Pergi ke kandungan

Vitellaria paradoxa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Vitellaria paradoxa
Pokok Vitellaria paradoxa
Buah kekeras pokok
Pengelasan saintifik
Alam:
Plantae
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Ericales
Genus:
Vitellaria
Spesies:
paradoxa
Sinonim

Butyrospermum paradoxa
Butyrospermum parkii

Vitellaria paradoxa adalah pokok keluarga Sapotaceae bertaburan di Afrika. Ia adalah satu-satunya spesies dalam genus Vitellaria.[2] Pokok ini dituai buah kekerasnya untuk mendapatkan biji agak besar yang kaya minyak dari mana suatu mentega khas diekstrak.

Taburan dan habitat

[sunting | sunting sumber]

Pokok ini tumbuh meliar secara semula jadi di kawasan savana kering sepanjang benua Afrika dari Senegal di barat ke Sudan, Sudan Selatan dan tanah tinggi Habsyah di sebelah timur hingga sejauh Republik Demokratik Kongo di bahagian selatan. Kawasan yang diliputi habitat didiami pokok keseluruhannya seluas 5,000 km persegi.[3] Kepelbagaian lokasi ini tercermin dari nama-nama setempat yang diberikan:

Pokok ini boleh tumbuh mencecah setinggi antara 10 hingga 15 meter. Batang pokok berukuran diameter antara 1.5 hingga 1.8 meter. Dedaunnya tumbuh setentang dengan bentuk memanjang berukuran sekitar 20 sentimeter panjang dan 7 sentimeter lebar.

Buah yang dhasilkan pokok mempunyai bentuk membujur sepanjang 4 hingga 8 sentimeter dengan berat ditimbang antara 10 hingga 57 gram.[4]

Pokok ini ditanam giat di Nigeria diikuti Mali, Burkina Faso, Ghana dan Côte d'Ivoire.[5]

Pokok ini turut menjadi tumpuan ulat rama-rama Cirina butyrospermi yang hanya memakan dedaun tumbuhan ini; ulat-ulat tersebut dikumpulkan secara meluas sebagai suatu sumber makanan[6] baik dimakan mentah, dikeringkan atau digoreng.

  1. ^ Makerere University Institute of Environment and Natural Resources. 1998. Vitellaria paradoxa. In: IUCN 2012. IUCN Red List of Threatened Species. Version 2012.2. Downloaded on 14 June 2013.
  2. ^ Vitellaria paradoxa.[pautan mati kekal] AgroForestry Tree Database. World Agroforestry Centre.
  3. ^ Masters, E. T.; Yidana, J. A.; Lovett, P. N. (April 2004). "Rendre la gestion plus rationnelle grâce au commerce: les produits du karité en Afrique". Unasylva. Pertubuhan Makanan dan Pertanian. 55 (219): 46–52.
  4. ^ Honfo, Fernande; H. N., Akissoe; Linnemann, Anita; Soumanou Mohamed; Boekel, Martinus (2014). "Nutritional Composition of Shea Products and Chemical Properties of Shea Butter: A Review". Critical reviews in food science and nutrition. 54: 673-686. doi:10.1080/10408398.2011.604142.
  5. ^ "Le Karité". Maison de l'Afrique (dalam bahasa Perancis). Dicapai pada 26 April 2021.
  6. ^ Nikiema, A. & Umali, B.E. "Vitellaria paradoxa C.F. Gaertn.". - In: Van der Vossen, H.A.M. & Mkamilo, G.S. (eds.) "Plant resources of tropical Africa 14 : vegetable oils". - Wageningen : PROTA Foundation ; Leiden : Backhuys ; Wageningen : CTA, 2007. - 236 p. - p.182-187.