun 1974; 50 tahun yang lalu (1974-06-25)[1]
Ibu pejabatSingapura
Tokoh pentingLim Boon Heng[2]
(Pengerusi)
Cheng Wai Keung
(Timbalan Pengerusi)
Ho Ching[2]
(Pengarah Eksekutif & CEO)
Jumlah aset S$313 bilion (2019)
PemilikPemerintah Singapura
Anak syarikat
Tapak webwww.temasek.com.sg
Facebook: temasekholdings Twitter: Temasek Instagram: temasekseen Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Temasek Holdings Pte. Ltd. (atau Temasek) ialah sebuah syarikat pegangan Singapura, dimiliki oleh Pemerintah Singapura. Diperbadankan pada 25 Jun 1974 sebagai Commercial Investment Company (Syarikat Pelaburan Komersial),[1][3] Temasek memiliki dan menguruskan nilai portfolio $313 bilion[4] (pada 31 Mac 2019), dengan penjualan $28 bilion dan pelaburan $24 bilion sepanjang tahun ini, dan pendedahan 66% kepada Asia - 26% Singapura dan 40% Asia bekas Singapura.[4] Ia merupakan pemegang saham dan pelabur yang aktif, dan pelaburannya dipaxu oleh empat tema utama – mengubah ekonomi, meningkatkan populasi berpendapatan sederhana, memperdalam kelebihan perbandingan dan menjadi juara baru. Portofolio meliputi pelbagai sektor termasuk perkhidmatan kewangan, telekomunikasi, media dan teknologi, pengangkutan dan industri, sains hayat dan agribisnis, pengguna dan harta tanah, tenaga dan sumber, serta dana pelbagai sektor. Beribu pejabat di Singapura, Temasek mempunyai pasukan multinasional seramai 800 orang, di 11 pejabat global[5] termasuk dua pejabat di Beijing, dan satu pejabat setiap satunya di Shanghai, Mumbai, Hanoi, London, New York, San Francisco, Mexico City, Washington, D.C., dan Sao Paulo.[6]

Temasek berbeza dengan banyak dana kekayaan berdaulat kerana kebanyakannya melabur dalam ekuiti, merupakan pemilik banyak aset, dan membayar cukai seperti firma pelaburan komersial lain.[7]

Temasek mempunyai penarafan kredit “AAA/Aaa” oleh Standard & Poor's[8] Global Ratings dan Moody's Investors Service[9] sejak penarafan pertama mereka pada 2004. Temasek juga telah memperoleh markah suku tahunan yang sempurna[10] pada Indeks Ketelusan Linaburg-Maduell, ukuran keterbukaan dana pelaburan milik kerajaan.

Dalam awal 1960-an, Pemerintah Singapura mengambil saham-saham dalam pelbagai syarikat tempatan, dalam sektor-sektor seperti perkilangan dan pembinaan kapal. Sebelum penggabungan Temasek Holdings dalam tahun 1974, saham-saham ini telah dipegang oleh Kementerian Kewangan (kementerian berkenaan menjadi pemegang tunggal saham Temasek).

Dalam penambahan kepada Temasek, Pemerintah Singapura mempunyai satu lagi cabang pelaburan lain iaitu Perbadanan Pelaburan Kerajaan (Government Investment Corporation, GIC) yang melabur simpanan luar negara kerajaan.

Ho Ching dilantik sebagai pengarah eksekutif Temasek pada tahun 2002. Beliau merupakan isteri kedua Lee Hsien Loong yang telah menjadi Perdana Menteri Singapura sejak 2004.

Pelaburan

[sunting | sunting sumber]

Sehingga 2004, ia mempunyai saham-saham dalam banyak syarikat Singapura yang terbesar, seperti SingTel, DBS Bank, Singapore Airlines, PSA International, SMRT Corporation, Singapore Power dan Neptune Orient Lines. Ia juga memegang pelaburan-pelaburan dalam ikon-ikom awam seperti Raffles Hotel dan Singapore Zoo. Ia juga memegang dalam Singapore Pools, satu-satunya syarikat pertaruhan di Singapura. Pada 14 Oktober 2004, ia mengumumkan bahawa ia menutup operasi ibu pejabat Singapore Technologies dan mememindahkan aset-asetnya ke dalam Temasek.

Kira-kira separuh aset terurusnya dari luar Singapura dan aset ini termasuklah kepentingan dalam syarikat-sarikat telekomunikasi seperti Telekom Malaysia. Syarikat ini juga telah mengambil kepentingan dalam institusi kewangan asing seperti PT Bank Danamon di Indonesia dan NIB Bank di Pakistan. Syarikat-syarikat berkait Temasek (Temasek-linked companies, TLCs) juga mengadakan portfolio sejagat yang luas seperti pemilikan Singtel terhadap syarikat telekomunikasi Australia iaitu Optus, kepentingan 49% Singapore Airlines di Virgin Atlantic.

Walaupun 75% saham Temasek berada di Singapura, syarikat ini mempunyai sasaran untuk mengurangkannya kepada hanya sepertiga. Sepertiga lagi akan berada di pasaran maju dan sepertiga yang terakhir dirancang sebagai pelaburan di ekonomi-ekonomi membangun. Temasek Holdings dikatakan mempunyai aset yang bernilai melebihi $100 billion.

Kini, Temasek Holdings dijangka memasuki pasaran NBFC di India di samping menyasari SME dan kredit langsung pengguna. Temasek telah pun membuka sebuah pejabat di Mumbai dengan mengapungkan anak syarikat yang dimiliki sepenuhnya yang bernama First India Credit Ltd.

Kewangan dan Perbankan

Syarikat Telekomunikasi dan Media

Pelbagai Industri

Pengangkutan dan Logistik

Harta Tanah

Infrastruktur, Perindustrian dan Kejuruteraan

Tenaga dan Sumber-sumber

Teknologi

Pengguna dan Gaya Hidup

Farmaseutikal

Sumber: Temasek Holdings

Pendapatan

[sunting | sunting sumber]

Untuk memenuhi keperluan undang-undang mengeluarkan bon untuk mengutip wang daripada orang awam, Temasek melaporkan akaunnya kepada umum buat pertama kalinya dalam sejarah 30 tahunnya pada 12 Oktober 2004. Keuntungan bersihnya ialah S$7.4 bilion (US$4.4 bilion) pada hasil S$56.5 bilion untuk tahun kewangan yang tamat pada Mac 2004. Keuntungan 2003 Temasek ialah S$241 juta pada hasil S$49.65 bilion dalam tahun kewangan terdahulu, manakala keuntungan 2002 Temasek ialah S$4.92 bilion pada hasil S$42.56 bilion.

  • Laporan tahun 2004 menyatakan bahawa Temasek menguruskan aset yang bernilai S$90. Aset ini mewakili jumlah purata pulangan pemegang saham sebanyak 18% setahun demi setahun sejak 1974. Pulangan pada tahun ini agak menimbulkan tengkarah lantaran purata pulangan merangkumi sejarah 30 tahun syarikat ini hanyalah sekitar 3%[perlu rujukan], jauh di bawah purata industri. Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) kekurangan ketelusan. Contohnya, Temasek tidak pernah membuka bukunya sehinggalah 2005. Standard & Poor's menetapkan Temasek Holdings kredit AAA untuk "syarikat terbaik". Ketika laporan ini ditulis, saham Temasek yang pelbagai memegang sepertiga pelaburan pasaran saham Singapura sesama saham-saham tersebut.
  1. ^ a b "Temasek Holdings is incorporated". NLB. Dicapai pada 27 July 2019.
  2. ^ a b "Management Team - About Temasek". Temasek Holdings. Dicapai pada 2 December 2016.
  3. ^ "Temasek". www.facebook.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-08-07.
  4. ^ a b "Performance Overview; Temasek Review 2019". www.temasekreview.com.sg.
  5. ^ "Temasek Review 2019: Our Temasek Heartbeat". www.temasekreview.com.sg.
  6. ^ "Contact Us". Temasek Corporate Website English (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-07-10.
  7. ^ "Temasek is different from other sovereign wealth funds and pays tax - Chairman". Venture Capital Post.
  8. ^ "S&P Global Ratings" (PDF).
  9. ^ Ng, Ren Jye (7 March 2019). "Temasek's triple A rating backed by strong credit profile, high-quality portfolio: Moody's". The Business Times.
  10. ^ "Temasek hits perfect score on transparency index". AsiaOne. 5 June 2009.
  11. ^ Horowitz, Jed (2007-12-24). "Merrill Lynch Cuts Deals With Temasek, GE as Firm Seeks to Shore Up Capital". The Wall Street Journal. Dicapai pada 2007-12-25.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]