Wikipedia:Etika
Penampilan
(Dilencongkan daripada Wikipedia:EQ)
Mesej laman ini secara ringkas: Etika Wikipedia berakar-umbikan akal budi apabila bekerjasama: beramah mesra dan berfikiran terbuka, dan tumpukan perhatian kepada tugas. |
Laman ini mendokumenkan dasar atau polisi Wikipedia Bahasa Melayu, piawai yang telah dipersetujui ramai dan hendaklah diikuti oleh semua pengguna. Perubahan yang dibuat terhadapnya hendaklah menunjukkan sepersetujuan. |
Laman ini menawarkan panduan etika, atau "Wikiquette", apabila berhubung bersama ahli-ahli lain Wikipedia.
Para penyumbang Wikipedia datang dari pelbagai negara dan budaya. Kita semua berbeza-beza pandangan, perspektif, pendapat dan latar belakang, adakalanya jauh bezanya. Saling hormat-menghormati adalah penting untuk berkolaborasi secara berkesan untuk membina ensiklopedia antarabangsa di Internet.
Prinsip etika Wikipedia
[sunting sumber]- Anggaplah orang lain berniat baik. Patuhi etika. Wikipedia dijayakan berasaskan dasar kebebasan yang hampir sepenuhnya untuk menyunting. Orang datang ke sini untuk bekerjasama dan menulis rencana yang elok-elok.
- Layani orang lain seperti mana anda mahu mereka melayani anda walaupun mereka orang baru. Kita semua pernah jadi orang baru.
- Tolong bersopan-santun: Jawablah dengan berbudi bahasa, barulah penanya suka.
- Beringatlah bahawa teks sahaja mungkin tidak jelas dan kelihatan kurang sopan berbanding kata-kata sama yang diluahkan dalam perbualan. Sindiran tidak semestinya jelas dalam bentuk bertulis— Sentiasa beringat bahawa teks datang tanpa ekspresi muka, infleksi suara, atau bahasa gerak-geri. Berhati-hati ketika memilih apa yang hendak ditulis: apa yang anda makusdkan mungkin tidak kesampaian dalam pemahaman orang lain. Begitu juga, berhati-hati dengan apa yang anda baca: pemahaman anda mungkin tidak memadani pengertian penulisnya.
- Melainkan anda ada sebab-sebab yang amat munasabah untuk tidak berbuat demikian, tandatangankan dan tarikhkan kiriman anda di laman perbincangan (bukan rencana).
- Berusahalah ke arah persetujuan.
- Hujahkan fakta, bukan keperibadian.
- Jangan buat gambaran yang salah.
- Jangan melakukan fitnah, fitnah adalah salah, ia menyebabkan individu/pihak lain sengsara. Lihat dasar Wikipedia:Fitnah.
- Jangan tidak mengendahkan soalan.
- Jika orang lain tidak bersetuju dengan suntingan anda, nyatakan sebab munasabah tindakan anda itu wajar.
- Terima sahaja hujah itu jika anda tidak dapat membalasnya, atau akui bahawa anda tidak setuju berdasarkan intuisi atau cita rasa.
- Sentiasa menjaga ketertiban.
- Walaupun agak sukar dalam pertikaian yang hebat, jika penyunting lain tidak setertib yang anda harapkan, jadilah lebih tertib daripada mereka. Sekurang-kurangnya dengan sebegitu, anda tidak menghala ke arah konflik terbuka dan tabiat cemuh-mencemuh; dengan tindakan sendirilah anda sedang giat melakukan sesuatu: jangan berbuat apa-apa apabila dihentak—beginilah yang sewajarnya.
- Bagaimanapun, jangan segan memberitahu orang lain bahawa anda tidak selesa dengan cara mereka berbahasa dengan cara yang neutral—jika tidak, mereka mungkin ingat anda tidak cukup pandai untuk memahami "kelembutan" mereka (cth., "Saya tahu awak suka menyindir orang, tetapi saya tidak rasa ini membantu kita selesaikan masalah ini. Walau apapun, saya tidak rasa hujah anda boleh diterima kerana ...").
- Bersedia untuk meminta maaf. Dalam perbincangan yang rancak, kita selalu mengujarkan perkara yang akan kita sesali nanti. Cakaplah.
- Maafkan dan lupakan.
- Akui dan kawal kecenderungan sendiri.
- Puji apabila perlu. Semua orang suka dipuji, khususnya dalam persekitaran yang memerlukan tolak ansur. Tinggalkan pesanan mesra dalam laman perbincangan pengguna.
- Gugurkan atau ringkaskan pertikaian yang anda mulakan dan sudah selesai.
- Jadilah orang tengah dalam pertikaian antara orang lain.
- Jika anda yang bertikai, bertenanglah dahulu. Jika anda jadi orang tengah, cadangkan supaya penghujah bertenang.
- Bertenang. Jika anda marah, jauhkan diri dari Wikipedia buat seketika daripada terus mengirim atau menyunting. Baliklah dalam masa sehari atau seminggu. Mungkin ada orang lain yang membuat perubahan atau ulasan yang anda mahukan. Jika anda memerlukan pengantaraan, carilah orangnya.
- Ataupun, cari satu lagi rencana Wikipedia untuk mengalihkan perhatian anda—di Wikipedia bahasa Melayu ada 396,001 rencana. Sertailah Wikiprojek, hulurkan khidmat di pengemasan, atau tulis rencana baru.
- Ingatilah apa yang dimaksudkan tentang bukan fungsi Wikipedia.