Theia
Theia | |
---|---|
Dewi penglihatan dan kecemerlangan | |
Ahli Titan | |
Nama lain | Euryphaessa, Aethra, Basileia |
Yunani Kuno | Θεία |
Tempat tinggal | Langit |
Maklumat peribadi | |
Ibu bapa | Uranus dan Gaia |
Adik-beradik |
|
Pasangan | Hyperion |
Anak | Helios, Selene, Eos |
Theia (/θeiɑ/; Bahasa Yunani Kuno: Θεία , Theía , har. 'ilahi', juga dialihhurufkan kepada Thea atau Thia), juga dipanggil Euryphaessa (Bahasa Yunani Kuno: Εὐρυφάεσσα , "berkilauan luas"), ialah seorang Titan dalam mitologi Yunani. Dia dewi titan bagi penglihatan, tetapi juga dewi yang mengurniakan emas, perak dan batu permata dengan kegemerlapan dan nilainya.[2]
Ibu bapanya ialah Gaia dan Ouranos. Dengan abangnya Hyperion, dia berkahwin dan melahirkan Helios (Matahari), Selene (Bulan) dan Eos (Fajar). Dia juga dianggap sebagai mata bulan kerana Selene anak perempuannya dan Selene ialah titan bulan. Theia seakan-akan adalah sama dengan Aethra, isteri Hyperion dan ibu kepada anak-anaknya dalam sesetengah cerita.[3] Seperti suaminya, Theia jarang disebut dalam mitos, paling pentingnya sebagai dewi yang melahirkan anak-anaknya, tetapi dia ada muncul dalam beberapa teks dan naratif nadir.
Etimologi
[sunting | sunting sumber]Nama Theia sahaja bermaksud "dewi" atau "ilahi"; Theia Euryphaessa (Θεία Εὐρυφάεσσα ) mempunyai nuansa keluasan (εὐρύς , eurys, "luas", akar: εὐρυ-/εὐρε- ) dan kecerahan (φάος , phaos, "cahaya", akar: φαεσ-).
Mitologi
[sunting | sunting sumber]Penceritaan terawal
[sunting | sunting sumber]Catatan awal menyatakan dia wujud sejak azali lagi, dikatakan anak perempuan sulung Gaia (Bumi) dan Uranus (Langit).[4] Oleh itu, dia saudari para Titan (Oceanus, Crius, Hyperion, Iapetus, Coeus, Themis, Rhea, Phoebe, Tethys, Mnemosyne, Cronus, dan kadang-kadang Dione), Siklops, Hekatonkheires, Gergasi, Meliae, Erinyes, dan merupakan adik tiri kepada Aphrodite (dalam beberapa versi), Typhon, Python, Pontus, Thaumas, Phorcys, Nereus, Eurybia, dan Ceto. Dengan abang/suaminya Hyperion, dia mengibukan Helios, Selene, dan Eos.[5]
Robert Graves menyatakan bahawa Theia kemudiannya digelarkan Euryphaessa bermata lembu yang melahirkan Helios dalam mitos yang berasal dari zaman baharian klasik.[6][7]
Mitos terkemudian
[sunting | sunting sumber]Apabila dijadikan isteri dalam mitos kemudiannya dengan saudara Titan dia Hyperion, "Euryphaessa yang bermata redup, yang jauh bersinar" dalam Lagu-lagu Pujaan Homer kepada Helios, dikatakan adalah ibu kepada Helios (Matahari), Selene (Bulan), dan Eos (Fajar).[8] Gaius Valerius Catullus menyifatkan ketiga-tiga cahaya langit sebagai "keturunan terkemuka Theia" dalam karmina (pantun kilat) keenam puluh beliau.[9]
Pindar memuji Theia dalam oda kelima untuk Pesta Sukan Isthmia beliau:
Ibu Matahari, Theia yang mempunyai banyak nama, kerana kamu, manusia menghormati emas sebagai lebih kuat daripada segala-galanya; dan melalui nilai yang kamu berikan kepadanya, wahai ratu, kapal-kapal yang bersaing di laut dan pasukan kuda yang berigu dalam pertandingan berputar dengan pantas menjadi keajaiban.[10]
Theia nampaknya di sini seorang dewi kegemerlapan khususnya dan kemuliaan secara umum. Namun alusi Pindar yang mengatakan "Theia yang mempunyai banyak nama" menarik kerana ia membayangkan asimilasi dengan dewi-dewi matahari lain seperti Phoebe dan Leto, juga dewi ibu bumi seperti Rhea dan Cybele. Tambahan pula, ulasan pada baris-baris ini menyatakan ἐκ Θείας καὶ Ὑπερίονος ὁ Ἥλιος, ἐκ δὲ Ἡλίου ὁ χρυσός , "Matahari datang daripada Theia dan Hyperion, dan dari Matahari datangnya emas",[11] menunjukkan hubungan istimewa antara Theia, dewi penglihatan dan kecemerlangan, dengan emas sebagai ibu matahari, Helios.[12] Theia dipandang sebagai dewi yang darinya semua cahaya berasal.[13]
Ploutarkhos pernah menulis sebuah cerita yang seperti satu dongeng bertajuk Bulan dan Ibunya. Dalam cerita tersebut, anak Theia Selene meminta ibunya untuk tenunkan dia sepasang baju yang sesuai dengan ukurannya. Ibunya, yang tidak disebutkan namanya, berkata dia tidak mampu kerana saiz dan bentuk Selene berubah-ubah. kadang-kadang penuh, kemudian sabit, selepas itu separuh saiznya, tidak pernah kekal sama.[14]
Menurut penyair lirik abad ke-6 SM Stesichorus, Theia tinggal bersama anaknya di istananya.[15] Dalam friz Gigantomaki timur di Mazbah Pergamon, sosok dewi yang digambarkan melawan gergasi muda di sebelah Helios disangkakan adalah ibunya, Theia.[1]
Penceritaan Diodorus
[sunting | sunting sumber]Satu versi mitos Theia yang ganjil dipersembahkan oleh Diodorus, seorang sejarawan Yunani dari abad ke-1 TM, memanggil Theia sebagai Basileia ("ratu", "istana diraja") dalam penceritaan berikut:
- Kepada Uranus juga lahirlah anak-anak perempuan, dua yang sulung adalah yang paling tersohor di atas yang lain dan dipanggil Basileia dan Rhea, yang juga ada yang menamakannya Pandora. Daripada anak-anak perempuan ini, Basileia, yang tersulung dan jauh lebih unggul daripada yang lain dari segi kebijaksanaan dan pemahaman, membesarkan semua adik-beradiknya, menunjukkan kepada mereka kasih sayang seorang ibu; oleh itu, dia diberi gelaran 'Ibu Agung'; dan setelah bapanya diangkat dari kalangan manusia ke dalam kumpulan para dewa, dengan persetujuan orang ramai dan adik-beradiknya, dia mewarisi kedudukan diraja, meskipun dia masih dara dan kerana kesuciannya yang luar biasa enggan berkahwin dengan mana-mana lelaki. Tetapi kemudian, kerana keinginannya untuk meninggalkan zuriat yang akan mewarisi takhta, dia berkahwin dengan Hyperion, salah seorang adik-beradiknya, yang paling disayanginya. Dan lahirlah dua anak kepadanya, Helios dan Selene, yang dikagumi kerana kecantikan dan kesucian mereka, dan dikatakan bahawa adik-beradik Basileia, cemburu akan kebahagiaannya atas kelahiran anak-anak dan takut bahawa Hyperion akan mengambil kuasa diraja, melakukan perbuatan yang sangat keji; mereka bersekongkol dan membunuh Hyperion, serta melemparkan Helios yang masih kanak-kanak ke dalam sungai Eridanus hingga mati lemas. Apabila jenayah ini terbongkar, Selene yang sangat mengasihi saudaranya terjun dari bumbung, tetapi bagi ibunya, ketika mencari mayat Helios di sepanjang sungai, kekuatannya hilang dan dia jatuh pengsan, dan dia sangka terlihat Helios berdiri di sisinya dan menyuruhnya tidak meratapi kematian anak-anaknya; kerana, katanya, para Titan itu akan menerima hukuman yang setimpal, manakala dia dan adiknya akan berubah, oleh kuasa ilahi, menjadi makhluk abadi, kerana apa yang sebelumnya dipanggil 'api suci' di langit akan dipanggil oleh manusia sebagai Helios ('matahari') dan yang disebut sebagai 'mene' akan dipanggil Selene ('bulan'). Apabila dia tersedar daripada pengsan, dia menceritakan kepada orang ramai tentang mimpi itu dan malapetaka yang menimpanya, meminta mereka memberi penghormatan kepada yang mati seperti kepada dewa-dewa dan menyatakan bahawa tiada lelaki yang boleh menyentuh tubuhnya selepas itu. Dan selepas itu dia menjadi seperti kerasukan, dan mengambil mainan anak perempuannya yang boleh mengeluarkan bunyi, dia mula mengembara di bumi, dengan rambutnya terurai, diilhamkan bunyi gendang dan canang, sehingga mereka yang melihatnya terpesona. Dan semua orang dipenuhi rasa kasihan atas penderitaannya dan ada yang memeluk tubuhnya, ketika tiba-tiba datang ribut besar dan dentuman guruh serta kilat bertalu-talu; dan dalam keadaan ini Basileia hilang dari pandangan, lalu orang ramai, terpesona oleh kebalikan nasib ini, memberikan nama dan penghormatan Helios dan Selene kepada bintang-bintang di langit, dan untuk ibu mereka, mereka menganggapnya sebagai seorang dewi dan mendirikan keramat untuknya, dan meniru kejadian kehidupannya dengan memukul gendang dan memangkak canang sebagai cara mereka memberikan pengorbanan dan semua penghormatan lain kepadanya.[16]
Theia dalam sains
[sunting | sunting sumber]Kisah mitologi Theia sebagai ibu kepada dewi Bulan Selene dirujuk dalam penamaan sebuah planet hipotetikal yang, menurut teori hipotesis hentaman besar, bertembung dengan Bumi dan membentuk Bulan, serupa dengan peranan Theia sebagai ibu Selene dalam mitologi.[17]
Nama lain untuk Theia, Euryphaessa, telah digunakan untuk spesies bena hijau Australia yang dipanggil Dayus euryphaessa (Kirkaldy, 1907).
Sosok yang menyerupai Theia telah ditemui di Nekropolis Cyrene.[18]
Susur galur
[sunting | sunting sumber]Salasilah keluarga Theia, menurut Theogony Hesiodos[19] |
---|
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b LIMC 617 (Theia 1); Kunze, hlm. 916–917; Honan, hlm. 20.
- ^ Daly & Rengel 1992, m/s. 153.
- ^ Hyginus, Fabulae Preface.
- ^ Hesiod, Theogony 132–138; Apollodorus, 1.1.3; Gantz, hlm. 10; Hard, hlm. 37; Caldwell, hlm. 37 di baris 133–137; Tripp, s.v. Theia; Grimal, s.v. Theia; Smith, s.v. Theia.
- ^ Hesiod, Theogony 371–374; Apollodorus, 1.2.2; Scholia tentang Pindar, Isthmian 5.2 (Drachmann, pp. 242–243); Gantz, hlm. 30; Hard hlm. 43; Morford, hlm. 40; Kerenyi, hlm. 22; Tripp, s.v. Theia; Grimal, s.v. Theia; Smith, s.v. Theia.
- ^ Graves, Robert (1960). The Greek Myths. Harmondsworth, London, England: Penguin Books. m/s. 42a. ISBN 978-0143106715.
- ^ Hesiod, Theogony 371-374; berkenaan "bermata lembu", Károly Kerényi menyatakan, "nama-nama ini mengingatkan kita kepada nama-nama seperti Europa dan Pasiphae, atau Pasiphaessa—nama-nama dewi bulan yang dikaitkan dengan lembu suci. Dalam ibu Helios kita boleh ada dewi bulan, sebagaimana dalam bapanya Hyperion kita ada dewa matahari." (Kerényi, The Gods of the Greeks, 1951, hlm. 192).
- ^ Homeric Hymn to Helios 1-8; Gantz, p. 30; Tripp, s.v. Theia.
- ^ Catullus, Odes 66.44
- ^ Pindar, Isthmian Odes 5.1 ff
- ^ Ulasan pada Pindar I.5.3.,
- ^ Pindar (1892). Isthmian odes of Pindar, edited with introduction and commentary by J. B. Bury, M.A. Diterjemahkan oleh J. B. Bury. Macmillan and Co. m/s. 92.
- ^ Smith, s.v. Theia
- ^ Plutarch, Septem Sapientium Convivium 14.1
- ^ Athenaeus, Scholars at Dinner 11.38
- ^ Diodorus Siculus, Bibliotheca historica 3.57.2-8
- ^ Murdin, Paul (2016). Rock Legends: The Asteroids and Their Discoverers. Springer. m/s. 178. Bibcode:2016rlat.book.....M. doi:10.1007/978-3-319-31836-3. ISBN 9783319318363.
- ^ Joyce Reynolds and James Copland Thorn (2005). "Cyrene's Thea figure discovered in the Necropolis". Libyan Studies. 36: 89–100. doi:10.1017/S0263718900005525. S2CID 192033455.
- ^ Hesiod, Theogony 132–138, 337–411, 453–520, 901–906, 915–920; Caldwell, pp. 8–11, tables 11–14.
- ^ Walaupun biasanya anak perempuan Hyperion dan Theia, seperti dalam Hesiodos, Theogony 371–374, dalam Lagu Pujaan Homer kepada Hermes (4), 99–100, Selene sebaliknya dijadikan anak perempuan Pallas anak Megamedes.
- ^ Menurut Hesiodos, Theogony 507–511, Clymene, salah seorang Okeanides, anak-anak Okeanos dan Tethys, pada Hesiodos, Theogony 351, ialah ibu Atlas, Menoetius, Prometheus, and Epimetheus dengan Iapetus, sementara menurut Apollodorus, 1.2.3, seorang Okeanides lain, Asia ialah ibu mereka dengan Iapetus.
- ^ Menurut Plato, Critias, 113d–114a, Atlas ialah anak Poseidon dan manusia Cleito.
- ^ Dalam Aeschylus, Prometheus Bound 18, 211, 873 (Sommerstein, hlm. 444–445 n. 2, 446–447 n. 24, 538–539 n. 113) Prometheus dijadikan anak lelaki Themis.
Bibliografi
[sunting | sunting sumber]- Apollodorus, Apollodorus, The Library, with an English Translation by Sir James George Frazer, F.B.A., F.R.S. in 2 Volumes. Cambridge, Massachusetts, Harvard University Press; London, William Heinemann Ltd. 1921. ISBN 0-674-99135-4. Online version at the Perseus Digital Library. Greek text available from the same website.
- Athenaeus, The Learned Banqueters, Volume V: Books 10.420e-11, edited and translated by S. Douglas Olson, Loeb Classical Library No. 274, Cambridge, Massachusetts, Harvard University Press, 2009. ISBN 978-0-674-99632-8. Online version at Harvard University Press.
- Caldwell, Richard, Hesiod's Theogony, Focus Publishing/R. Pullins Company (June 1, 1987). ISBN 978-0-941051-00-2.
- Catullus. The Carmina of Gaius Valerius Catullus. Leonard C. Smithers. London. Smithers. 1894.
- Pseudo-Clement, Recognitions from Ante-Nicene Library Volume 8, translated by Smith, Rev. Thomas. T. & T. Clark, Edinburgh. 1867. Online version at the Theoi Project.
- Daly, Kathleen N.; Rengel, Marian (1992). Greek and Roman Mythology, A to Z. Chelsea House Publishers. ISBN 978-1-60413-412-4.
- Diodorus Siculus, The Library of History translated by Charles Henry Oldfather. Twelve volumes. Loeb Classical Library. Cambridge, Massachusetts: Harvard University Press; London: William Heinemann, Ltd. 1989. Vol. 3. Books 4.59–8. Online version at Bill Thayer's Web Site.
- Diodorus Siculus, Bibliotheca Historica. Vol 1-2. Immanel Bekker. Ludwig Dindorf. Friedrich Vogel. in aedibus B. G. Teubneri. Leipzig. 1888-1890. Greek text available at the Perseus Digital Library.
- Drachmann, Anders Bjørn, Scholia Vetera in Pindari Carmina, Vol. III: Scholia in Nemeonicas et Isthmionicas. Epimetrum. Indices, Leipzig, Teubner, 1927. ISBN 978-3-598-71599-0. Online version at De Gruyter (1997 reprint). Online version at the Perseus Digital Library.
- Evelyn-White, Hugh, The Homeric Hymns and Homerica with an English Translation by Hugh G. Evelyn-White. Homeric Hymns. Cambridge, Massachusetts, Harvard University Press; London, William Heinemann Ltd. 1914.
- Gantz, Timothy, Early Greek Myth: A Guide to Literary and Artistic Sources, Johns Hopkins University Press, 1996, Two volumes: ISBN 978-0-8018-5360-9 (Vol. 1), ISBN 978-0-8018-5362-3 (Vol. 2).
- Graves, Robert; The Greek Myths, Moyer Bell Ltd; Unabridged edition (December 1988), ISBN 0-918825-80-6.
- Grimal, Pierre, The Dictionary of Classical Mythology, Wiley-Blackwell, 1996. ISBN 978-0-631-20102-1.
- Hard, Robin, The Routledge Handbook of Greek Mythology: Based on H.J. Rose's "Handbook of Greek Mythology", Psychology Press, 2004, ISBN 9780415186360. Google Books.
- Hesiod, Theogony, in The Homeric Hymns and Homerica with an English Translation by Hugh G. Evelyn-White, Cambridge, Massachusetts, Harvard University Press; London, William Heinemann Ltd. 1914. Online version at the Perseus Digital Library. Greek text available from the same website.
- Homeric Hymn 31 to Helios, in The Homeric Hymns and Homerica with an English Translation by Hugh G. Evelyn-White, Cambridge, Massachusetts, Harvard University Press; London, William Heinemann Ltd. 1914. Online version at the Perseus Digital Library.
- Honan, Mary McMahon, Guide to the Pergamon Museum, De Gruyter, 1904. ISBN 9783112399330. Online version at De Gruyter.
- Hyginus, Gaius Julius, Fabulae from The Myths of Hyginus translated and edited by Mary Grant. University of Kansas Publications in Humanistic Studies. Online version at the Topos Text Project.
- Kerényi, Karl, The Gods of the Greeks. London, New York, Thames, and Hudson. 1951. ISBN 978-0500270486.
- Kunze, Max, "Theia" in Lexicon Iconographicum Mythologiae Classicae (LIMC) VII.1. Artemis Verlag, Zürich and Munich, 1994. ISBN 3-7608-8751-1.
- Morford, Mark P. O., Robert J. Lenardon, Classical Mythology, Eighth Edition, Oxford University Press, 2007. ISBN 978-0-19-530805-1.
- Pindar, The Odes of Pindar including the Principal Fragments with an Introduction and an English Translation by Sir John Sandys, Litt.D., FBA. Cambridge, MA., Harvard University Press; London, William Heinemann Ltd. 1937. Greek text available at the Perseus Digital Library.
- Pindar, Odes, Diane Arnson Svarlien. 1990. Online version at the Perseus Digital Library.
- Plutarch, Moralia. 16 vols. (vol. 13: 13.1 & 13.2, vol. 16: index), transl. by Frank Cole Babbitt (vol. 1–5) et al., series: "Loeb Classical Library" (LCL, vols. 197–499). Cambridge, Massachusetts: Harvard University Press et al., 1927–2004.
- Smith, William; Dictionary of Greek and Roman Biography and Mythology, London (1873). "Theia"
- Tripp, Edward, Crowell's Handbook of Classical Mythology, Thomas Y. Crowell Co; First edition (June 1970). ISBN 069022608X.
- West, M. L. (1966), Hesiod: Theogony, Oxford University Press. ISBN 0-19-814169-6.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Cari Θεία dalam Wikikamus bahasa Melayu, kamus bebas. |
{{#switch:||Kategori=