Waterford
Waterford
Port Láirge | |
---|---|
Bandar | |
Nama panggilan: The Déise | |
Cogan kata: Latin: Urbs Intacta Manet Waterfordia "Waterford remains the untaken city" | |
Koordinat: 52°15′24″N 7°7′45″W / 52.25667°N 7.12917°WKoordinat: 52°15′24″N 7°7′45″W / 52.25667°N 7.12917°W | |
Negara | Ireland |
Provinsi | Munster |
Kawasan | Selatan (Tenggara) |
Kaunti | Waterford |
Diasaskan | 914 M |
Hak sebagai bandar | 1215 M |
Pentadbiran | |
• Pihak berkuasa tempatan | Majlis Bandaraya dan Kaunti Waterford |
• Datuk bandar | Damien Geoghegan (FG) |
• Kawasan pilihan raya tempatan |
|
• Kawasan pilihan raya Dáil | Waterford |
• Parlimen Eropah | Selatan |
Keluasan | |
• Bandar | 50.4 km2 (19.5 batu persegi) |
Penduduk | |
• Bandar | 60,079 |
• Pemeringkatan | Ke-5 |
• Kepadatan | 1,191.7/km2 (3,086/batu persegi) |
• Metro | 82,963 |
Zon waktu | UTC±0 (WET) |
• Musim panas (DST) | UTC+1 (IST) |
Kunci Jalan Eircode | X91 |
Kod Kawasan Telefon | 051(+353 51) |
Vehicle Index Mark Code | W |
Laman sesawang | www |
Waterford[a] ialah sebuah bandar di Kaunti Waterford di tenggara Ireland. Ia terletak dalam provinsi Munster. Bandar ini terletak di kepala Pelabuhan Waterford. Ia bandar tertua[2][3] dan kelima paling ramai penduduk di Republik Ireland. Ia juga petempatan kesembilan paling ramai penduduk di pulau Ireland. Mengikut bancian Ireland 2022, 60,079 orang tinggal di bandar ini, dengan dengan kependudukan metropolitan yang lebih luas iaitu 82,963.
Secara sejarah sebagai tapak petempatan Viking, tembok dan benteng pentahanan zaman pertengahan Waterford termasuklah Menara Reginald. Bandar zaman pertengahan ini pernah diserang beberapa kali, dan meraih moto Urbs Intacta Manet ('Bandar Yang Tak Tertawan'), selepas menangkis sebuah kepungan abad ke-15.
Waterford dikenali dengan industri pembuatan kaca sebelum ini, termasuk di kilang Kristal Waterford, dengan kaca yang bercorak yang dihasilkan di bandar ini dari 1783 hingga awal 2009 selepas kilang ditutup berikutan diserap ke syarikat Waterford Wedgwood plc. Pusat lawatan Kristal Waterford pernah dibuka, di Bahagian Viking bandar ini, pada 2010 dan memulakan semula penghasilan di bawah pemilikan baharu. Setakat abad ke-21, Waterford ialah bandar kaunti bagi Kaunti Waterford dan pihak berkuasa tempatannya ialah Majlis Bandaraya dan Kaunti Waterford.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Politik
[sunting | sunting sumber]Kerajaan tempatan
[sunting | sunting sumber]Menurut Akta Pembaharuan Kerajaan Tempatan 2014, Majlis Bandaraya dan Kaunti Waterford ialah pihak berkuasa tempatan bagi bandar kaunti ini. Pihak berkuasa mula beroperasi pada 1 Jun 2014. Terdahulu sebelum itu, bandarini mempunyai majlis tempatannya sendiri, Majlis Bandar Raya Waterford. Majlis baharu ini ialah hasil gabungan majlis bandar raya dan Majlis Kaunti Waterford. Majlis ini mempunyai 32 orang perwakilan (ahli majlis) yang dipilih dari enam kawasan pilihan raya tempatan. Bandar ini sendiri membentuk tiga kawasan pilihan raya tempatan – yang mana dalam bentuk gabungan Daerah Metropolitan Bandar Waterford – dan memberi pulangan 18 orang ahli majlis bagi Majlis Bandaraya dan Kaunti Waterford.[4] Pejabat Datuk Bandar Waterford ditubuhkan pada 1377. Datuk bandar dipilih oleh ahli majlis dari tiga kawasan pilihan raya tempatan bagi Daerah Metropolitan Bandar Waterford setiap tahun, dan di sana tiada had tempoh bagi seseorang untuk memegang jawatan. Mary O'Halloran, yang menjadi datuk bandar pada 2007 hingga 2008, ialah wanita pertama memegang jawatan itu.
Politik negara
[sunting | sunting sumber]Bagi pilihan raya bagi Dáil Éireann (dewan rakyat), bandar ini sebahagian daripada kawasan pilihan raya 4 kerusi bagi Waterford, yang mengandungi bandar dan kaunti Waterford.[5] Bagi pilihan raya Parlimen Eropah, kaunti ini ialah sebahagian daripada kawasan pilihan raya Selatan.[6]
Orang kenamaan
[sunting | sunting sumber]- Marie Bonaparte-Wyse (1831–1902), pemuisi Perancis
- Brendan Bowyer (1938–2020) penyanyi[7]
- Charles Clagget (c.1740–c.1820), penggubah dan pencipta[8]
- Frances Emilia Crofton (1822–1910), penggiat seni lahir di Waterford
- Val Doonican (1927–2015), penyanyi dan penyampai televisyen[9]
- Seán Dunne (1956–1995), pemuisi[10]
- Richard Harry Graves (1897–1971), penulis Autralia kelahiran Ireland
- Megan Nolan (lahir 1990), wartawan dan penulis[11]
- Gilbert O'Sullivan (lahir 1946), penyanyi-penulis lagu[12]
- Louis Stewart (guitarist) (1944–2016), pemain gitar jaz[13]
- Luke Wadding (1588–1657), penulis dan sejarahwan[14]
- William Vincent Wallace (1812–1865), penggubah[15]
Politik
- William Hobson (1792–1842), Penulis dan ahli politik New Zealand kelahiran Ireland[16]
- Thomas Meagher (1796–1874), ahli perniagaan dan ahli politik[17]
- Thomas Francis Meagher (1823–1867), tentera dan ahli politik[18]
- Richard Mulcahy (1886–1971), tentera dan ahli politik[19]
- Thomas Wyse (1791–1862), diplomat dan ahli politik[20]
Sukan
- Jim Beglin (lahir 1963), pemain bola sepak[21]
- John O'Shea (lahir 1981), pemain bola sepak[22]
Lain-lain
- Marguerite Moore (1849–1933), aktivis dan pembicara[23]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Blaa – Sejenis roti gulung putih berdoh yang ada di Bandar Waterford.
- Sungai John – Sebatang sungai yang melalui Bandar Waterford.
- Pulau Kecil – Sebuah pulau dalam Bandar Waterford.
Nota
[sunting | sunting sumber]- ^ From Old Norse Veðrafjǫrðr Templat:IPA-non, meaning "ram (wether) fjord".
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "Census 2022 Profile 1 - Population Distribution and Movement". Central Statistics Office. 2022. Dicapai pada 30 June 2023.
- ^ "About Waterford City". waterfordchamber.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Oktober 2013. Dicapai pada 27 November 2018.
- ^ Waterford City Council : About Our City Diarkibkan 6 Disember 2010 di Wayback Machine. Waterfordcity.ie. Retrieved on 23 July 2013.
- ^ City and County of Waterford Local Electoral Areas and Municipal Districts Order 2018 (No. S.C.B. 635 bagi 2018). Ditandatangani pada 19 December 2018. Surat Cara Berkanun Pemerintah Ireland. Diarkibkan dari yang asal pada 23 January 2020. Diambil semula dari Irish Statute Book pada 12 September 2020.
- ^ Electoral (Amendment) (Dáil Constituencies) Act 2017, Jadual (No. 39 bagi 2017, Jadual). Digubal pada 23 December 2017. Akta bagi Oireachtas. Diambil semula dari Irish Statute Book pada 8 August 2021.
- ^ European Parliament Elections (Amendment) Act 2019, s. 7: Substitution of Third Schedule to Principal Act (No. 7 bagi 2019, s. 7). Digubal pada 12 March 2019. Akta bagi Oireachtas. Diambil semula dari Irish Statute Book pada 21 December 2021.
- ^ "Going Home: Brendan Bowyer Is Laid To Rest In His Beloved Waterford". waterford-news.ie. 9 August 2022.
- ^ "Clagget (Claget), Charles". dib.ie. October 2009. doi:10.3318/dib.001670.v1.
- ^ Colin Larkin (2011), "Doonican, Val", The Encyclopedia of Popular Music, m/s. 756, ISBN 9780857125958
- ^ "Dunne, Seán Christopher". dib.ie. 2009. doi:10.3318/dib.002862.v1.
- ^ "Hugely successful Waterford novelist Megan Nolan returns to Waterford". wlrfm.com. August 2023.
- ^ "Biography by Jason Ankeny". Allmusic.com. Dicapai pada 5 March 2009.
- ^ Colin Larkin, penyunting (1992). The Guinness Who's Who of Jazz (ed. First). Guinness Publishing. m/s. 376. ISBN 0-85112-580-8.
- ^ Macgee, T.D. (1857). Gallery of Irish Writers: The Irish Writers of the Seventeenth Century. J. Duffy. m/s. 90–102.
- ^ Percival Serle, penyunting (1949). "Wallace, William Vincent". Dictionary of Australian Biography. Angus and Robertson.
- ^ Templat:Dictionary of Australian Biography
- ^ Templat:DictCanbio
- ^ Lyons, W.F. (1870). Brigadier-General Thomas Francis Meagher—His Political and Military Career. D. & J. Sadlier & Company. m/s. 10.
- ^ "Mulcahy, Richard". Dictionary of Irish Biography. 2009. doi:10.3318/dib.006029.v2.
- ^ Templat:Cite IrishBio
- ^ "Jim Beglin – one of Waterford's favourite football sons". waterford-news.ie. 2020.
- ^ "Waterford's John O'Shea departs club role to focus on Republic of Ireland". waterfordlive.ie. 12 May 2023.
- ^ "Waterford All Time Greats: Profile #14 Marguerite Moore". waterfordlive.ie. Dicapai pada 18 August 2023.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikikembara memiliki panduan pelancongan bagi Waterford. |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Waterford |