Pergi ke kandungan

U.C. Sampdoria

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sampdoria
Nama penuhUnione Calcio Sampdoria S.p.A.
GelaranI Blucerchiati
La Samp
Il Doria
Diasaskan1 Ogos 1946; 78 tahun yang lalu (1946-08-01)
StadiumStadio Luigi Ferraris, Genoa, Itali
(Kapasiti: 36,536)
PresidenMassimo Ferrero
LigaSerie B
2023-24Serie B, ke-7
Tapak sesawangLaman kelab
Warna tuan rumah
Warna tempat lawan
Warna ketiga

Unione Calcio Sampdoria atau biasanya disebut Sampdoria [sampˈdɔrja], merupakan sebuah kelab bola sepak profesional Itali yang berpangkalan di Genoa, Itali.

Kelab ini telah dibentuk pada tahun 1946 selepas penggabungan dua kelab bola sepak yang dapat diimbas ke tahun 1890an, iaitu kelab Sampierdarenese dan Andrea Doria. Sampdoria kini beraksi di Serie A. Sampdoria bermain di gelanggang Stadio Luigi Ferraris yang mempunyai kapasiti 36,536 selain turut dikongsi kelab dari Genoa, Genoa C.F.C.. Pertembungan kedua-dua pasukan ini dikenali sebagai sebagai Derby della Lanterna.

Sampdoria telah meraih kejuaraan scudetto sekali sepanjang sejarahnya iaitu pada musim 1991. Kelab ini juga merangkul Coppa Italia sebanyak empat kali (1985, 1988, 1989 dan 1994) dan sekali Piala Super Itali. Kejayaan terbesar kelab di pentas Eropah pula apabila mereka memenangi Piala Pemenang UEFA pada tahun 1990. Mereka juga melangkah ke perlawanan akhir Piala Eropah (kini Liga Juara-Juara) pada tahun 1992 sebelum tewas 1–0 kepada FC Barcelona selepas masa tambahan.

Ginnastica Sampierdarenese telah ditubuhkan pada tahun 1891 dan membuka akitiviti bola sepaknya pada tahun 1899. Pada masa ini, sebuah lagi kelab dikenali sebagai Society Andrea Doria yang telah ditubuhkan pada 1895 untuk memulakan tumpuannya dalam membangunkan sukan bola sepak.

Andrea Doria tidak mengambil bahagian dalam Kejohanan Bola Sepak Itali pertama sejak ia dianjurkan oleh Persekutuan Bola Sepak Itali (F.I.F.) sebaliknya mereka telah mendaftar untuk menyertai kejohanan yang diatur oleh Persekutuan Ginnastic Itali. Kelab ini akhirnya menyertai Kejohanan Bola Sepak Itali pada 1903 tetapi tidak memenangi sebarang perlawanan pada kejohanan itu sehinggalah tahun 1907 apabila mereka menewaskan pesaing rapat, Genoa 3–1.

Sehinggalah ke musim 1910–11, kelab ini mula menunjukkan kebangkitan ketika mereka menamatkan musim di atas Juventus, Internazionale dan Genoa di kumpulan Piedmont-Lombardy-Liguria.

Selepas Perang Dunia Pertama

[sunting | sunting sumber]

Selepas Perang Dunia Pertama, Sampierdarenese akhirnya mula beraksi di Kejohanan Itali selepas mereka membeli kelab dari wilayah Genoa sebelum peperangan berlaku, Pro Liguria dari Bolzaneto. Jadi, Samp dan Doria bertemu di kejohanan buat pertama kali dan Doria menang pada perlawanan pertama dengan agregat 5-2 selain mereka menamatkan musim di tempat kedua hanya di belakang Genoa pada Kejuaraan Liguaria dan layak ke Pusingan Nasional.

Ketika musim 1921–22, liga teratas Itali berpecah ke dua kejohanan dan kedua-dua kelab dalam sejarah Sampdoria turut berpisah ke kejohanan berbeza-beza. Sampierdarenese beraksi di kejohanan F.I.G.C. manakala Andrea Doria bermain di C.C.I..

Sampierdarenese menjuarai kejohanan di bahagian Ligura sebelum mara ke separuh akhir dan menamatkan peringkat itu dengan mendahului tiga kelab sebelum mereka melangkah ke perlawanan akhir bertemu Novese. Kedua-dua pasukan terikat seri tanpa jaringan pada perlawanan pertama dan disambung di Cremona pada 21 eiy 1922. Akhirnya, Novese berjaya meraih kejuaraan nasional selepas menewaskan Samp 2-1 selepas mata tambahan.

Selepas sistem liga Itali diubah menjadi satu liga, Sampierdarenese kekal menjadi kelab lebih kuat berbanding Andrea Doria di carta liga. Pada musim 1924–25, kedua-dua kelab bertanding satu sama lain di Liga Utara. Kemudian pada penghujung musim 1926–27, kedua-dua kelab ini dipaksa digabungkan di bawah nama La Dominante oleh rejim fasis.

Era La Dominante Genova

[sunting | sunting sumber]

Dengan memakai pakaian berjalur hijau dan hitam, La Dominante Genova beraksi di Serie B buat pertama kali dan mereka terlepas kenaikan apabila menamatkan musim di tempat ketiga. Pada musim seterusnya, dibawah nama Liguria, mereka melalui tahun bencana apabila menamatkan musim di tangga tercorot liga sebelum disingkirkan.

Disebabkan situasi ini, Sampierdarenese dan Andrea Doria berbalik kepada nama asalnya. Sampierdarenese kembali semula ke Serie B pada musim 1932–33 dan menamatkan musim di bahagian teratas dan diikuti musim berikutnya selaku juara liga sebelum menerima tiket ke Serie A buat pertama kali. Andrea Doria pula mengalami nasib berbeza apabila bergelut sebelum tersingkir ke Serie C.

Tanggal 15 Julai 1937 menyaksikan Sampierdarenese bersama-sama Corniglianese dan Rivarolese menggunakan nama Associazione Liguria Calcio dan menyaksikan mereka menghuni tempat kelima di Serie A pada musim 1939. Pada awal 1940an, mereka disingkirkan sebelum kelab ini berjaya balik semula selepas menjadi juara Serie B pada 1941.

Penggabungan

[sunting | sunting sumber]
Barisan pemain Sampdoria setahun selepas penggabungannya pada 1946.

Selepas Perang Dunia Kedua tamat, kedua-dua kelab beraksi di Serie A, sama seperti situasi sebelum perang dan kini, Andrea Doria menjadi sedikit kuat berbanding kembarnya. Walau bagaimanapun, pada 12 Ogos 1946, penggabungan kedua-dua kelab ini berlaku dan mereka dibentuk dengan nama Unione Calcio Sampdoria. Presiden pertama kelab ialah Piero Sanguineti tetapi tidak lama selepas itu, seorang usahawan bercita-cita, Amedeo Rissotto menggantikannya manakala jawatan jurulatih dikemudi oleh seorang lelaki dari Florence yang bernama Giuseppe Galluzzi. Pada bulan yang sama selepas penggabungan, kelab baru ini menginginkan mereka ingin berkongsi gelanggang Stadio Luigi Ferraris dengan Genoa dan persetujuan dicapai tanpa masalah. Kesannya, stadium itu bersedia untuk menyambut pertembungan kedua-dua kelab ini.

Jersi kelab baru ini telah disiapkan yang memaparkan warna biru bagi mewakili Andrea Doria manakala warna putih, merah dan hitam bagi mewakili di bahagian tengah jersi mewakili Sampierdarenese.

Kejayaan di peringkat domestik dan Eropah

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1979, kelab ini beraksi di Serie B dan diperoleh seorang ahli peniaga minyak, Paolo Mantovani (1930–1993), yang membawa Sampdoria kembali ke Serie A. Pada tahun 1982, Sampdoria mengesahkan kepulangannya dan menjuarai Coppa Italia pertamanya tiga tahun kemudian. Pada tahun 1986, Vujadin Boskov dilantik sebagai ketua jurulatih baharu dan Sampdoria meraih piala domestik keduanya pada 1988 dan berjaya menyertai Piala Pemenang UEFA 1988-89 apabila mereka melangkah ke perlawanan akhir sebelum kecewa kecundang 2-0 di tangan Barcelona.[1][2] Kejayaan Coppa Italia kedua berturut-turut memberikan laluan kepada Sampdoria untuk mendapat tempat di Piala Pemenang UEFA 1989-90 sebelum mereka melangkah ke perlawanan akhir sekali lagi tetapi kali ini tuah menyebalahinya apabila menewaskan Anderlecht selepas masa tambahan. Pada musim berikutnya, Sampdoria merangkul kejuaraan scudetto, iaitu selaku juara Serie A dengan perbezaan lima mata berbanding penghuni tempat kedua liga, Inter Milan. Pasukan pemenang scudetto pada musim ini termasuklah pemain-pemain seperti Gianluca Pagliuca, Gianluca Vialli, Roberto Mancini, Toninho Cerezo, Pietro Vierchowod dan Attilio Lombardo selain Vujadin Boskov selaku ketua jurulatih. Pada musim berikutnya, Sampdoria mencatat rekod baru apabila melangkah ke perlawanan akhir Piala Eropah buat kali pertama sebelum kecundang sekali lagi di tangan Barcelona di Wembley.

Sejak tempoh ini, Sampdoria telah mencatat penampilan terhad di mana-mana kejohanan Eropah. Ketika kempen buat musim 1994-95, mereka melangkah ke peringkat separuh akhir Piala Pemenang UEFA 1994–95 sebelum disingkirkan melalui tendangan penalti oleh Arsenal. Selain itu, kelab ini juga bertanding di Piala UEFA 1997-98 dan disingkirkan oleh Athletic Bilbao pada pusingan pertama. Pada musim 2005-06 juga musim tidak ketinggalan apabila Sampdoria kembali semula ke kejohanan Eropah buat pertama kali sejak ia kembali ke Serie A dan hampir kehilangan tempat ke kelayakan Liga Juara-Juara dan menyertai Piala UEFA. Kemaraan Sampdoria terhenti pada pusingan 32 selepas tewas 2-1 kepada wakil Perancis, Lens. Baru-baru ini, kelab ini mengambil bahagian dalam kejuaraan Piala UEFA 2007-08 dan mereka mendapat tiket ke kejohanan itu melalui Piala Intertoto. Walau bagaimanapun, kempen Piala UEFA itu tidak lama dan mengecewakan apabila Sampdoria disingkirkan oleh kelab Denmark, AaB pada pusingan pertama menerusi peraturan gol di tempat lawan. Sampdoria juga memasuki kelayakan Liga Europa tetapi disingkirkan oleh Metalist Kharkiv.

Kemerosotan dan kebangkitan

[sunting | sunting sumber]

Pada 14 Oktober 1993 Paolo Mantovani tiba-tiba dikhabarkan meninggal dunia dan tempat beliau diganitkan oleh anak lelakinya, Enrico. Ketika musim pertama Enrico Mantovani (1993-94) Sampdoria menambah lagi satu koleksi trofi Coppa Italia dan berjaya menghuni tempat ketiga Serie A. Pada empat musim berikutnya, ramai pemain meninggalkan kelab ini tetapi banyak pengambilalihan penting berlaku untuk mengekalkan Sampdoria di divisyen teratas Itali itu.

Sven-Göran Eriksson menjawat jawatan sebagai ketua jurulatih Sampdoria dari tahun 1992 hingga 1997.

Pada Mei 1999, Sampdoria disingkirkan dari Serie A dan sejak itu, ia tidak kembali lagi sehinggalah pada tahun 2002. Sekitar ini, Sampdoria dimiliki oleh ahli peniaga minyak Itali, Riccardo Garrone. Garrone melantik Walter Novellino sebagai ketua jurulatih baharu kelab. Sampdoria kembali ke Serie A pada 2003 yang dipimpin oleh Francesco Flachi dan menamatkan musim pertamanya di Serie A di tempat kelapan. Pada musim 2004-05, mereka kehilangan tempat ke Liga Juara-Juara pada hari terakhir musim dan tempat itu dapat diambil oleh Udinese dan Sampdoria menduduki tempat kelima liga. Pada musim berikutnya kelihatan satu musim hambar buat kelab. Walau bagaimanapun, Novellino disahkan kekal satu tahun selaku jurulatih dan Sampdoria menamatkan kempen pada musim 2006–07 di tangga kesembilan. Disebabkan penghuni kelapan liga tidak memperoleh lesen UEFA, Sampdoria dibenarkan memasuki Piala Intertoto UEFA 2007 sebagai keputusannya. Novellino mengumumkan pemergiannya dari Sampdoria dan Walter Mazzarri dipilih sebagai penggantinya.

Pada kempen 2007–08 bermula sangat awal kerana Sampdoria terpaksa beraksi pada kejohanan Eropah. Mereka menewaskan Cherno More Varna dalam saingan Piala Intertoto dan kemudian Hajduk Split pada kelayakan pusingan kedua Piala UEFA sebelum disingkirkan pada pusingan pertama oleh AaB mengikut gol di tempat lawan. Selain itu, Sampdoria juga aktif dalam pemasaran perpindahan pemain apabila mengikat Antonio Cassano dari Real Madrid secara pinjaman. Walaupun berjaya melengkapkan perpindahan secara pinjaman itu, Sampdoria juga kehilangan beberapa tonggak sewaktu musim 2008-09. Mereka kehilangan Giampaolo Pazzini pada perpindahan musim sejuk. Sampdoria menamatkan musim di tempat keenam Serie A dan layak ke Piala UEFA 2008-09. Pada musim berikutnya, mereka mendapat tempat di perlawanan play-off Liga Juara-Juara.

Selepas pemergian Pengarah Teknikal, Giuseppe Marotta dan jurulatih Luigi Delneri, sumbangan kedua-dua ini berjaya meningkatkan prestasi cemerlang Samp dan penjaring terbanyak kelab, Cassano dan Pazzini serta pemain-pemain lain pergi meninggalkan kelab. Sampdoria juga beraksi hambar dan disingkirkan serta merta ke Serie B sejurus tewas 2-1 di tempat sendiri kepada Palermo pada Mei 2011.

Tetapi pada musim berikutnya, Sampdoria kembali ke Serie A selepas memenangi perlawanan akhir play-off menentang Varese 1–0. Mereka selaku di bawah tempat ketiga Serie B yang merupakan pemenang pusingan play-off menjadi kelab keenam berbuat demikian.

Pada musim pertama selepas mereka pulang ke Serie A, pasukan ini memperoleh beberapa kali menghuni di tangga pertengahan liga tetapi kelab ini terus meningkatkan kualiti pemain-pemain muda sebelum menjualnya seperti Shkodran Mustafi, Mauro Icardi, Andrea Poli dan Simone Zaza.

Selepas Genoa selaku berada di tempat keenam liga sewaktu musim 2014–15 tidak memperoleh lesen UEFA untuk saingan Liga Europa UEFA 2015–16, Sampdoria yang merupakan penghuni tempat ketujuh liga mengambil alih tempat itu.[3]

Bendera Sampdoria

Lambang kelab ini mempamerkan seorang kelasi kapal yang dikenali dengan nama lama Genoa sebagai Baciccia dan jika diterjemahkan dalam bahasa Itali, ia dikenali sebagai Giovanni Battista dan John-Baptist dalam bahasa Inggeris. Imej kelasi kapal itu sewajarnya merujuk kepada Sampdoria yang berpusat di bandar pelabuhan Genoa.

Warna merah, biru, putih dan hitam merupakan warna-warna yang digunakan bagi mewakili kelab-kelab sebelum penggabungan antara Sampierdarenese dan Andrea Doria, yang menyarung jersi hitam-merah dan biru-putih.

Peminat dan pesaing

[sunting | sunting sumber]

Penyokong-penyokong Sampdoria kebanyakannya dari bandar Genoa. Kumpulan penyokong terbesar ialah Ultras Tito Cucchiaroni, dan namanya diambil daripada bekas pemain sayap Argentina ketika bermain untuk Sampdoria. Kumpulan ini telah ditubuhkan pada 1969, membuatkan ia salah satu kumpulan ultras tertua di Itali. Mereka tidak terlibat dalam pergerakan politik tidak seperti kumpulan penyokong lain seperti Rude Boys Sampdoria yang mempimpin gerakan sayap kiri. Sokongan utama mereka adalah dengan bendera dan bunga api dari selatan Curva, Gradinata Sud.

Pesaing terbesar Sampdoria ialah Genoa C.F.C. dan pertembungan kedua-dua pasukan ini dikenali sebagai Derby della Lanterna.[4] Ketika Sampdoria disingkirkan dari Serie A pada 2011, lebih 30,000 penyokong Genoa berkumpul mengadakan perarakan pengebumian olok-olok melalui jalan-jalan utama di bandar sambil membawa keranda berwarna biru bagi mengutuk Sampdoria.

Skuad semasa

[sunting | sunting sumber]
Sehingga 2 September 2019

Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.

No. Pos. Negara Pemain

Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.

No. Pos. Negara Pemain
1 GK Itali Emil Audero
3 DF Itali Tommaso Augello (dipinjam dari Spezia)
4 MF England Ronaldo Vieira
5 DF Jerman Julian Chabot
6 MF Sweden Albin Ekdal
7 MF Poland Karol Linetty
8 MF Paraguay Édgar Barreto
9 FW Itali Federico Bonazzoli
10 MF Argentina Emiliano Rigoni (dipinjam dari Zenit)
11 MF Uruguay Gastón Ramírez
12 MF Itali Fabio Depaoli
13 MF Perancis Mohamed Bahlouli
14 MF Republik Czech Jakub Jankto
15 DF Gambia Omar Colley
17 FW Itali Gianluca Caprari
No. Pos. Negara Pemain
18 MF Norway Morten Thorsby
19 DF Itali Vasco Regini
20 MF Argentina Gonzalo Maroni (dipinjam dari Boca Juniors)
21 DF Colombia Jeison Murillo (dipinjam dari Valencia)
22 GK Itali Andrea Seculin (dipinjam dari Chievo)
23 FW Itali Manolo Gabbiadini
24 DF Poland Bartosz Bereszyński
25 DF Itali Alex Ferrari
26 MF Perancis Mehdi Léris
27 FW Itali Fabio Quagliarella (kapten)
29 DF Itali Nicola Murru
30 GK Itali Wladimiro Falcone
35 GK Itali Lorenzo Avogadri (dipinjam dari Atalanta)
40 MF Montenegro Ognjen Stijepović
DF Brazil Kaique Rocha
Sehingga 2 September 2019

Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.

No. Pos. Negara Pemain
GK Slovenia Vid Belec (di APOEL sehingga 30 Jun 2020)
DF Brazil Dodô (di Cruzeiro sehingga 31 Disember 2019)
DF Itali Leonardo Benedetti (di Spezia sehingga 30 Jun 2020)
DF Croatia Lorenco Šimić (di HNK Rijeka sehingga 30 Jun 2020)
MF Itali Antonio Palumbo (di Ternana sehingga 30 Jun 2020)
MF Itali Leonardo Capezzi (di Albacete sehingga 30 Jun 2020)
No. Pos. Negara Pemain
MF Itali Valerio Verre (di Hellas Verona sehingga 30 Jun 2020)
MF Itali Alessandro Gabbani (di Vis Pesaro sehingga 30 Jun 2020)
FW Colombia Duván Zapata (di Atalanta sehingga 30 Jun 2020)
FW Albania Giacomo Vrioni (di Cittadella sehingga 30 Jun 2020)
FW Poland Dawid Kownacki (di Fortuna Düsseldorf sehingga 30 Jun 2020)

Senarai pengurus kelab

[sunting | sunting sumber]

Pencapaian

[sunting | sunting sumber]

Serie A

Coppa Italia

Supercoppa Italiana

Serie B

Piala Pemenang UEFA

Lain-lain

[sunting | sunting sumber]

Kejohanan Amsterdam

  • Juara (1): 1988
  1. ^ Cup Winners' Cup 1988–89. The Rec.Sport.Soccer Statistics Foundation. (Retrieved 3 June 2011).
  2. ^ 1988/89: Hat-trick for Barcelona Diarkibkan 2010-06-23 di Wayback Machine. 1 June 1989. UEFA.com. (Retrieved on 2011-06-03).
  3. ^ http://www.espnfc.us/uefa-europa-league/story/2477856/genoa-cede-europa-league-spot-to-sampdoria
  4. ^ name="rival">"Football Derby matches in Italy". FootballDerbies.com.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Templat:Pemenang Piala Pemenang UEFA