Pusat Polisi

Garis Panduan bagi Kelayakan Saranan

Kami ingin memberi ganjaran kewangan kepada pencipta yang menerbitkan kandungan berkualiti tinggi secara konsisten di Snapchat. Matlamat program monetisasi kandungan adalah:

  • Snapchatter merasakan bahawa melihat kandungan anda adalah masa yang diluangkan dengan baik dan

  • Pengiklan berasa tidak sabar-sabar untuk mengaitkan jenama mereka dengan kandungan anda. 


Demi layak untuk monetisasi, kandungan mesti mematuhi dasar di halaman ini dan juga:



Petua: untuk membolehkan kandungan anda menjangkau audiens yang luas melebihi pengikut anda, ia mesti mematuhi Garis Panduan bagi Kelayakan Saranan


Dasar monetisasi di halaman ini berbeza daripada Dasar Kandungan Komersil, yang digunakan pada pengiklanan kandungan, seperti kandungan tajaan.

Bagaimanakah saya boleh layak untuk monetisasi?

Pencipta individu boleh mencari maklumat lanjut di sini:

Ketahui cara menjana wang di Snapchat 


Organisasi seperti saluran berita yang dipercayai atau syarikat media lain, boleh mencari maklumat di sini:

Rancangan Snapchat | Rakan Kongsi Kandungan

Bagaimanakah Dasar Monetisasi Kandungan digunakan?

Pasukan Kandungan Snap menilai akaun (pencipta atau rakan kongsi) secara holistik. Demi untuk mengenalpasti corak penerbitan kandungan yang gagal memenuhi piawaian kelayakan monetisasi, kami menggunakan gabungan moderasi manusia dan algoritma. Kami juga mendengar akan maklum balas daripada pengguna, jenama dan pihak berkepentingan lain. Jika akaun anda gagal mematuhi dasar-dasar ini, maka anda mungkin tidak layak untuk pembayaran.  Kami juga mungkin mengalih keluar pengiklanan daripada muncul seiringan dengan kandungan tertentu dan menggantung atau secara kekal membatalkan penyertaan anda dalam program monetisasi. 


Butiran penguatkuasaan seterusnya boleh didapati di Terma Cerita Pencipta dan

Terma Tumpuan, yang mana tersedia untuk akaun yang layak.

Dasar Monetisasi

Kami ingin memberi ganjaran untuk ciptaan kandungan konsisten yang berkualiti tinggi. Anda boleh memahami kriteria kami untuk kandungan berkualiti dengan meluangkan masa untuk membaca Garis Panduan bagi Kelayakan Saranan kami. Jika anda terutamanya atau kerap menerbitkan kandungan yang "tidak layak untuk pengesyoran", anda berkemungkinan besar bukan calon yang baik untuk monetisasi kandungan di Snapchat.  


Selain daripada secara konsisten mengikut Garis Panduan bagi Kelayakan Saranan, akaun yang dimonetisasi harus menunjukkan keaslian dan ketulenan secara konsisten. 

Boleh Dimonetisasikan:


Anda menerbitkandungan asli yang menarik yang anda atau organisasi anda ciptakan. Jika anda menyiarkan kandungan orang lain, anda mesti menambah kepadanya dalam cara berharga dan transformatif seperti:

  • Bertindak balas kepada video (contohnya, menambahkan ulasan anda kepada main semula sukan

  • Menggunakan klip dalam konteks ulasan (contohnya, bercakap mengenai filem semasa memainkan petikan relevan)

  • Mengedit rakaman dalam cara yang kreatif (contohnya, kompilasi sepuluh kek perkahwinan terbaik disusun ke dalam senarai kiraan detik, dengan konteks, ulasan dan/atau unsur tambahan)

  • Menunjukkan klip dari media sosial apabila kandungan tersebut kedua-duanya 1) dikaitkan dengan betul kepada pencipta asalnya dan 2) disampaikan dengan ulasan asalnya tentang kaitannya kepada peristiwa semasa, aliran atau wacana awam yang bernilai berita.


Anda menerbitkan kandungan sahih yang membina kepercayaan dengan Snapchatters dan pengiklan. Anda tidak menyesatkan. Tajuk atau pengenalan anda menetapkan jangkaan yang diberi ganjaran di dalam kandungan anda yang lain. 

Tidak Boleh Dimonetisasikan:


Anda terutamanya atau kerap menerbitkan kandungan tidak asli yang anda tidak cipta dan yang tidak anda ubah dalam cara yang bermakna seperti:

  • Klip atau kompilasi klip daripada rancangan TV, wayang, video muzik

  • Memuatkan naik semula siaran media sosial orang lain

 

Anda menyiarkan kandungan berulang seperti menyiarkan semula kandungan sendiri secara berulang kali atau kandungan bersifat pendua atau direka semata-mata untuk meningkatkan tontonan dan bukannya menghiburkan atau memaklumkan penonton seperti:

  • Menggunakan imej jubin yang sama berulang kali

  • Menyiarkan Snap yang boleh dibezakan secara minima seperti mengangguk dan menunjuk kepada pemetikan bertulis berulang kali  


Anda kerap kali menerbitkan kandungan tidak sahih yang menyesatkan orang (mahupun perkara itu tidaklah serius seperti politik, kesihatan atau peristiwa tragis). Umpan keterlibatan menyesatkan kerana ia menetapkan jangkaan yang tidak pernah membuahkan hasil seperti:

  • Imej jubin yang tidak berkaitan (contohnya , imej seorang selebriti yang tidak disebut dalam kandungan sisa cerita tersebut)

  • Jubin yang mengejutkan (contohnya, imej yang mungkin, pada pandangan pertama menyerupai alat kelamin) 

  • Khabar yang tidak berasas (contohnya, spekulasi tidak berasas bahawa seorang pelakon mungkin memainkan watak tertentu dalam filem yang akan datang)

  • Peristiwa yang berlaku pada masa lalu dipersembahkan sebagai peristiwa semasa (contohnya, penangkapan selebriti yang berlaku bertahun-tahun lamanya digambarkan sebagai berita tergempar)

  • Media yang dimanipulasikan secara menipu (contohnya, mengeditkan imej badan atau muka seseorang untuk mengimplikasikan perubahan radikal atau mengedit seekor ular supaya kelihatan sebesar sebuah bas, dsb.)