Tulsa King
Tulsa King | |
---|---|
A large wooded area with a windmill in the foreground and a cityscape in the background. Text above the city reads "Tulsa King". | |
Genre | |
Pencipta | Taylor Sheridan |
Dibintangi oleh | |
Penggubah lagu tema |
|
Negara asal | Amerika Syarikat |
Bahasa |
|
Bilangan musim | 2 |
Bilangan episod | 19 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif |
|
Tempoh siaran | 36–43 minit |
Syarikat penerbitan |
|
Penyiaran | |
Saluran asal | Paramount+ |
Siaran asal | 13 November 2022 | – present
Laman sesawang |
Tulsa King ialah siri televisyen komedi dan drama jenayah Amerika Syarikat yang dicipta oleh Taylor Sheridan untuk platform penstriman Paramount+.[1] Siri ini membintangi Sylvester Stallone dalam peranan utama pertamanya di debut siri televisyen. Stallone memperlihatkan watak seorang Dwight "The General" Manfredi, capo mafia yang baru-baru ini dibebaskan dari penjara dan dipulaukan menuju ke Tulsa, Oklahoma. Dwight mula menubuhkan kekuatan mafianya sendiri di sana.
Siri ini juga dibintangi oleh Andrea Savage, Martin Starr, Jay Will, Max Casella, Domenick Lombardozzi, Vincent Piazza, A.C. Peterson, Garrett Hedlund dan Dana Delany. Selepas menerima tayangan perdana awal di pawagam pada 29 Oktober 2022, siri ini telah dikeluarkan di Paramount+ dari 13 November 2022 hingga 8 Januari 2023.
Ahli kritik filem memberi ulasan positif Tulsa King; ramai yang memuji penampilan daripada Stallone tetapi beberapa pengkritik mengkritik pilihan dialog dan keseluruhan cerita. Pada 2023, Tulsa King telah dicalonkan untuk Anugerah Emmy Seni Kreatif Primetime.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Utama
[sunting | sunting sumber]- Sylvester Stallone sebagai Dwight "The General" Manfredi, seorang capo keluarga Invernizzi, dipulaukan ke Tulsa selepas mendapat hukuman 25 tahun penjara atas jenayah pembunuhan
- Andrea Savage sebagai Stacy Beale, ada cinta dalam hatinya pada Dwight, cemburu padanya kerana mendekat Deveaux, seorang ejen senior ATF
- Martin Starr sebagai Lawrence "Bodhi" Geigerman, penyebar ganja yang dipaksa Dwight untuk menyertai mafia pimpinannya
- Jay Will sebagai Tyson Mitchell, bekas driver taxi yang menjadi bawahan pertama Dwight
- Max Casella sebagai Armand "Manny" Truisi, seorang samseng rendah Invernizzi yang kabur dari New York, dia menyertai Dwight selepas gagal membunuhnya
- Domenick Lombardozzi sebagai Don Charles "Chickie" Invernizzi, menjadi bos selepas membunuh ayahnya sendiri
- Vincent Piazza sebagai Vince Antonacci, tangan kanan Chickie yang setia
- A. C. Peterson sebagai Pete "The Rock" Invernizzi, bos keluarga Invernizzi
- Garrett Hedlund sebagai Mitch Keller, banduan dan pemilik kedai malam yang menjadi bawahan Manfredi
- Dana Delany sebagai Margaret Devereaux, pemilik Fennario horse ranch, ada cinta dalam hatinya pada Dwight, saingan utama Stacey
Deuteragonis
[sunting | sunting sumber]- Annabella Sciorra sebagai Joanne Manfredi, anak terakhir daripada tiga bersaudara
- Chris Caldovino sebagai Dennis "Goodie" Carangi, Consigliere keluarga jenayah Invernizzi, memutuskan untuk keluar dan menyertai kumpulan mafia baharu pimpinan Dwight
- Ritchie Coster sebagai Caolan Waltrip, perantau Ireland yang memimpin kumpulan samseng perempit The Black Macadams
- Emily Davis sebagai Rochelle "Roxy" Harrington; rakan Manny, pengintip yang bekerja di bawah Stacy.
- Ronnie Gene Blevins sebagai Ben Hutchins
- Barry Corbin sebagai Babe
- Michael Beach sebagai Mark Mitchell, ayah Tyson
- Tatiana Zappardino sebagai Tina Manfredi-Grieger, puteri Dwight dan pemilik kedai bunga di Brooklyn
- Scarlet Rose Stallone sebagai Spencer, bekas pelayan yang memelihara kuda milik Dwight
- Alan Autry sebagai Brian Gillen, bekas pemilik Fennario Ranch dan bekas suami Margaret Devereaux
- McKenna Quigley Harrington sebagai Grace
- Robert Walker Branchaud sebagai Carson Pike
- Patrick Ian Moore sebagai Jack Paradise
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Wynne, Kelly (December 7, 2021). "Sylvester Stallone Set for First Lead TV Role in New Series from Yellowstone Creator". People. Diarkibkan daripada yang asal pada February 29, 2024. Dicapai pada February 28, 2024.