Unsur kala 2
Unsur kala 2 merupakan kala unsur kimia yang terkandung dalam baris kedua (sistem IUPAC) jadual berkala unsur. Kala kedua ini mengandungi lebih banyak unsur berbanding kala 1 iaitu sebanyak 8 unsur : litium (Li), berilium (Be), boron (B), karbon (C), nitrogen (N), oksigen (O), fluorin (F) dan neon (Ne). Dari segi penerangan berdasarkan mekanik kuantum bagi struktur atom, kala ini menyerupai pengisian orbital 2s dan 2p. Unsur kala 2 mematuhi hukum oktet di mana mereka memerlukan 8 elektron yang diisi dalam petala valensnya untuk mencapai kestabilan. Jumlah maksimum elektron yang boleh diterima dan diisi dalam semua petala bagi unsur kala ini ialah 10 (1s22s22p6). Situasi ini boleh diterangkan berdasarkan teori moden struktur atom. Semua unsur dalam kumpulan ini mempunyai 2 petala yang berisi elektron.
Kumpulan | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Nombor atom Nama |
3 Li |
4 Be |
5 B |
6 C |
7 N |
8 O |
9 F |
10 Ne | ||||||||||
konf.-e- semua bermula dengan [He} |
2s1 | 2s2 | 2s22p1 | 2s22p2 | 2s22p3 | 2s22p4 | 2s22p5 | 2s22p6 |
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]