ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 29 Disember 2024.


1. Pesawat KLM lakukan pendaratan cemas di Norway

Penerbangan KLM KL1204 dari Oslo ke Amsterdam terpaksa melakukan pendaratan cemas di Norway pada malam Sabtu, dengan semua penumpang dan kru dilaporkan selamat, menurut syarikat penerbangan Belanda pada Ahad, lapor Xinhua.



2. Maduro seru demonstrasi menjelang angkat sumpah 10 Januari

Presiden Venezuela, Nicolas Maduro menggesa penyokongnya turun ke jalanan "untuk mempertahankan undi" ketika beliau bersiap sedia mengangkat sumpah bagi penggal 2025-2031 pada 10 Januari, lapor Xinhua.


3. Kebakaran belukar: PM Australia umum bantuan bencana

Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan bantuan kecemasan bencana kepada penduduk yang terjejas akibat kebakaran belukar besar di tenggara negara itu, lapor Xinhua.


4. Yoon gagal hadir kali ketiga bagi soal siasat

Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol pada Ahad sekali lagi gagal hadir untuk sesi soal siasat dalam penyiasatan terhadap kegagalannya melaksanakan pengisytiharan undang-undang tentera, sekali gus meningkatkan kemungkinan badan penyiasat memohon waran tangkap terhadapnya, lapor Agensi Berita Yonhap.


5. Seorang maut, seorang cedera pesawat ringan terhempas di timur Australia

Seorang maut manakala seorang lagi cedera parah selepas pesawat ringan terhempas di utara Sydney pada Ahad, menurut pihak polis, lapor Xinhua.


6. UK seru siasatan bebas nahas pesawat Azerbaijan Airlines

United Kingdom (UK) menyeru siasatan bebas berhubung nahas pesawat Azerbaijan Airlines yang dipercayai ditembak jatuh oleh peluru berpandu Rusia, lapor agensi berita Jerman dpa.


7. 1 maut, 2 cedera dalam pergaduhan di Hamburg

Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun maut, manakala dua lagi cedera dalam satu pergaduhan berhampiran pusat penempatan pelarian di bandar pelabuhan utara Jerman, Hamburg, lapor agensi berita dpa.


8. Kepungan Israel di utara Gaza ancam nyawa 75,000 rakyat Palestin - WHO

Kepungan lebih 80 hari oleh Israel di utara Gaza membahayakan nyawa 75,000 rakyat Palestin yang masih berada di kawasan itu, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam satu kenyataan pada Sabtu.


9. Kereta api bertembung trak bomba, 15 cedera

Satu kemalangan melibatkan kereta api Brightline dengan sebuah trak bomba dilaporkan berlaku di Delray Beach, Florida, Amerika Syarikat pada Sabtu.


10. 28 maut pesawat Jeju Air terhempas

SEKURANG-kurangnya 28 orang maut selepas sebuah pesawat terbang keluar dari landasan dan terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan Korea Selatan.