Assalamualaikum wr.
First of all, thank you to
Aizar for the previous entry. Aizar yang update. Nampak tu,
conteng by Aizar Azman. Err.
Itu prelude. Bukan gimmic. Tahukah yang hidup aku sangat sibuk kebelakangan ini sampai nafas-nafas yang disedut pon belum sempat dihembus. Oleh kerna aku sangat sibuk, jadi aku pon tidak ada masa nak membuat lawak atau membuat saspen yang tak seberapa. Err. Maksud dia, previous entry adalah benar. Bukan gimmic. Tak percaya? Sudah.
27 July 2008, aku sudah menjadi tunangan orang. Tunangan? Apakah? Err. Tunangan lah. Walaupon semacam masih berbunyi aneh, tetapi memang begitulah hakikatnya.
Maaf kerna tidak mengumumkan kepada semua. Aku, keluarga dan teman-teman pon dalam kejutan. Sebab itu, sepanjang minggu lepas aku asyik mengadu kepenatan. Luckily, ada Aizar. Kami tak buat kenduri besar-besaran pon. Sebab itulah tidak menjemput anda dan anda dan andalah. Cuma membuat majlis baca doa dan makan-makan bersama keluarga sahaja. Sebab plan asalnya, kedua-dua belah keluarga bersetuju untuk hanya membuat majlis hantar cincin. Tapi, dah namapun orang datang ke rumah, haruslah menyediakan makanan dan secara tiba-tiba atau tanpa sedar, terciptalah sebuah majlis yang daripada kecik-kecik kepada besar sikit. Tapi err... bukanlah kenduri besar-besaran. Faham kah?
Jumaat lepas, 18 July 2008 beliau bersama mak beliau datang ke rumah. Sumpah aku tak tahu pon tujuannya adalah untuk merisik. Dan seminggu kemudian, iaitu pada hari Ahad lepas ... kami pon sudah bertunang. Sebab itulah macam yang aku kata.
Lebih laju dari bullet. HAHA. Err. Salahkan beliau. HAHAHA.
Kisah-kisah on the preparation before the day, aku akan tuliskan kemudian. Seminggu yang melelahkan dan mencabar kesabaran. HAHA. Tapi masih enjoy :p
Marilah aku ceritakan sikit-sikit kisah apa yang berlaku pada 27 Julai 2008. Iaitu pada hari bersejarah dan aneh itu.
Pagi-pagi bangun, aku dengan Aizar teruslah mencari Aunty florist. Kami hantar a basket of fruit suruh Aunty siapkan sebagai hantaran. Sebabnya, kami dah tak larat nak membuat kerja-kerja tu lagi. Aizar sampai demam-demam. Aku pulak tak tidur-tidur malam. Memang gila punya tumpas seluruh anggota badan. Dengan terkejutnya, penat lagi dan hidup dalam ketidakpercayaan. HAHA.
Lepas ambik dua hantaran tu, kami pon berjalan masuk ke supermarket membeli barang dapur untuk dimasak (bukan kami masak. Ibu masak)
Dengan muka tak malu secara total, kami berjalan mengelilingi supermarket membawa hantaran. HAHA. Adalah pulak mata-mata liar menjeling. Aik? Pelik ke? Memanglah pelik. Bawak hantaran tawaf supermarket, apa kejadahnya? Dan secara tiba-tiba ... ketika melintasi depan dua orang lelaki (aku kenal dow lelaki-lelaki ni. kalau aku datang dengan mak aku beli barang, dia suka je main usha-usha dan aku pon akan berlagak macam bagus)
Aku rasa, dia nak kawen lah.
Tiba-tiba aku terdengar perbualan mereka. HAHAHAHAHA. Err. Salah. Aku bukan nak kawenlah. Nak bertunang. Kurang tepat di situ. Kesimpulannya, aku berasa sangat rock sepanjang minggu lepas. Sebab menjadi orang yang nak bertunang secara rockers. Tak tidur, membuat hantaran, sibuk kacau Aizar baking, memasak-masak(?) dan keluar shopping macam sawan mencari bahan-bahan pertunangan. Best wo.
Sepanjang minggu lepas, aku dibenarkan shopping secara kuak bebas. Tak cukup, mintak. Tak cukup, mintak. Mana tak best? Dan ingat. Aku dan Aizar melakukan banyak perkara secara sendiri tanpa orang-orang tua. Kan betul aku kata. Rockers.
Lepas solat Zohor, terus bersiap. Solat pon sorang-sorang. Lepas solat, duduk berteluku sekejap sambil air mata ni bergenang. Sayup pulak perasaan. Sujud sekejap. Kasi lapang fikiran. Waktu tu, satu je aku fikir.
Itulah solat terakhir sebelum aku bertunang. Boleh pulak kan?
Baju tunang tu pulak mempunyai kisahnya yang tersendiri. Iaitu mulanya dihantar kepada taylor sebagai baju untuk raya. Setelah Mr.Fiance membuat kejutan mengajak bertunang dan dibagi masa seminggu, aku pon terus call taylor mintak ubah design. Alhamdulillah. Berjaya. Dan separuh mati mencari kain. Gila. Gila. Gila! HAHAHA. Tapi, memang sebuah kebetulan yang indah. Aku boleh pulak membeli kain putih berkilat untuk raya. Putih seputih-putihnya. Macam tahu-tahu je, kejadian tunang ni ni nak terjadi. Oh. See. Satu perancangan Allah yang tidak tercapai dek akalmu.

The first thing,
make-up! Aku tak suka make-up tebal-tebal ni. Macam muka kena conteng atau semacam dibuat mural pada wajah. Aku juga merasakan, wajah yang diconteng dengan make-up akan menelan kecomelan aku yang sangat comel tersebut. HAHAHA. Tapi apa nak buat. Mak Cu aku sangat obsess dengan make-up. Dia pon make-up aku secara contengan muka. Sampai aku pon berasa sangat
'monumen' muka aku.

Tengok. Mula-mula aku make-up sendiri. Lepas tu semua orang kata, semacam tak make-up je. Maka, muka aku pon diconteng secara dahsyat. Aku pasrah.
Tengah-tengah make-up, rakan-rakan pon datang. Sangat gembira.
Farah, Aisyah, Ainul, Sarah dan Nisa. Thank you guys! With lotsa loves. Mereka pon semacam teruja melihat aku, dan aku pon teruja melihat mereka. Mereka pon melontarkan kata-kata pujian dan juga kalimat-kalimat magik penuh rasa tidak percaya. HAHA.
Pukul 3.30 petang like that, keluarga belah lelaki pon sampai. Aku punya jantong ni dah terlalu berdebaran sampai rasa nak cramp.
Dipendekkan cerita, petang itu ... aku pon
disarungkan cincin oleh ibu beliau. Err. Atau disebut sebagai bakal ibu mertuaku
(Berbaju dan bertudung purple). Erk. Macam comellah bunyi tersebut. Dan untuk petang itu, akulah Diva. Semua kamera berpusu-pusu ke aku. Semua orang nak bergambar dengan aku. Err. Diva. Sangat Diva. Dan aku pon tetap merisaukan make-up aku yang gila menyerlah. Muka yang sudah sedia merah menjadi termerah-merah.


+%28Small%29.JPG)

.JPG)
Baiklah. Aku pon menulis secara ekspress ni sebab semua orang sudah YM aku mintak update. Betul-betul buat aku stress lah anda ni. HAHA. Oleh itu, aku pon berasa sangat malas mahu menulis lagi. Nah, tengoklah gambar. Mungkin kisah ini akan dipanjangkan kepada Part-Part seterusnya. Sebab macam banyak yang nak dikongsikan.

Hantaran dibuat sendiri secara mengejut dan secara serba sederhana oleh aku dan Aizar. Gembira wo buat benda ni. Walaupon agak men-stress-kan. Mula-mula memang takda plan nak membuat. Tapi disebabkan desas-desus yang mendorong, maka aku dengan Aizar pon menjadi excited. Turun KL sepanjang minggu dan abes semua kedai pengantin dekat KL kami dah redah. HAHA. Seronok i tell you.
Theme adalah Roses. Merah, Hitam dan Silver.Dari curtain ke bedsheet. Atas meja, carpet dan segala perhiasaan adalah roses merah.
Anyway,
Thank You to Ibu (
Aizar's mother) yang merupakan taylor untuk curtain dan bedsheet.
Nah, sedikit sebanyak muka aku.
Untuk kali ini.








Kawan-kawan studio yang datang dan juga Aizar (
Setiausaha Agong) Haha.
Oh. Gambar ini tanpa Nisa. Sebab Nisa datang lambat.
How do I feel?
Syukur Alhamdulillah.
And oyya.
I'm NOT single.
Memandangkan semua orang semakin marah dengan aku, sampai aku pon sudah tak larat nak melayan YM aku yang sudah hang berjuta-juta kali, lebih baik aku publish yang ini dulu. Err. Ada warning. Jangan bertanya soalan-soalan boleh kah? Sebab aku akan update lagi secara pukal. HAHA. Stay tuned.
Next, in Nuruloveme :
- Nurul and friends during the engagement
- Nurul and family
Anda tunggu dengan tabah.
Photography by Farah, Aisyah, Aizar, The Fiance's Bro, and The Fiance's Sister